Sabtu, 13 Julai 2013

Jalan Jalan Hong Kong Day 4 (Finale)

Salam Ramadan Al-Mubarak uolss... Harapnya ibadah kita pada tahun ni akan mendapat keberkatan ye. Insyaallah... gitu... tazkirah mukadimmah katernyer.. hehehe Ok la uolss sambil mengisi masa lapang kat kampong sekarang ni, bolehlah aku hupdatekan story Jalan-jalan Hong Kong part finale ni. Kalau tak rase banyak bebenor hutang aku kan ....ok lets uolss!

Awal pagi pada hari terakhir kami di Hong Kong ni, macam biasa la jugak kann.. aku bangun pukul 5.30 pagi. solat subuh siap-siap then buat sarapan yang ala kadar jer.. Dalam hati ni rase macam sedih pun ade sebab rase macam tak cukup je masa holiday trip di Hong Kong ni. Ermmm..... but what to do? Lepas sarapan, aku pun mandi dan bersiap-siap. Baju semua aku dah siap pack malam tadi sebelum tido. Just to make sure that nothing left kann...

Dalam jam 8.00 pagi cam tu, kakak aku and her family tu pun dah siap. Si Tonny pun datang melawat kawasan. ye la just nak make sure kami check out dalam keadaan yang ok. sempat aku salam-salam ngan Tonny dan tukar-tukar nombor and e-mel. Mana la tau kot2 ade rezeki leh datang Hong Kong lagi, boleh la rojer2 si Tonny lagi. hehehe

Masa ni aku belum beli apa2 buah tangan lagik tau especially fridge magnet. Aku suke kumpul fridge magnet tau plus buah tangan untuk kengkawan pun tak beli lagik. Ingat tak shop yang aku story sebelum ni yang terletak dekat sebelah Mirandor Mansion ni? haa... aku harap2 sangat shop tu buka. kalau tak geget jari la aku ye... yela time awal2 pagi kat Hong Kong ni kedai-kedai masih belum beroperasi. Alhamdulilah....pagi tu, kedai souvenir tu baru je buka. sebab masa masih ade, aku ngan kak yan singgah jap untuk grab ape2 yang patut supaya tak ralat kalau tak beli buah tangan Hong Kong. Len kali kalau jenjalan, kalau ade benda yang korang rase berkenan, terus je grab kalau tak nyaris-nyaris jadi macam aku ni hokay.

Sempat jugak la aku grab 2 utas jam tangan untuk aku ngan adik, baju T-shirt 3 helai, 20 fridge magnet yang memang santek. pueh ati sangat taw! muahaha... Selesai semua, kami pun jalan menarik beg bagai ke bus stop yang berdekatan. Ingat lagi tak gambo Masjid Kowloon yang aku tunjuk dalam entri yang lepas? Haa... bus stop ni ade je merata-rata, korang jalan kalau tak jumpe silalah bertanya ye... dekat siap bus stop tu ada ditunjukkan nombor-nombor bas yang akan berhenti kat bus stop tu. Untuk ke airport, korang kene ambik Bus A21. so silalah cari ye...

Sementara tunggu bus sampai, sempat jugak aku ngan kak yan snappy sana sini. Tak sampai 10 minit, bas pun sampai. Kami naik dan letak beg then naik ke tingkat atas bas. masa tu tak ramai penumpang. so banyak seat yang kosong. So peluang nak snappy dengan gumbira ye.. cantik jugak pemandangan pagi di Kota Raya Hong Kong ni.

Untuk pengetahuan korang, Hong Kong International Airport (HKIA) ni jugak dikenali sebagai Chek Lap Kok International Airport. HKIA ni merupakan antara top 10 world best airport tau. pengurusannya sangat effisien. Cantek dan bersih. terbahagi kepada 2 terminal, iaitu low cost airline dan main terminal.

so sila pastikan korang turun di terminal yang betul. Dekat depan terminal tu ade signage yang tertera airline ape yang beroperasi di terminal tersebut. Sebelum drop in bagasi, sempat lagi kami jadi jakun jap. Snappy lagi ye hehe.... Lepas selesai semua, kami kene naik train untuk ke main terminal. Kat sana baru la kami cari makan. Haa.... masa ni baru teringat nak return balik kad Octopus tu. Tapi time ni dah tak berguna taw.. sebabnye kaunter tu letaknye kat aras LG terminal 2. so what to do? tanye kat kaunter pertanyaan yang ade kat situ, diorang bagi tahu kad tu boleh guna untuk beli makanan kat aras dua kat mana-mana fast food yang ade. Ermm... ok gak kan. Perut pun tengah lapar. Cari-punya -cari, akhirnya kami decide nak makan McD je. tapi fikir2 tak halal kan... masa tengah beratur tu, terpandan shop sebelah McD, kami jumpa PopEyes ni. Ada logo halal uolsss... Holaaa... terus keluar baris meluru ke sebelah hokay!!..

Sweap je kad Octopus tu. senangkan! dan yang penting sodap. Deliciousssss!!! Lepas makan semua, sempat jugak kami jenjalan pusing-pusing sekitar HKIA ni. banyak shop yang ekslusif taw. kat airport jugak ade Disneyland Merchandise Shop hokay! so bagi sesapa yang tak sempat nak grab buah tangan di Disneyland, boleh la beli kat sini. harganya sama je hokay! aku pun tak ketinggalan membuang duit sekali lagi kat sini. Aku grab seketul wallet mikey dan 2 ketul Mickey Dolls untuk anak-anak buah aku kat kampong. bertambahlah hand carry aku..


Dah ponat jenjalan, kami pun berjalan menuju ruang menunggu, sambil-sambil tu snappy sana sini lah kan... flight kami berlepas dari HKIA tepat pukul 3.00 petang. Dalam flight tu aku siap order prebooked meal. erm... makan lagi kann.. so kenyang so yummy hokay! Akhirnya kami selamat pulang ke Malaysia. Then member aku dah siap tunggu jemput aku di LCCT. Thanks uolsss!!

Ok lah sekian story Jalan-jalan Hong Kong hokay. Kalau ade rezeki lagi aku nak datang lagi sebab banyak lagi tempat aku belum cover. so pada sesapa yang nak ke Hong Kong dan perlukan sedikit maklumat, leh la rojer2 aku. Mana yang aku leh tolong, bolehlah la aku share hokay. Till then, wassalam!

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Adalah.... cuti pun dah diapprovekan... sabar ye. Tunggu!! bak kata JM. Tak gitu? hehehe

      Padam
    2. alahh...jahat tauuuuu...nebes nih heeee

      Padam
  2. Plan nk g dis ni. Tiket flight 600 lbh. Okla kot kn coz last minute tukar tmpt nk travel. Pdhal dr awal2 thn da plan dgn family nk p bandung. Tetiba tukar hk coz nk g disneyland. Disneyland tokyo da penah g. Nk try dianey hk plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Anonymous, nama tak tahu. len kali letak le nama. baru syok sembang gitu.. hehe.. anyway, thanks sudi singgah ke Dunia Farel.

      Yup memang best kalau ke HK. nak nak gi ke Disney Land HK. saya pun mungkin akan repeat trip HK ni sebab banyak lagi tempat yang belum cover. Bandung pun best jugak. kalau shopping kat sana memang haven. tambahan skarang kat bandung pun dah ada Trans studio. rajin-rajin lah singgah sini and be my follower saya eh. sharing is caring!

      Padam