Ahad, 22 September 2013

Keindahan Pulau Sabang Aceh (Day2 Part1)

Salam hujung minggu buat semua!... bersiaran dari rumah aje hari ni. Actually, aku baru je balik dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Ada bengkel kat sana dari hari jumaat. So, upacara menghupdate blog tergendala sebentar ye. gituuu.... bajet kebizian ye! hehehe.... terima kasih la pada uols yang sudi menerjah dan memberi komen untuk entry-entry sebelum ini. siap ada yang sms request suh cecepat sambung citer trip aceh ni hokay. bajet femes sekali lagik. hehehe (nyampah kenn!)  Ok. jom kita sambung story trip aceh untuk hari kedua.

Hari kedua, kami dah berada di Pulau Sabang. Penginapan kami ialah Iboih Inn. Kalau sesapa nak alamatnye boleh rujuk pada picca yang aku tunjukkan kat bawah ni. Ok la. dalam post yang lepas, aku ada mention tentang keedudukan pulau ni kan. Ok bagi sesapa yang nak tahu kat mana lokasinye ni aku tunjukkan petanya di mata dunia gituu.... hehehe (sumber dari google ye)

Peta keseluruhan kawasan Negeri Aceh Darussalam
 
Peta kedudukan Banda Aceh
 
Peta kedudukan Pulau Sabang/Weh
 
Ni pulak, peta lokasi menarik dikunjungi sekitar Pulau Sabang

Ok. pada aku pulau ni seumpama "The Hidden Paradise" untuk Aceh dan Indonesia. Pulau ni tak ramai yang pelancong asing tahu tentangnye. Air lautnya sangat cantik. bersih. udara dan panorama alam semulajadi di sini masih belum diterokai. gitu... dah macam duta pelancongan aceh kann!

Ok pagi tu, lepas bangun solat subuh, kami semua bersiap-siap dengan plan yang dibincangkan malam tadi. Ye la, modus operandi hari ni nak pusing pulau sabang sampai lebam. hahaha.. so setelah siap barang keperluan untuk dibawa sebagai bekal, kamera bagai, kami pun turun ke lobi Iboih Inn untuk sarapan pagi. Sarapan di sini bermula jam 8 pagi. So lebih kurang jam 9 pagi waktu Malaysia. Pitammm hokay!

Sarapannye sedap. sambil makan kat situ, kami boleh menikmati pemandangan laut pada waktu pagi. kat sini banyak kucing. comey-comey belaka. aku kan suke kucing. meoww! sambil-sambil makan tu, kami snappy2 sana sini. kat sini jugak ada wifi. so ahli rombongan jemah yang lain memasing sibuk duk upload picca diorg tu terus dalam FB memasing kecuali aku je. hehehe.... sedap sedap duk makan. tetiba hujan turun dengan lebatnye hokay. pitammmm.. aku duk cakap kat kak maz.. abislah plan kami hari ni. sambil-sambil tu bertabah dan berdoalah kami supaya hujan reda selepas selesai makan. alhamdulilah.... rupanya hujan tu kejap je lebat... lepas tu die gerimis-gerimis sendu je... hehehe (so masih boleh jalan yuk!)

Siap makan, kami pun gerak ke kawasan pantai tempat kami naik bot untuk ke Iboih Inn ni petang semalam. Sebab abang Har tu akan tunggu kami di situ. Tapi kali ni kami kene la menapak lebih kurang 10 minit ikut jalan belakang. rupanya sepanjang pinggir pantai tu ada banyak lagi challet, inn dan penginapan untuk pelancong. ada jugak kedai souviner, kedai sewa alat snokerling, diving dan macam-macam lagi. 

Sampai je kat kawasan pantai tu, memang abang har dah siap tunggu kami. so naik van teruslah kami mengembara ronda-ronda pulau sabang. aku pun mula la duk explain bagai kat abg har tentang plan kami. Memula kami nak ke tugu kilometer nol (0 km), sebab kawasan ni merupakan kawasan paling hujung di Pulau sabang ni. kawasan yang menjadi titik mula Indonesia. sesiapa yang datang sini, boleh juga menempah sijil bukti kehadiran korang ke kawasan ini. sijil berharga IDR25000 je. lebih kurang RM7. Ok la tu. boleh buat kenang-kenangan. Tapi sijil ni kene tempah awal-awal sehari sebelum korang nak lawat situ ye. kami semua tempah jugak sijil ni. 
 

kat kawasan ni, pemandangan die memang superb hokay. dari sini, kita akan dapat lihat pulau-pulau lain yang berhampiran dengan pulau sabang ni. antaranya pulau rondo, pulau nenasi dan pulau-pulau lain yang aku pun tak tahu namanye.. hehehe. sini jugak banyak monyet ye. so wacthout gegurl! hehehe... dari atas tu juga, kami meluangkan masa untuk melayan fefeeling mereleasekan otak jap tengok laut yang luas itu. ombak yang memukul dan menghempas batu di bawah tu, sangat cantek warnanye. biru terqoise gitu. sangat teruja. tapi sayangnye sebab kawasan cantek ni tak dapat nak diupgrade facilities pelancongnye sebab kurang bantuan kerajaan diorang. yang ada pun adalah hasil usaha penduduk tempatan je. kesian kann. angin dari  atas pondok tu memang sangat kuat dan nyaman je.. asyik bangett! hehehehe

ok, tak nak buang masa sangat, kami pun beransur ke van semula. sambil tu jugak sempat kami singgah gerai kat tepi kawsan tugu ni tengok souviner. ye la takut di kawasan bawah nanti dah tak jumpa lagi. memang tepat sekali sangkaan aku tu. tak sia-sia iols rembat 3 helai T-Shirt Sabang yang ada corak peta sabang dan tugu kilometer nol tu kat sini. alhamdulilah...tak mengecewakan!. Lepas tu kami bergerak ke kawasan volcano. kawasan ni dekat dengan kawasan hutan simpan diorang. ni merupakan kawasan gunung berapi yang katanya masih lagi aktif. masuk je kawasan ni, bau belerang dapat disedot hidung ye! busuk macam telor tembelang gituu... banyak jugak lubang-lubang yang ada kat situ. lurah bukit tu pun ada air yang bertakung dan masih panas. Abg Har ada jugak suruh kami cuba halakan tangan pada permukaan atas lubang-lubang tu. Masyaallah! terasa bahang panas yang amat ye! tu baru atas permukaan tau! rasa perit macam kene bakor ye... tu dia haba dari lahar gunung berapi. hazabbbb! Tapi pemandangan kat situ macam kawasan hutan biasa je. cuma ada lahar gunung berapi. kat sini macam-macam reporter yang duk tanye abang har tu soklan-soklan cepu cemas ye! pitammm..... hehehe

selesai bersnappy di situ, kami pun meneruskan lagi ronda ke kawasan Pantai Sumur Tiga. Nanti aku sambung story kat sini pulak ye. rasenye dah panjang berjela aku duk perah otak nak ingat balik perjalanan kat sana ni.. Ok till then... Chaou Bedahh!!