Sunday, November 24, 2013

Short Trip to Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau 2013

Assalamualaikum, salam sayang untuk semua!
Yaa ampunn kawan-kawan. sungguh lama aku tak hupdate blog sejak balik dari percutian aceh hari tu. Ye la keje bertimbun melambak pastu tau. Sebenarnye aku outstastion hampir setiap minggu tau sepanjang bulan ni. Ok sambungan citer aceh tu aku akan storykan lepas entry ni. Sebabnye story trip pendek ke sabah ni aku plan nak citer sederap je sebab insyallah aku akan ke sana lagi. hehehe

So, kiranye ni frontline story je. Macam official  trip aku sebelum ni, trip kali ni aku pergi atas urusan kerja sebenarnye. Memang tak plan pun ape-ape. Ye la time ni pun tengah clash dengan musim cuti sekolah. jadi kebanyakan hotel dan tour agency akan fully booked. Tiket penerbangan pun sama jugak hokay! sepatutnya aku pergi 3 hari 2 malam je. Disebabkan tiket penerbangan balik hari tu telah fully booked, maka aku terpaksa ler ambik flight keesokkan harinya. ermm... untung badan kan? hehehe boleh la lepak lama sikit kat sabah. mula la kaki melangkah panjang khennn.. hehehe

Aku ke sabah pada 20 Nov 2013 (Rabu) dengan pesawat MAS. Aku ambik flight pagi. Yela sebab nak spend masa lebih sikit kat sana. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit dari KLIA menuju ke KKIA. Flight aku pagi tu pukul 8.30 pagi. Mau la aku kene bangun dan bersiap awal-awal pagi. Pukul 4.30 lagi aku dah bangun, mandi dan berkemas untuk ke KLIA. Drive dan park kereta dekat Putrajaya Sentral. Masa tu orang dah mula ramai nak pergi kerja. ye la weekdays khenn. Nasib baik aku dah siap check-in online dari rumah malama sebelumnya. Just nak drop luggage je. So takde la rase cuak kalau terlambat sikit. Naik KLIA Transit dari Putrajaya ke KLIA takde la jauh mane pun. Dalam 30-40 minit je. Tapi disebabkan takut sebarang kemungkinan di airport, makanya aku takde la nak sarapan pepagi tu. sampai je kat KLIA, terus naik lift ke tingkat 5 (balai pelepasan). Perghh! time tu ramai orang duk beratur panjang untuk drop luggage. berderau darah aku tau. cuak jugak. sempat ke? Yela la, time tu dah pukul 7.30 pagi. Tapi alhamdulilah, semua berjalan lancar, sebab petugas kaunter tu cekap dan pantas. akhirnya, lepas drop luggage, aku terus masuk ke boarding hall. mak aihss, dapat hall paling hujung tau, A10. dah la perut lapar. ingatkan aku orang yang paling lambat sampai, rupa-rupanya, orang kedua paling awal sampai dan masuk boarding hall tu. pitaammm khen? kalau tahu lebih baik la aku breakfest dulu.

Trip kali ni, aku ditemani kawan sepejabat. Kak Jaja. selesai semua kami pun berlepas ke Kota Kinabalu. Tiba di Kota Kinabalu pada pukul 11.30. Kami ambik teksi terus ke Hotel Penginapan. aku booking online je. sebab kalau nak suruh office yang book, jawabnye memang tak dapat la. sebab dah last minit. so ambik hotel yang biasa-biasa je. Hotel kami ialah Winner Hotel, Kota Kinabalu. hotel 2 ke 3 bintang je. tapi selesa dan bersih. makanannye pun sedap. harga berpatutan. Nanti i buat review pasal hotel ni.
Sampai di Kota Kinabalu lebih kurang pukul 11.30 pagi. ambik je teksi di kaunter. Kalau nak tahu, airport KK ni ada 2 terminal. Kalau naik MAS, korang akan landing di Terminal 1, Kalau naik Air Asia, korang akan landing di Terminal 2. Haa.. kene ingat ler kat mana korang landing. Tambang teksi kalau dari airport ke Bandar Raya Kota Kinabalu lebih kurang RM30 je per teki. tapi sebenarnye kalau nak lagi murah, baik sewa kereta. perjalanan lebih kurang dalam 20 -30 minit je. sambil tu korang leh tengok pemandangan kota kinabalu. View airport memang superb sebab sebelah laut je.

