Ahad, 24 Mac 2013

Kerja vs Melancong

Salam semua! Bersiaran dari dalam rumah ni.. hehe motipp??
hari minggu cam ni aku dah gigih pepagi buta lagi bangun dan menyelesaikan urusan rumah (solat subuh, basuh baju, kemas rumah dan bla...bla..bla..) dan tidak dilupakan jugak hupdate blog ni. kalau tak berkulat ler jawabnyer..
ok kali ni kita lupekan dulu story kat padang tu dulu. aku nak share citer aku ke Kuching, Sarawak dua hari yang lepas. ni kira lawatan muhibbah yang singkat sajork. haha
 
atas kapasiti kerja ye kawan-kawan. So dapatler berjalan buat kali ketiga aku menjejaki bumi puteri santubong nih. haha......sambil-sambil tu dapat ler restkan diri sebelum dibebankan dgn kerja yang banyak di opis tu.
aku ke kuching pada hari rabu lepas (20 Mac) dengan pesawat MH boing 737  jam 2.30 petang (ni sebab delay 30 minit) biasenyer MAS ni on time. masa tu punyer la panas cuaca di Kuala Lumpur nih. Disebabkan aku dah penah ke sana sebelum ni, maka kali ni aku x brapa la nak snapy2 dalam flight. just ala ala je. cuma time aku tengok awan yang santek tu, aku pun snappy la jugak. saje nak post dalam FB katernyer. hehe

Perjalanan ke kuching mengambil masa dalam 1 jam 40 minit ye kawan2. Masa dah nak sampai tu, langit mula mendung, dan once our flight touch down je, pergh... hujan pun turut touch down mencurah-curah. lebat siot! tapi ok jugak sebab nyer cuaca sebelum ni asyik panas jer.. so ni cool la sket.
disebabkan aku gi atas urusan rasmi kerja, makanyer ade la driver yang datang jemput di airport tu. sebab xde plan pun nak ke mana, terus je driver drop kat hotel. aku stay kat Harbour View Kuching. dekat jer ngan waterfront tu. tapi hotel ni hotel lama, but kira light-light je kondisinyer. ini disebabkan hampir semua hotel yg grand2 kat kuching fully book sebab dah dekat musim cuti sekolah khenn.
Harbour View Hotel Kuching
but its ok. sbb aku pun bukannyer nak duduk lama. setakat dua malam sajork. so malam tu, aku pun turun dari hotel setelah mandi dan solat maghrib, berjalan la di sepanjang waterfront tu. pusing2 cari makan. sebab dulu pernah sampai, so tak kekok la nak cari makan kat seberang sungai tu. kene naik sampan penampan yang cuba 50 sen je tambang sehala. so, aku pun mudik la ke seberang. sebab kat sana ade jual macam-macam kat kawasan food court die tu. kat sana jugak ade jual kek lapis Mira dan Ikan terubuk masin. malam tu aku order mee kolok goreng special. erm...yummy taw! kalau datang sarawak, juadah mee kolok dgn laksa sarawak ni wajib dicuba hokay! Disebabkan esok nyer aku ada urusan rasmi yang perlu diselesaikan, makanya, lepas abis makan, terus je aku balik ke hotel dan ZzzZZzz..
http://admin.tourasia2u.com/pImages/a8296213-78df-44aa-9b30-c96b4fac2f7e.jpg
Keesokan paginyer, lepas breakfast dalam jam 7.30 gitu, aku terus tunggu driver jemput di lobby. aku akan bagi taklimat sebenornyer kat UNIMAS yang terletak kat Kota Samarahan. perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dari bandar kuching. satu yang aku notice kat sini, round about die sumenyer giant2 hokay. kete pun leh tahan gak banyaknyer. orang sarawak ni kaya2 taw. program aku di sana dalam satu hari jugak ler. selesai urusan dalam jam 5.00 petang gitu. balik hotel dan rehat le kejap.

malam tu member aku yang sememangnyer orang tempatan kuching, datang jemput. kami keluar gi makan dekat kawasan kubah besar dan tapak baru pasar satok. sedap jugak makanan kat situ. delicious! lepas makan, kami menuju ke kawasam pantai Santubong Beach Resort kalau tak silap la yer.. kawasannyer dekat dgn Rumah Budaya Sarawak tu. santek kawasannye.sebab dah malam so aku pun x la nak snappy2. just enjoy the moments kat situ. best jugak suasana pantai time malam2 gitu. sejuk jer sambil tengok bintang berkelip2. sembang2 sampai jam 11 malam. pastu member aku tu pun hantar aku balik semula ke hotel.



esoknyer pulak, aku sempat lagi la nak jalan2 sekitar bandar kuching, time ni aku manfaatkan untuk jalan2 mencari ole-ole. aku pun mengajak driver pusing mencari kek lapis sarawak, terubuk masin dan buah tangan untuk kawan2 opis. lepas selesai semua, kami gi pekena dulu laksa sarawak dekat Mom's Kopitam. perghh!! sedap sangat laksanyer dan segelas lemon tea ice.
lepas tu driver pun hantar aku balik ke hotel. aku dah tak keluar dah. rest2 kan badan kat bilik je. sbb cuaca pun panas. aku just pack barang2. dan layan HBO jer. sampai jam 6 petang. driver jemput balik untuk ke airport. flight aku jam 8.00 malam. and after that aku pun sampai la KL semula. what a very short journey khenn. thats what i say "Kerja vs Melancong"! ok till then... daaaa!!!

1 ulasan:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam