Sabtu, 13 Julai 2013

Review Trip Balik Kampung dengan ETS

Salam siaran kembali dari kampung halaman DF di Ipoh ye! perghh.... satu hari dua entri hokay! gitu... mood tengah rajin menghupdate khenn.... ye la duk kat umah takde buat ape pun sebab memang aku saje ambil cuti untuk sambut puasa dengan keluarga. Rasenya dah lama aku tak balik kampung taw. Sebab buzy sangat lately ni. macam-macam program kat opis. So peluang ramadan macam ni la aku rembat cuti hokay. Cuti aku tu sayang kalau tak dibazirkan dengan cara berfaedah rugi khenn... Dah jangan nak bebel pepanjang. Ok kali ni aku nak review sket tentang trip balik kampung aku dengan menaiki train ETS dari Sentral Kuala Lumpur ke Ipoh. ok uolss letss.....
Gambo dari Google ye!

Dulu time aku study je aku aku slalu balik kampung naik train. kalau tak pun naik bas. perjalanan dengan bas lately ni agak kurang selamat bagi aku la. macam yang kita selalu dengar dan tengok di TV dan akhbar tentang kes kemalangan. Bukan pe, kebanyakan pemandu bas dan kenderaan berat sekarang ni kurang kesedaran sivik walaupun macam-macam kempen kerajaan dah buat.

So untuk perjalanan kali ni, aku ambik keputusan untuk tidak memandu. penat uolss di bulan romadon nih. kene save energy gitu.... hehe.. so pilihan aku ialah train. Tapi ambik yang paling laju, effisien, bersih dan selesa. Train ETS ni juga dioperasikan oleh KTMB. Terbahagi kepada beberapa kelas. Untuk maklumat lanjut korang bolehlah layari website KTMB.
Gambo dari Hencit Google!

Kalau korang malas nak beratur panjang di kaunter untuk beli tiket, korang ada options lain untuk dapatkan tiket ETS ni dengan dua cara samada korang buat tempahan melalui talian telefon yang hanya available 3 hari sebelum tarikh perjalanan atau korang boleh beli online dengan syarat korang perlu mendaftar akaun KTMB then cara pembayaran hanya dengan menggunakan kad kredit sahaja. Bagi aku yang malas nak bersusah payah ni, aku pilih cara yang kedua, beli je online. senang dan korang boleh pilih sendiri coch mana yang korang nak, masa perjalanan dan jugak seat yang korang suka. macam kita buat tempahan tiket flight gitu...

Kalau la ade flight dari KL ke Ipoh.. Ya ampunnn sure haven sangat aku nak balik kampung. hehehe.... oberr taw!! muahaha... ok perjalanan dari Sentral Kuala Lumpur ke Ipoh lebih kurang 2 jam 30 minit sajork!. Kondisi dalam coch memang kelihatan masih baru, ruang seat yang luas, selesa dan tandas yang bersih. ETS jugak ada menyediakan jualan makan minum taw. cuma untuk bulan romadon nih sajork diorang tak jual pada muslimin dan muslimat. Yang bukan muslim boleh beli di kafe yang terdapat di dalam coch ETS. Harga tiket ok-ok la jugak. Trip aku balik dari KL ke Ipoh, aku ambik ETS Siver Class dengan tambang RM25 sajork. Manakala trip balik dari Ipoh ke KL aku ambik ETS Gold Class uolss dengan harga RM35. Just tambah lagi 10 hengget jer.


Ok la ni antara gambo yang sempat aku ambik time balik hari tu dengan ETS Silver. Actually, aku masih di kampung taw time menulis entri ni. may be aku akn hupdate kalau aku ambik gambor trip dari Ipoh ke KL nanti dengan ETS Gold. Ok ye uolss... salam mesra dan selamat berbuka puasa hokay!! Chaouu bedahhh!!!

Jalan Jalan Hong Kong Day 4 (Finale)

Salam Ramadan Al-Mubarak uolss... Harapnya ibadah kita pada tahun ni akan mendapat keberkatan ye. Insyaallah... gitu... tazkirah mukadimmah katernyer.. hehehe Ok la uolss sambil mengisi masa lapang kat kampong sekarang ni, bolehlah aku hupdatekan story Jalan-jalan Hong Kong part finale ni. Kalau tak rase banyak bebenor hutang aku kan ....ok lets uolss!

Awal pagi pada hari terakhir kami di Hong Kong ni, macam biasa la jugak kann.. aku bangun pukul 5.30 pagi. solat subuh siap-siap then buat sarapan yang ala kadar jer.. Dalam hati ni rase macam sedih pun ade sebab rase macam tak cukup je masa holiday trip di Hong Kong ni. Ermmm..... but what to do? Lepas sarapan, aku pun mandi dan bersiap-siap. Baju semua aku dah siap pack malam tadi sebelum tido. Just to make sure that nothing left kann...