Sampai je hotel kami terus check-in. perut pun dah berkeroncong. kami tumpang letak beg di kaunter. petugas hotel pun mesra. layanan best. kami terus ke Kinabalu City Centre makan tengah hari. shopping kompleks yang berdekatan dengan hotel winner. dekat sini jugak banyak tempat korang boleh lawati. hotel paling cantik dekat situ ialah Le Meridien. Tapi time aku datang ni, hotel ni full. Pasar Filipina pun dekat situ je. jalan kaki dalam 5 ke 10 minit je. Kami makan tengah hari kat food court dia. korang kene menuju ke basement. cari signboard ke food court. kat bawah tu jugak ade atm. aku order rojak speacial. tapi mungkin tak kene dgn selera aku, makanya tak habis. lepas makan kami balik semula ke hotel dan terus dapat ke bilik dan tidur. ye la bangun awal khenn.. sampai ke petang aku membongkang untuk refill balik tenaga.
Janji dengan kak Jaja nak keluar makan malam pukul 7.30 malam. Haaa kat sabah ni waktu dia sama jugak dengan semenanjung, cuma keadaannye saje yang berbeza, sebab kat sini cerah pagi lebih cepat, gelap malam pun lebih cepat. kiranye, kalau subuh dalam pukul 4.45 pagi di sini, di semenanjung dalam pukul5.45 pagi. haa cam tu la cik ton. so kalau pukul 7.30 malam kat sini sama macam 8.30 malam di semenanjung.
malam tu, cuaca lembab2 je. sejuk angin laut. kami malas nak jalan jauh, depan hotel winner ni banyak kedai makan. kami makan nasi goreng dekat kedai mamak je. lepas tu, jalan-jalan ke pasar malam dekat dengan pasar Filipina. dekat sini, setiap malam ade pasar malam. barang yang dijual lebih kurang same je. perhiasan perempuan, baju, dan souvinear. aku tak beli pun kat sini. just jalan-jalan pusing. ingat nak beli esok je. kami balik hotel dan tidor.

Keesokkan paginye, aku bangun awal seperti biasa dalam pukul 4.30 pagi. mandi dan solat subuh. siap semua layan je dulu tv sementara nak tunggu pukul 7 pagi. sepatutnya pagi ni aku kene bertugas di KK Times Square. Tapi pegawai sabah ni dah bagitahu program telah diubah ke sebelah petang. so ape lagi. yahoo la aku nak merayap pagi tu. tepat pukul 7 pagi, aku rojer kak jaja untuk sarapan yang memang diberi percuma dalam harga penginapan. kat sini, breakfestnye ala cart yer. korang kene order, pastu diorang akan surf secara panas-panas. memang best dan portionnye jugak banyak plus sangat sedap. roti bakar boleh buat sendiri. recormended la hotel ini untuk bajet travel.

Lepas makan, kami keluar jenjalan ke pasar filipina. main belasah je jalan. pasar bukak pukul 8 pagi. tapi time tu banyak jugak kedai yang belum buka. memang aku dah plan nak cari ikan bilis, rumpai laut, kueh cincin, belacan dan fridge meagnet untuk diri dan kengkawan rapat. rupanye kat pasar ni diorang ada area yang jual barang basah, kering, souvinear dan lain-lain. so senang le nak jalan. memula aku cari ikan kering dulu. Haaa dengan tak disangka-sangka, aku jumpe geng kerja HECC kat sini tau. terkezut bobot taw. Rupanye, diorang dah perasan aku awal-awal lagi. nak jadi cerita, time aku lalu situ, diorang saje je sekat jalan aku. time tu masih tak perasan siapa yang buat. so aku pandang diorang. terkejut mak limah ko tahu. hehehe. rupanye, diorang pun outstation di KK. sampai lagi awal dari aku. diorang ni member baik aku time kat HECC. Zaid, Che Wan dengan Min. Kak Yan pun ade, tapi time tu die tido dalam kereta. sempat la kami bergambar.

Lepas beli semua, kami pun balik ke hotel. sesampai je hotel, kami dijemput oleh staf cawangan sabah ke pejabat sini. so sempat la aku melawat pejabat sabah. dapat jugak berkenal-kenalan dengan staf sini. mana la tahu kot kot suatu hari nanti dipindahkan ke sini. takde la terkejut bobot khenn. hehehe. lama jugak kami lepak di pejabat cawangan sabah tu. dalam pukul 11.30 pagi, kami dihantar balik ke hotel untuk siap-siap nak bertugas jam 2 petang di KK Times Square. kami dijemput semula jam 1 petang oleh driver cawangan sabah pukul 1. time tu cuaca mendung je. alhamdulilah, tugas dapat dilaksanakan dengan jayanye sampai pukul 5 petang. aku call driver untuk jemput dan hantar kami balik ke hotel. time ni hujan agak lebat jugak. so kami sampai hotel dan rehat sampai pukul 7.00 malam. pastu kami keluar makan. kali ni ubah selera. kami makan ikan bakar dan rumpai laut dengan nasi panas. boleh tahan jugak harga die. lepas tu balik hotel dan siap pack barang sebab awal pagi esok, kami dah bercadang nak ke Kundasang dan Ranau nak sangat tengok gunung Kinabalu. kami ambik kereta sewa daripada staff cawangan sini. ambik kancil je dengan sewa RM70 sehari lebih. ok la tu khenn.

Awal pagi tu, seperti biasa, aku dgn kak jaja bangun awal. sarapan tepat jam 7.00 pagi. tunggu kereta sampai agak lewat jugak tau. rupanye tuan kereta terlajak tido sampai pukul 9.00 pagi. hangin je kami. habis perancangan kami untuk pagi tu. Perjalanan k Kundasang dari KK lebih kurang 2 jam tau.sebelum sampai pekan kundasang ni, kita akan sampai dulu di pekan Nabalu. kat sini korang boleh la nak shopping souvinear sebab lebih murah dari di KK. aku sempat rembat t-shirt, beras bario dengan makanan ringan je.

