Saturday, June 22, 2013

Jalan Jalan Hong Kong Day 3 (Part 2)

Assalamualaikum, Selamat sejahtera uolss. ok jom sambung citer Hong Kong hari ke-3 (part 2).

Ok selesai sesi foto memoto bagai dekat dalam Madame Tussoud tu, kami pun keluar dari studionye. Untuk makluman korang, Madame Tussoud ni letaknya dalam bangunan The Peak tu jugak. kalau tak silap aku yg lupe2 ingatan ni kat aras 1 atau 2.  Tak pe kat sana ada signage bagai hoii.. korang baca n cari la sendiri. tak sesatnyer..

Abih tu, kami naik ke puncak bangunan The Peak tu, iaitu Sky Tarrace. Haa... kat sini, kita boleh view pemandangan seluruh Kota Raya Hong Kong ni taw.. Tapi time trip aku ni, macam yang aku cakap kat korang la yang cuacanye tak begitu best. asyik hujan je memanjang khenn.. tapi tak pe yang penting aku dah jejak kaki di bumi Hong Kong ye.... hehehe

Masa ni kabus agak tebal dan nampak light-light je pemandangan Kota Hong Kong. Sejuk tak lah rasa sangat. biasa-biasa je pun.. Kat sini sempat jugak la aku ambik gambar sepam dua. Untuk makluman korang jugak, dekat atas ni, korang boleh abadikan kehadiran korang di sini dengan menulis ape-ape jelah yang korang nak pada kad berbentuk love dan gantungkannya pada ruangan khas yang disediakan. Eden pun tak ketinggalan lah ye untuk meninggalkan kesan tulisan iols tu di situ ye.


satu lagi kalau yang datang tu berlenggang kangkung tak bawak kamera tapi nak jugak ambik gambo di Sky Tarrace ni, boleh gunakan perkhidmatan photoshoot diorang. cuma korang perlu keluarkan ongkosnye sajork. siap diedit lagik hokayy! pueh hati sangat taw.

Kami di Sky Tarrace tu tak lama pun, dalam 30-40 minit je. Sebab pemandangan die tak begitu memberangsangkan disebabkan faktor cuaca. Lepas siap semua, kami pun turun dari The Peak dan plan untuk mencari makan sebab hari pun dah petang. Time turun tu, sempat jugak la kami rembat ape-ape yang patut untuk dibawa balik sebagai kenang-kenangan.

Time turun tu, kami naik Tram. Tram ni macam dekat bukit bendera Penang tu. masa nak naik tu, punyalah ramai umat manusia ko.. kene la beratur tunggu turn memasing. kami dah siap beli tiket pakej macam yang aku story sebelum ni dalam entry ke Disneyland tu. so senang la nak jalan.

tram ni turun tak la lama. kejap je dah sampai. kalau korek idung tu tak terasa pun kejapnye.. hehehe
Plannyer, nak makan tengah hari di Kafetaria Masjid macam yang diceritakan sorang blogger ni. tapi time tu lupe plak namanyer. tanye orang sana, diorang pun tak tahu. ye la tempat non-muslim, haruslah diorg wat tak tahu khenn.. so kempunan la nak makan dim-sum Muslim Hong Kong.. huwaaa.....so kami pun berjalan kaki untuk mencari arah pulang.

Sambil-sambil jalan tu sempat jugak la snappy sana snappy sini. masa tu, ada satu kawasan dataran yang lapang dan luas jugak la. kalau kat Malaysia kira macam dekat Dataran Merdekalah. Punyanye bersepah sana-sini umat Philipina engko. aku rasa diorg sume tu maid dekat Hong Kong. Kira macam hari kelepasan diorang lah kot. erm... choii sgt. kami terus gerak turun subway dan ambik MTR balik ke Tsim Sha Tsui.

Dalam MTR plak, sempat jugak aku kenal-kenal dgn minah Korea. Dia datang Hong Kong pun first time macam kami. siap bawak map bagai uolss..  tourist sangat khenn!!. Dia datang dengan maknye berdua sajork. Motiffnye ialah untuk jalan-jalan cari makan jer.. wahh gitu senahh!

sampai kat Tsim Sha Tsui.. Masing-masing keluar dan cari haluan masing-masing. sempat jugak aku buat lambaian ratu pada die.. hehehe Hope we will meet someday! Sampai area Mirandor Mansion tu, hujan masih lagi renyai-renyai. So sebelah Mirandor tu ade Shop Souvenior. Sempat jugak lah kami singgah dan beli ape-ape yang patut lagik sebelum balik ke bilik dan makan tengahari dengan lauk pauk yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur khenn.. Kak Yan masak nasik dalam bilik. aku bawak kari ayam. so kami berkongsi makan reramai gitu.. Selesai semua, aku pun mandi, solat dan tido lah sajork.

Ape-ape pun layan lah dulu hasil tangkapan gambor-gambor ini dulu. nanti aku story lagi kisah waktu malamnye pulak di hari ke-3 ini aku bersama Tonny si tauke Guest House. muahaha..
Till Then.. Chaou Bedahh!!!

2 comments:

  1. X best kan travel time hujan gambar pun kelabu jerk ngam kabusvcoz JM pun pernah pegi time summer season hujan x menentu nk jln2 pun x selesa you oulssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu.. tapi nak buat mcm manakan sebab bukan kuasa kita nak tentukan hujan ke idak. so redo je la JM.. Ade rejeki leh la dtg lagik. muahaha

      Delete