Sunday, June 23, 2013

Jalan Jalan Hong Kong Day 3 (Part 3)

Hoyehh... salam mesra uolss.. erm.. cuaca sekarang ni ya ampunn panas yang amat sangat ditambah pulak dengan jerebu yang sangat kuat ye. so bertabahlah duduk diam-diam je kat rumah. Nak keluar pun takde selera dibuatnye. So ape lagi mari kita sambung story jalan-jalan Hong Kong hari ke-3 (part 3).




Ok petang tu lepas je bangun tido lebih kurang dalam jam 5 petang, aku pun mandi dan solat dulu. Sambil layan TV Hong Kong yang aku pun tak paham ape yang aku tengok tu, aku buat milo lagik sambil cicah dengan roti. ye la tengah-tengah hujan plak tu, sedap jugak makan time-time cam tu khenn.

So disebabkan tak nak buang terlalu banyak masa di bilik je. aku pun  plan nak keluar jalan-jalan di kota Hong Kong sendiri sebab kak yan dan familinye dah tak larat katernyer.. So malas  nak tanye lelebih khen. tetiba aku teringatkan si Tonny tokei Guest House tu. So saje je la aku WassAps die. Manalah tahu kot-kot die free dan leh ajak lepak sama-sama kat luar. lagi pun mesti die tahu selok belok jalan-jalan kat Hong Kong ni khenn. Tak sampai seminit dua lepas tu, ada balasan dari si Tonny. Alhamdulilah sangat taw sebabnye die memang tengah free dan setuju nak lepak dan tunjukkan aku jalan-jalan yang best sekitar Tsim Sha Tsui tu. Oyehhh!!

So kami janji nak jumpe dekat main entrance Mirandor Mansion tu tepat jam 6.30 petang. Aku pun tukar baju dan siap ape-ape yang patut untuk jalan-jalan dengan si Tonny. Actually, Tonny ni muda lagi sebaya je ngan aku. So takde la masalah untuk sharing idea or what so ever khenn. Dulu si Tonny ni belajar kat US uolss.. kelass sgt. So thats why he can speak English very well. Sambil jalan-jalan tu macam-macam kami borak. Dia ni memang pandai sembang. Aku plak pantang diajak sembang je mesti menjadi. hehehe...

So kami pun berjalanlah menuju ke Victoria Habour sekali lagi. Aku dah bagi tahu Tonny yang aku nak tengok upacara Simphony of Lights malam tu. Untuk makluman korang, upacara ni memang sentiasa ada pada setiap malam di tepi tebing waterfront Victoria Habour tu kecuali kalau hujan. Biasanya simphony of lights ni start jam 8 malam camtu. siap ade suara pembesar dan iringan muzik untuk pancaran cahaya lampu pada bangunan pencakar langit dari Pulau Hong Kong. Memang cantik!

So memang ramai para pelancong yang bersidai sana sini kat Victoria Habour time tu untuk tengok simphony ni. Siap yang ready dengan kamera bertripod hokay!. aku biasa2 je. cukup sekadar dapat tengok dan ambil gambar biasa-biasa je. Sambil-sambil tu, dapat jugak ambik gambar kapal-kapal stail pedagang cina dulu-dulu tu duk lalu lalang dekat situ. Ermm... cantik. So tak rugi la aku keluar malam tu dengan Tonny.

Simphony of lights tu lebih kurang dalam 30 minit cam tu la. selesai semua, baru semua orang bersepah sana sini membawa haluan memasing. aku ngan Tonny jalan-jalan sekitar bandar Hong Kong tu. Tonny siap tunjukkan aku local district food Hong Kong. Dia belanja aku Fish Cake. sedap. Tapi aku siap pesan kat die yang aku makan makanan yang halal je. sib baik die ni tahu. so takde hal la khenn. lepas makan tu Tonny bawak aku jalan-jalan lagi ke Masjid Kowloon. kat sini die tunjukkan jugak tempat-tempat makan yang halal untuk muslim. rata-rata kat area tu ramai orang Indon yang jadi maid kat Hong Kong ni.

So sesape yang berhajat ke Hong Kong dan tak tahu nak cari makanan halal, so boleh la refer kat sini ye.

Lepas tu, aku pun ajak la Tonny balik ke bilik. ye la kesian pulak die. nanti esok nak keje lagi. uruskan guest house die tu. aku plak duk sibuk ajak die keluar khenn. tak pe la Tonny, bagi aku pertolongan die tu pun dah memadai. Start daripada situ lah aku jadi kawan dengan si Tonny ni. So kalau datang Hong Kong skali lagi mesti aku akan rojer Tonny lagi.

Balik bilik dan kemas-kemas ape yang patut sebab esok dah nak balik Malaysia. dan lepas tu tido.. Ok akhirnya selesai jugak entry untuk hari ke-3. fuhh lega!
Till then nanti aku sambung lagi untuk hari terakhir di Hong Kong ni ye! Wassalam....

8 comments:

  1. 4 hari je? Cukup ke cover all attraction places kat sana :-)

    Alahhh tk de ke gambar tony tu baru nk kenal2 heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah 4 hari je JM. Memang tak cukup pun. Ditambah pulak dengan cuaca hujan. Perjalanan kami pun terbatas. Cuma gi tempat2 wajib je dulu. will repeat it again. Kalau JM plan nak ke HK leh la rojer2 DF eh! hehe...
      Si Tony tu pemalu org nye... tu sebab tak de gambar die.. next time kalau ke HK DF kenalkan..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wah.. best nyer crite g HK nie.. tak sabo tunggu next.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Nanti DF hupdatekan story ni lagi. Ni tengah ambik mood balik. Tengah bercuti di kampung. Tunggu ye anonymous. Len kali tulis le nama. Leh la mention. Hehe

      Delete
    2. Ok. Nanti DF hupdatekan story ni lagi. Ni tengah ambik mood balik. Tengah bercuti di kampung. Tunggu ye anonymous. Len kali tulis le nama. Leh la mention. Hehe

      Delete
  4. Agak2 kos ke sana exclude tiket berapa ye?
    Hehe..We plan to hijack HK next year :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau exclude tiket flight, bajetnye depends la brapa lama nak stay. Macam kami yang stay 4 hari 3 malam, kami spend around 2K. Kalau just nak jalan-jalan tak nak shopping around 1K per person pun dah cukup. Selamat Melancong! ;)

      Delete