Saturday, June 1, 2013

Jalan-jalan Hong Kong 2013

Salam semua.. Ya Allah semakin sibuk nyer sekarang ni tak tahu nak cakap la.. tapi sempat jugak khen menjenguk blog ni. kalau tak paham-paham la yer... hehehe...
ok ni mai nak habaq kat hampa semua, cerita yang dah suam-suam kuku je ni. cerita jalan-jalan ke Hong Kong awal Mei 2013 yang lepas.

Ok trip kali ni memang telah dirancang sejak hujung tahun lepas lagik taw. Masa tu hakak aku yang setia jenjalan si Yan rojer aku time ada promo AA. so usha punyer usha, destinasi pilihan kami jauh sket dari ASEAN iaitu ke Bumi Hong Kong hokay! time tu harga tiket raw sajork ialah RM400 ++. erm... ok la khenn.. dari ko bayor RM1000 lebey untuk tiket pergi-balik taw!

so sampai la hari yang ditunggu-tunggu kami berlima (aku, hakak yan bersama sominya dan dua org anaknye). Flight kami dari LCCT ke HKIA berlepas pada 10 Mei 2013 jam 8.45 pagi. so takde la nak rushing2 awal pagi. lagi pun, macam biasa la, aku akan web check-in awal2 untuk elakkan masalah. tapi totap ade masalah jugek taw masa kat airport. mencik taw! haha...

pagi tu, aku gerak awal jugak dari rumah, lebih kurang dalam jam 5.30 pagi. sebab aku singgah rumah member aku kat Putrajaya, mintak tolong dia hantar ke LCCT pakai kereta aku ler..so pung pang peng pong semua, aku sampai kat airport dalam jam 6.30 pagi. awal lagi. so masa ni pulak, boarding pass yang aku dah siap print bagai tu, boley plak aku tertinggal kat opis. ermm.... tu yang aku cakap tadi. walaupun perancangan awal aku tu dah teratur, tapi perancangan Allah lagi baik khenn... so ape leh buat, kene la ke kaunter, tapi nasib baik aku x kene bayor ape2 cas. korang tau la AA ni khen... so lepas check -in luggage semua, so leh la gi solat subuh dan sarapan simple2 je kat Marry Brown.

lepas siap semua, kami plan nak terus masuk ke balai menunggu untuk pelepasan. Gate ke Hong Kong pagi tu ialah Gate 11. time masuk tu aku terus melilau cari tempat untuk print boarding pass balik siap2. takut ler ada masalah pulak kat sana. mau nyer naya aku jadi warga Hong Kong pulak khenn.

selesai semua dalam jam 8.20 pagi, penumpang dipanggil untuk boarding. kali ni aku malas nak rebut2 naik cepat untuk dapatkan window seat sebab aku dah siap2 beli seat ngan meal hokay!. lalala

perjalanan ke Hong Kong dari Malaysia ni lebih kurang 4 jam taw. mangko la jubo duduk ajer. Alhamdulilah sebab flight pagi tu tak delay dan berjalan dengan lancar. ni la rupe meal yang aku order tu. nasib baik sodap. so berbaloi la ye.

 Cuaca hari tu agak cerah di Malaysia tapi di Hong Kong mendung dan lembab. so pemandangan dari window seat aku tu tak berapa nak hado ler. what can i say khenn.. tapi layan jer.. Kami selamat mendarat kat HKIA dalam jam 1.00 petang. Waktu Hong Kong dengan Malaysia adalah sama ye kawan-kawan. so korang tak yah ler nak susah2 tukar masa kat jam tangan tu. Lagi satu, Hong Kong ni banyak jugak persamaan dengan Malaysia. Antaranya sistem kedudukan pemandu kenderaan, diorang punyer driver duk sebelah kanan mcm kita. Lagi satu sistem soket elektrik pun sama jenis plug 3 pin gitu. cuma tandas diorang ni xde pili untuk korang buang air besar tau. hehehe...

untuk trip kali ni, banyak jugak research yang aku buat walaupun dalam kesibukan kerja tu sebabnye, kali ni hakak aku tu tak prepare sgt mcm trip sebelum ni sebab die pun sibuk gak. so diorang bergantung kat aku untuk planning semua. erm.. so takut gak kalau sesat kat sana. tapi sebenornye, kat HK ni insyallah korang takan sesatnyer sbb sistem papan tanda diorg sangat2 la bagus dan membantu plus sistem pengangkutan awam diorang pun efisen taw. memang diorg negara maju gitu..