Dalam jam 8.00 pagi cam tu, kakak aku and her family tu pun dah siap. Si Tonny pun datang melawat kawasan. ye la just nak make sure kami check out dalam keadaan yang ok. sempat aku salam-salam ngan Tonny dan tukar-tukar nombor and e-mel. Mana la tau kot2 ade rezeki leh datang Hong Kong lagi, boleh la rojer2 si Tonny lagi. hehehe

Masa ni aku belum beli apa2 buah tangan lagik tau especially fridge magnet. Aku suke kumpul fridge magnet tau plus buah tangan untuk kengkawan pun tak beli lagik. Ingat tak shop yang aku story sebelum ni yang terletak dekat sebelah Mirandor Mansion ni? haa... aku harap2 sangat shop tu buka. kalau tak geget jari la aku ye... yela time awal2 pagi kat Hong Kong ni kedai-kedai masih belum beroperasi. Alhamdulilah....pagi tu, kedai souvenir tu baru je buka. sebab masa masih ade, aku ngan kak yan singgah jap untuk grab ape2 yang patut supaya tak ralat kalau tak beli buah tangan Hong Kong. Len kali kalau jenjalan, kalau ade benda yang korang rase berkenan, terus je grab kalau tak nyaris-nyaris jadi macam aku ni hokay.

Sempat jugak la aku grab 2 utas jam tangan untuk aku ngan adik, baju T-shirt 3 helai, 20 fridge magnet yang memang santek. pueh ati sangat taw! muahaha... Selesai semua, kami pun jalan menarik beg bagai ke bus stop yang berdekatan. Ingat lagi tak gambo Masjid Kowloon yang aku tunjuk dalam entri yang lepas? Haa... bus stop ni ade je merata-rata, korang jalan kalau tak jumpe silalah bertanya ye... dekat siap bus stop tu ada ditunjukkan nombor-nombor bas yang akan berhenti kat bus stop tu. Untuk ke airport, korang kene ambik Bus A21. so silalah cari ye...

Sementara tunggu bus sampai, sempat jugak aku ngan kak yan snappy sana sini. Tak sampai 10 minit, bas pun sampai. Kami naik dan letak beg then naik ke tingkat atas bas. masa tu tak ramai penumpang. so banyak seat yang kosong. So peluang nak snappy dengan gumbira ye.. cantik jugak pemandangan pagi di Kota Raya Hong Kong ni.

Untuk pengetahuan korang, Hong Kong International Airport (HKIA) ni jugak dikenali sebagai Chek Lap Kok International Airport. HKIA ni merupakan antara top 10 world best airport tau. pengurusannya sangat effisien. Cantek dan bersih. terbahagi kepada 2 terminal, iaitu low cost airline dan main terminal.

so sila pastikan korang turun di terminal yang betul. Dekat depan terminal tu ade signage yang tertera airline ape yang beroperasi di terminal tersebut. Sebelum drop in bagasi, sempat lagi kami jadi jakun jap. Snappy lagi ye hehe.... Lepas selesai semua, kami kene naik train untuk ke main terminal. Kat sana baru la kami cari makan. Haa.... masa ni baru teringat nak return balik kad Octopus tu. Tapi time ni dah tak berguna taw.. sebabnye kaunter tu letaknye kat aras LG terminal 2. so what to do? tanye kat kaunter pertanyaan yang ade kat situ, diorang bagi tahu kad tu boleh guna untuk beli makanan kat aras dua kat mana-mana fast food yang ade. Ermm... ok gak kan. Perut pun tengah lapar. Cari-punya -cari, akhirnya kami decide nak makan McD je. tapi fikir2 tak halal kan... masa tengah beratur tu, terpandan shop sebelah McD, kami jumpa PopEyes ni. Ada logo halal uolsss... Holaaa... terus keluar baris meluru ke sebelah hokay!!..

Sweap je kad Octopus tu. senangkan! dan yang penting sodap. Deliciousssss!!! Lepas makan semua, sempat jugak kami jenjalan pusing-pusing sekitar HKIA ni. banyak shop yang ekslusif taw. kat airport jugak ade Disneyland Merchandise Shop hokay! so bagi sesapa yang tak sempat nak grab buah tangan di Disneyland, boleh la beli kat sini. harganya sama je hokay! aku pun tak ketinggalan membuang duit sekali lagi kat sini. Aku grab seketul wallet mikey dan 2 ketul Mickey Dolls untuk anak-anak buah aku kat kampong. bertambahlah hand carry aku..


Dah ponat jenjalan, kami pun berjalan menuju ruang menunggu, sambil-sambil tu snappy sana sini lah kan... flight kami berlepas dari HKIA tepat pukul 3.00 petang. Dalam flight tu aku siap order prebooked meal. erm... makan lagi kann.. so kenyang so yummy hokay! Akhirnya kami selamat pulang ke Malaysia. Then member aku dah siap tunggu jemput aku di LCCT. Thanks uolsss!!

Ok lah sekian story Jalan-jalan Hong Kong hokay. Kalau ade rezeki lagi aku nak datang lagi sebab banyak lagi tempat aku belum cover. so pada sesapa yang nak ke Hong Kong dan perlukan sedikit maklumat, leh la rojer2 aku. Mana yang aku leh tolong, bolehlah la aku share hokay. Till then, wassalam!