Kami meneruskan perjalan ke kundasang. dari sini lebih kurang 30 minit lagi. Ingat nak ke Desa Cattle Farm a.k.a New Zealand Malaysia. tapi sebelum ke sana, kami kene melawat Kinabalu Park dulu sebab acara rasmi. Dah la time tu hari jumaat. lagi la singkat masa. kami sampai Kundasang dalam pukul 12 lebih. time tu memang pejabat kinabalu park dah tutup waktu rehat. orang nak p solat jumaat. kami singgah dulu solat jumaat dekat masjid jamek kundasang. dari sini suhunye dah sejuk. nyaman je. masa ambil air sembayang, perghh.. terasa kesejukan air gunung yang sangat sejuk dan fresh. patut la orang sini santek! kak jaja tunggu dalam kereta. kat sini kami bertiga dengan abang Cliff. die masuk islam. kaum kadasan dusun. dapat jugak aku solat di masjid kundasang ni. tengah renovate kawasan masjid ni. Selesai solat kami gerak semula ke kinabalu park. makan tengah hari dulu dan baru lah kami naik ke pejabat. kat sini kalau nak makan, baik makan di luar kawasan kinabalu park tu. sebab kafe yang kat dalam harga lagi mahal hokay!.


Kami disambut pegawai kinabalu park dengan penuh mesra. best sangat sebab dapat jalan melihat sekitar kawasan dengan explaination macam VIP ye. ye la sebab acara rasmi. orang biasa jangan harap ye. kawasan ni untuk eco tourism dan penyelidikan. kami dibawa ke makmal penyelidikan, bilik tanyang video dan muzium. kami selesai acara rasmi di sini lebih kurang pukul 4.30 petang. hurmmm jawabnye memang tak sempat ler nak ke Desa cattle farm tu. kempunan la jawabnye. sebab kat sini pukul 5 petang dah macam pukul 7 malam tau. penginapan kami pulak jauh ke Ranau. dari kundasang lebih kurang 30 minit drive, jalan pulak takde lampu hokay. nasib baik ade abg cliff. dia orang sini. so takde la takut sangat.
kami sampai di Ranau dalam pukul 6.00 petang. aku dah book homestay di Slagon Homestay sebab penginapan di kundasang dah full. tak nak ambik risiko bermalam di tepi jalan pulak nanti. ye la musim cuti sekolah khenn. Slagon homestay ni jauh terperuk ke dalam. harga bilik kira murah ler. tapi nun jauh tau di hujung kampung silou, ranau. selesai check-in, kami mandi dan solat, kami keluar makan malam di pekan ranau. jangan risau kat sini makanan halal mudah didapati merata-rata. walaupun sepanjang jalan di kundasang dan ranau ni banyak anjing berkeliaran. makanan kat sini tidak mengecewakan. semuanye sedap, tapi agak mahal. selesai semua, kami balik ke slagon homestay  dan berborak sampai mengantuk untuk membolehkan mata ni tidor. yela memasing takut tido dalam kampung paling hujung.hehehe

Keesokan paginye, awal-awal pagi kami bangun mandi dan solat subuh. kami kene bertolak balik ke kundasang seawal pukul 6.00 pagi sebab nak bergambar dengan gunung kinabalu. untuk info korang, gunung kinabalu ni kalau awal pagi dalam pukul 7 ke pukul 9 pagi masih boleh nampak dengan jelas kalau tak hujan la. lepas pukul 9.00 pagi, jangan harap la korang dapat bergambar dengan gunung tertinggi di asia tenggara tu. sebab macam ratu yang dikelilingi dayang-dayang je tau. awan dan kabus tebal akan sentiasa melindungi puncak gunung. memang korang tak akan nampak pun gunung yang besar tu. pelik bin ajaib sangat taw.
semasa perjalanan tu, abg cliff sempat singgah tepi jalan untuk kami bergambar dengan spot view yang cantek. dapat la kenangan kami di sini. takde la pulang dengan hampa sebab tak sampai puncak gunung dan new zealand malaysia itew khenn. tapi aku akan repeat lagi trip ke sini.
kami singgah sekejap sarapan di restoran depan kinabalu park. time ni masih belum ramai orang. makan makanan panas time sejuk ni memang superb taw. licin licau aku belasah wantan mee goreng. pedas dan best. secawan teh tarikh. perghh... sedap sangat!


Lepas makan, kami terus balik menuju ke airport. flight balik pukul 1.40 petang. aku dah siap check-in semua. just nak drop luggage je. takut jugak jalan jem ke ape khenn. alhamdulilah, kami sampai airport dalam pukul 10.45 pagi. so jenjalan dan makan dekat marybrown sambil borak dan menikmati pemandangan laut tepi airport KKIA ni sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Ini lah percutian pendek dan tugas hakiki aku. Insyallah akan datang lagi pada tahun depan hokay! I love KK