Tak banyak tempat sangat yang dapat kitorang lawati sebab time sampai tu hujan turun agak lebat pada sebelah petang. So lepas selesai urusan immigresen HK, kitorg keluar dari Depature Hall A dan akan nampak kaunter ni.

kat sini korang kene beli Octopus Card. Fungsinye sama mcm TnG kita la. so senang korang nak jenjalan ngan public transport kat HK ni. cuma yang jaga kaunter tu mcm tak brapa nak friendly. menyamss aku! what everr!!

so lepas tu kitorg terus jalan plak keluar ke Hall B turun lif dan pengembaraan pun bermula.masa tu hujan masih lebat taw. kitaorg plan nak naik bus double decker jer. sebab senang dan murah berbanding kalau naik teksi atau train. tambangnyer  HKD33 sajork seorang. kene tunggu kat stesen A21 tau untuk ke Tsim Sha Tsui yang terletak di Kawasan Kowloon. ermm satu lagi, sebelum pergi better korang buat kajian tempatan gitu sikit2, sbb HK ni ada banyak pulau. Kawasan airport diorg ni terletak kat Pulau Lantau. tempat kitaorang nak menginap ni pulak terletak kat Kowloon iaitu tanah besar China. Sbb kat area Tsim Sha Tsui ni banyak kawasan yang menarik dan senang untuk ekses.

Penginapan kat sini, aku dah book siap2 dalam Booking.Com. dah hampir 2, 3 buah hotel yang aku view. last2 aku pilih Tai Wah Guest House. Alhamduliah pilihan aku kali ni sangat tidak mengecewakan sebabnyer guest house ni masih baru dan kondisi bilik serta peralatan yang disediakan jugak baru. so kami ni tetamu terawal la yang merasmikan bilik tu ye. hehehe.. cuma saiz biliknyer erm...agak kecik la. bagi aku yang kecik ni kira ok la. cuma yang bwk anak pinak bagai tu. ermmm mungkin sedikit hazab! aku book bilik standard double yang ada window. sebab nak tgk view luar. untuk aku snappy2 gitu.... owner guest house ni masih muda. namanye Tony, nice man. umur sebaya je ngan aku. last2 nanti aku story mcm mana aku jadi kawan ngan tony ni. hehehe

so lepas siap check in bagai, kami pun mandi dan berehat kejap melepaskan lelah menarik beg khen naik bas turun bas. tapi tak susah pun sebenornye. so planning awalnyer terpaksa diubah. sebab kalau tak hujang, kitorg nak g naik cable car. tapi sebab hujan turun mencurah curah khen.. so kami bersiap ke Citygate Outlet je dekat ngan pulau lantau. so patah balik ke sana naik MTR jer. senang dan cepat. satu yang aku perasan, org kat HK ni sangat bertamadun, sebabnyer, kalau diorang nampak penumpang yang memerlukan seat, cecepat jer diorg bangun dan beri seat tu. especially kalau tourist taw.

Sampai kat citygate outlet tu dalam pukul 6 lebih jugak la. time ni dah gelap tak mcm kat Malaysia, yang masih cerah. Citygate Outlet ni mcm JPO la kalau kat Malaysia. banyak outlet yang jual barang branded pada harga yang murah. erm... bila kitorg usha-usha satu satu outlet tu.. harga sama je ngan kat Malaysia. xde la murah pun. so jawabnyer window shopping la sajork.. lepas pusing2 tengok barang2 kat citygate outlet tu, kami plan untuk balik ke sarang. hehehe.. sebab tak tahu nak buat ape lagi memandangkan cuaca masih hujan. Lagi pun nak g tempat2 lain masa dah suntuk. so plan terpaksa berubah byk. Rugi sangat masa untuk hari pertama ni taw.

So kitorg pun balik ke bilik utk cas semula tenaga. Balik mandi dan makan maggi cup je la mlm tu. untuk trip kali ni, aku dah prepare bawak byk bekal manggi, lauk rendang, roti, milo ngan tuna. sbb kat HK ni katernyer makanan halal sgt mahal dan susah nak cari bg tourist yg baru mcm kami ni. tapi sebenornyer ade jer. cuma mahal jer. kalau mampu makan lah! gitu... so end of day one.

cuma satu je yang masih aku ingat, masa balik dari citygate tu, kami tersesat cari pintu keluar MTR kat stesten Tsim Sha Tsui, sbb kat situ, banyak exitnyer, kami keluar ikut pintu B1, padahal Minrandor Mansion tu dekat pintu D1. so sesat jalan tu buat kami ingat arah pintu keluar yang mana satu for the next day hokay!.tapi overall, perjalanan kat HK sangat senang dan selamat.

ok nanti aku sambung lagi untuk story hari kedua di HK hokay! tata titi tutu.. nah layan la dulu gambo2 yang sempat disnappy untuk day one in HK. bye!

No comments:

Post a Comment