Isnin, 14 Februari 2011

Hi Semua! Salam Perkenalan Dari Dunia Farel!

Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan kepada semua blogger. Ini merupakan entry pertama yang dapat saya karangkan buat tatapan pembaca. "Orang Baru" nak berjinak-jinak dengan dunia blogger ni.. so kalau ade salah dan silap dan ade part-part yang tak indah dipandang dalam blog Dunia Farel ni harap kalian dapat beri komen dan pandangan untuk diperbaiki demi peningkatan kualiti blog pertama Farel.

Ok lah sebagai pengenalan entry pertama ni, molek lah kiranya kita mulakan dengan sesi perkenalan ye tak? bak kata bidalan "kalau tak kenal maka tak cinta" hehe... nak bercinta ker?? kalau ade yang nak apa salahnye ye tak? huhu... " bercinta biar satu, berkawan biar seribu" tapi kalau lebih dari seribu pun lagi baek punya....

Ok untuk entry berikutnya nanti, eloklah Farel membahasakan diri ini sebagai fai. Manja sikit bunyinye... Cam ne terdetik hati ini untuk menjinakkan diri menulis blog ni secara serius?? erm....rasanye sebab ada seseorang yang istimewa yang telah mencuri hati fai untuk menulis blog walaupun sebelum ni pun ramai je kengkawan fai di universiti dan opis yang dah kira otai dalam bab bloq memblog ni..

Malu plak rasenye bile nak tanye diorang cara nak wat blog ni.. tapi kalau malu bertanya sesat jalan... walaupun skang dah ada GPS... hehe But the most important thing that i wanna stress here is Dunia Farel is just all about my self opinion and also expression towards people around me especially my Family and my Sweet Heart (Little F)...Luv u all so much!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan