Ahad, 31 Mac 2013

Jalan-jalan Padang Part 4

Salam semua. Bertemu lagi di alam siber ini ye. Walaupun sibuk dengan kerja-kerja di opis yang memang takan pernah habis itew, maka aku menggigihkan jugak sambung storey ni yo.

Ok lepas selesai snappy2 dan jenjalan kat Rumah Gadang tu, kami sambung balik perjalanan ke Bukit Tinggi. Setelah satu kampung ke satu kampung kami lepasi, akhirnya sampai jugak ke Bukit Tinggi. Masa tu pun dah lewat petang. Tapi sepanjang perjalanan, kami telah disajikan dengan pemandangan sawah padi nan menghijau dan mengguneng yo. Santek sangat taw!

Kawasan Bukit Tinggi ni suhunye agak dingin. Tapi tak ler sampai gigil. Sedap2 je rasanye. Sebelum aku bawak famili aku datang sini, aku dah siap2 buat research ye tentang hotel dan apa yang best kat sini. tempah melalui Booking.Com sangat mudah dan membantu hokay!. walaupun takde Kad Kredit, tempahan masih boleh dibuat. So pada sape2 yang planning nak jenjalan pusing satu dunia pun boleh tempah hotel kat sini. Di sebabkan kami akan berada di Bukit Tinggi ni selama 3 hari termasuk hari perjalanan, maka aku book siap2 untuk 2 malam kat hotel ni. Macam yang aku cakap kat awal entry dulu, Hotel yang dimaksudkan ialah Hotel Grand Kartini, Hotel ni masih baru dibuka kat Bukit Tinggi, bila tengok kondisi dan reka bentuk bilik dan servis yang ditawarkan dalam Booking.Com tu, hotel ni memang memenuhi cita rasa dan bajet kami sekeluarga. so ape lagi book la siap2. Alhamdulilah, memang realitinye juga memang sama dengan yang dinyatakan dalam iklan promosinya di Booking.Com. Hotel ni letaknye di Jalan Teuku Umar, No. 5, Sumbar. Rate bilik kami untuk dua malam ialah Rp.350.000 tambah extra bed Rp.100.000. So totalnye cuma Rp.900.000 sajork. Ok la tu siap dengan breakfast skali tau. Breakfastnye pulak 3 kali dish hokay plus sedap pulak tu. gituu....

Hotel ni jugak letaknye betul2 sebelah masjid. memang barokah sangat taw! alhamdulilah. sebab setiap kali masuk waktu solat, memang akan berkumandang la azan yang jelas masuk ke corong telingga hokay! sebabnye cerobong speakernye betul2 menghala ke arah bilik kami. gituuuu....

Selesai urusan di lobby, kami pun naik bilik. hotel ni xde lift sebab ade 3 tingkat je pun... dan 1 lagi, kalau x silap hampir semua hotel kat Bukit Tinggi ni memang xde aircornd ye. sebab kata diorang, Bukit Tinggi ni sejuk dah. boley?? xpe. yang penting ade tempat untuk tido dan makan. haha

malam tu lepas mandi, siap2 solat, kami turun semula ke lobi dan tunggu supir datang jemput untuk jalan-jalan cari makan. walaupun badan ni memang sengal2 sendi. tapi sebab jalan punya pasal, gegehkan jugak yo. Malam tu kami gi makan kat Restoran ape ntah, tapi yang penting, dekorasinya warna merah dan hitam. nampak eksklusif le jugak. ramai orang. maksudnye sodap la tu. dalam perjalanan, memang kami lalu kat kawasan yang sangat femes kat Bukit Tinggi,iaitu Jam Gadang. Punye la ramai orang. tapi pesan supir, kene hati-hati sebab kat situ ramai jugak bebudak yang suke paw pelancong ni. lagi pun waktu cam tu kalau nak snappy gambo cam susah nak dapatkan angle yang santek. so kami gi makan je. pastu balik hotel. ZZZzzzZZz..
Ok ni juadah mata untuk korang tatap yo. Nanti aku sambung lagi . Till then wassallam. 



Ahad, 24 Mac 2013

Kerja vs Melancong

Salam semua! Bersiaran dari dalam rumah ni.. hehe motipp??
hari minggu cam ni aku dah gigih pepagi buta lagi bangun dan menyelesaikan urusan rumah (solat subuh, basuh baju, kemas rumah dan bla...bla..bla..) dan tidak dilupakan jugak hupdate blog ni. kalau tak berkulat ler jawabnyer..
ok kali ni kita lupekan dulu story kat padang tu dulu. aku nak share citer aku ke Kuching, Sarawak dua hari yang lepas. ni kira lawatan muhibbah yang singkat sajork. haha
 
atas kapasiti kerja ye kawan-kawan. So dapatler berjalan buat kali ketiga aku menjejaki bumi puteri santubong nih. haha......sambil-sambil tu dapat ler restkan diri sebelum dibebankan dgn kerja yang banyak di opis tu.
aku ke kuching pada hari rabu lepas (20 Mac) dengan pesawat MH boing 737  jam 2.30 petang (ni sebab delay 30 minit) biasenyer MAS ni on time. masa tu punyer la panas cuaca di Kuala Lumpur nih. Disebabkan aku dah penah ke sana sebelum ni, maka kali ni aku x brapa la nak snapy2 dalam flight. just ala ala je. cuma time aku tengok awan yang santek tu, aku pun snappy la jugak. saje nak post dalam FB katernyer. hehe

Perjalanan ke kuching mengambil masa dalam 1 jam 40 minit ye kawan2. Masa dah nak sampai tu, langit mula mendung, dan once our flight touch down je, pergh... hujan pun turut touch down mencurah-curah. lebat siot! tapi ok jugak sebab nyer cuaca sebelum ni asyik panas jer.. so ni cool la sket.
disebabkan aku gi atas urusan rasmi kerja, makanyer ade la driver yang datang jemput di airport tu. sebab xde plan pun nak ke mana, terus je driver drop kat hotel. aku stay kat Harbour View Kuching. dekat jer ngan waterfront tu. tapi hotel ni hotel lama, but kira light-light je kondisinyer. ini disebabkan hampir semua hotel yg grand2 kat kuching fully book sebab dah dekat musim cuti sekolah khenn.
Harbour View Hotel Kuching
but its ok. sbb aku pun bukannyer nak duduk lama. setakat dua malam sajork. so malam tu, aku pun turun dari hotel setelah mandi dan solat maghrib, berjalan la di sepanjang waterfront tu. pusing2 cari makan. sebab dulu pernah sampai, so tak kekok la nak cari makan kat seberang sungai tu. kene naik sampan penampan yang cuba 50 sen je tambang sehala. so, aku pun mudik la ke seberang. sebab kat sana ade jual macam-macam kat kawasan food court die tu. kat sana jugak ade jual kek lapis Mira dan Ikan terubuk masin. malam tu aku order mee kolok goreng special. erm...yummy taw! kalau datang sarawak, juadah mee kolok dgn laksa sarawak ni wajib dicuba hokay! Disebabkan esok nyer aku ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan, makanya, lepas abis makan, terus je aku balik ke hotel dan ZzzZZzz..
http://admin.tourasia2u.com/pImages/a8296213-78df-44aa-9b30-c96b4fac2f7e.jpg
Keesokan paginyer, lepas breakfast dalam jam 7.30 gitu, aku terus tunggu driver jemput di lobby. aku akan bagi taklimat sebenornyer kat UNIMAS yang terletak kat Kota Samarahan. perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dari bandar kuching. satu yang aku notice kat sini, round about die sumenyer giant2 hokay. kete pun leh tahan gak banyaknyer. orang sarawak ni kaya2 taw. program aku di sana dalam satu hari jugak ler. selesai urusan dalam jam 5.00 petang gitu. balik hotel dan rehat le kejap.

malam tu member aku yang sememangnyer orang tempatan kuching, datang jemput. kami keluar gi makan dekat kawasan kubah besar dan tapak baru pasar satok. sedap jugak makanan kat situ. delicious! lepas makan, kami menuju ke kawasam pantai Santubong Beach Resort kalau tak silap la yer.. kawasannyer dekat dgn Rumah Budaya Sarawak tu. santek kawasannye.sebab dah malam so aku pun x la nak snappy2. just enjoy the moments kat situ. best jugak suasana pantai time malam2 gitu. sejuk jer sambil tengok bintang berkelip2. sembang2 sampai jam 11 malam. pastu member aku tu pun hantar aku balik semula ke hotel.



esoknyer pulak, aku sempat lagi la nak jalan2 sekitar bandar kuching, time ni aku manfaatkan untuk jalan2 mencari ole-ole. aku pun mengajak driver pusing mencari kek lapis sarawak, terubuk masin dan buah tangan untuk kawan2 opis. lepas selesai semua, kami gi pekena dulu laksa sarawak dekat Mom's Kopitam. perghh!! sedap sangat laksanyer dan segelas lemon tea ice.
lepas tu driver pun hantar aku balik ke hotel. aku dah tak keluar dah. rest2 kan badan kat bilik je. sbb cuaca pun panas. aku just pack barang2. dan layan HBO jer. sampai jam 6 petang. driver jemput balik untuk ke airport. flight aku jam 8.00 malam. and after that aku pun sampai la KL semula. what a very short journey khenn. thats what i say "Kerja vs Melancong"! ok till then... daaaa!!!

Sabtu, 23 Mac 2013

Jalan-jalan Padang Part 3

Salam uolss. sorry sesangat ye sebab sejak dua menjak nih, aku buzy memanjang ditambah pulak dengan simptom keletihan bekerja melanda jiwa gituuu ayat nyer... (padahal malas jer) hehe...
okay la tak mo membebel panjang, moh kite sambung citer jalan-jalan padang ni. nasib baik la ada seseorang yang sudi bagi semangat untuk aku hupdate story ni. thanks ye to anonymous.. hehe kalau tak, alamatnye berkulat la story morey nih.

ok, lepas abih trip kami singgah kat air terjun yang santek nan indah itew, maka kitaorang pun menyambung perjalanan ke bukit tinggi. jalannyer pergh..... berliku sana berliku sini. dah tu saiz jalannye pulak kecik banget! tapi sib baik la driver nyer memang dah pro. so ok dan selamat la ye..

kami akhirnyer berhenti rehat kejap di pertengahan jalan untuk makan tengah hari dan solat. supir kami tu die bawak kat Rumah Makan Pak Datuk kalau tak silap la ye. (al-maklum la dah lame x hupdate)

Tempat ni femes untuk tourist yang datang ke padang terutamanye dari Malaysia. Masakan yang disajikan ofcourse le masakan minang. Pergh.... memang terangkat abes dan seswai sangat ngan cita rasa aku dan famili. siap bertambah nasi aku dua tiga pinggan. style diorang ni hidang lauk dalam portion yang ala ala je. tapi punyer la banyak hokay! tapi awas, kalau tak nak lauk tu, jangan la usik walaupun secubit sebab diorg akan tetap cas kalau lauk tu berusik. penuh meja dengan lauk pauk. juleng2 mata aku ok nak pilih lauk.

abah ngan mak pun makan dengan berselera. hehe..  seronok tengok diorg makan. sambil makan kami tengok le tv siaran indonesia. lepas makan kami segera solat. dekat sebelah belakang rumah makan ni, ada surau. bersih tempatnye. so selesa la. memandangkan perjalanan yang masih jauh, maka kami pun solat jamak terus. senang ye.

lepas semuanye selesai, kami terus bergerak menuju ke rumah gadang. tempatnye pun tak jauh sangat dari rumah makan ni. tempat ni korang mesti or wajib pergi. sebab kat sini akan diterangkan tentang budaya masyarakat minang dan juga sejarah rumah gadang. korang jugak boleh la nak snappy2 gambo kat sekitar kawasan rumah itew. kalau ade yang terhenggin  nak bersanding or drag2 ala ala orang minang, kat sini ade disediakan juga kostum. harganye hanye RM12 sajork. posing la pueh pueh yo!

mak, abah, kak yan dan sominye bukan main lagi ye! sib bek la ade si roni dan aku ler yang gigih menjadi fotografernyer.. hehehe ok layan la dulu gambo-gambo ni. next time i sambung lagi. daaaa!!