Sabtu, 1 Februari 2014

Anyonghaseyo Seoul 2014 (Day 1)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua kengkawan blogger sama ada yang tegar dan tak tegar gituuu.... lamanye aku bertapa khenn... hehehe ambil angin nun jauh di sana memenuhi rencana trip pertama aku untuk edisi 2014. Pembuka tirai tahun ni macam yang aku propa sesikit dulu untuk membawa hati yang lara bermain salju di danau rindu nun di Korea Selatan. hehehehe.... best sangat pengalaman pertama bercuti pada musim winter. Ermmm..... setelah persiapan dibuat dengan teliti akhirnya tibalah masa untuk menikmati keseronokan di negara K-Pop ini khenn.....

Trip kali ni aku pergi bersama-sama abang angkat aku yang jugak seorang peminat K-Pop katenyer... Tiket flight telah dibooking awal semasa sesi perebutan free seat suatu ketika dulu di tahun 2013 yer... hehehe main belasah jer beli tak sangka plak tarikh yang dipilih ialah pada musim sejuk di Seoul. Ok la. tak mo celoteh pepanjang untuk mukaddimah ni yer.. lets story!

kami berlepas ke Seoul pada 10 Januari 2014 yang lepas dengan flight Air Asia X. Ni first time naik AAX. sebelum ni flight kecik je kann.. Ye la flight yg lebih besar untuk jarak penerbangan yang jauh. perjalanan ke seoul memakan masa lebih kurang 6 jam 20 minit. kami berlepas pada pukul 8.00 pagi. macam biasa ler aku dah siap check-in pergi-balik siap-siap dari office untuk aku dengan abg aku tu. die tu malas nak buat benda-benda remeh ni. tau nak jalan je.. Ok no hal. so kami tinggal nak drop luggage je kat kaunter. seperti biasa aku bangun awal pagi tu iaitu seawal pukul 3.30 pagi. Bangun mandi dan bersiap utk ke LCCT. pagi tu aku drive sendiri sebab takde org boleh tolong hantar. malas nak susahkan org. aku park kete dekat parking yang RM16 sehari tu. cuaca pagi tu agak tak begitu baik. asyik hujan je. sampai kat parking aku dah mula gelisah ye la sebab hujan masih tak berhenti. kat bus stop tu pulak tak nampak satu bas pun lalu. walaupun aku sampai awal di LCCT kann... dalam hati aku tetap berdoa agar ade bas yang berhenti untuk shuttle ke departure hall. akhirnye dalam pukul 6.20 gitu, baru ler ade bas hokay!. menyampah betul aku. sepatutnya pihak LCCT kene pantau dan make sure perkhidmatan di situ ditingkatkan untuk keselesaan penumpang tak kira la waktunye. time ni orang dah mula sesak di kaunter. Mak aihh... jenuh duk beratur. Dah la aku ni kongsi luggage dgn abg aku ni. kami booked utk 40 kg. share 2 org. ambik ko skali barang aku ngan die dah cecah 44 kg. kami belasah je. alih-alih kaunter guy tu sebut siapa ke incheon sila ke kaunter hujung untuk immediate boarding. so kamilah guest terakhir yang drop luggage. time ni dah mula cuak. ye la aku paling tak suka kalau kalut-kalut macam tu. skali gugurl yang jaga kaunter tu ckp ni terlebih luggage ni kene bayar RM200. so die bagi aku cadangan untuk keluarkan barang or else kene bayar. aku ckp ok je. tapi gugurl ni baik ok. siap ckp takpe i bagi masa untuk keluarkan barang masuk dlm hand carry. then aku ngan abg aku pun terpaksalah bukak beg yang besar gabak tu keluarkan ape-ape yang patut masuk dlm hand carry. ye la yang buat berat ialah makanan dengan baju panas hokay. memang hazab kalau jenjalan time winter. semua kene lebih kan... at last lepas la jugak hazab pertama. so kami yang tak makan ape-ape time tu terus ke boarding hall lepas selesai semua urusan immigresen bagai. abg aku ni pulak ade penyakit kuat muntah kalau naik flight. so aku suh die makan pil siap-siap supaya tak tintong atas flight nanti. pitamm aku.. memang langsung takde masa nak hupdate status kat FB hokay time tu. sampai kat boarding hall terus je dipanggil untuk naik ke flight. time tu dah pukul 7.30 pagi. tak sempat pun nak snappy kat tangga flight AAX tu. takpelah len kali aku pasti naik lagi hokay!

ermmm... dah selesai semua dan selamat berlepas ke awan nano tu. aku pu neno neno la khenn.. al-maklumlah 6 jam lebih kot. dah tu penat bangun awal pepagi buta meredah onak dan ranjau sepanjang jalan khenn.. harus la aku ngan abg aku tu membuta. sempat juga kami terjaga sekejap-sekejap sebab flight yang bergegar sekali sekala. dalam flight seperti biasa, penumpang diberikan borang arrival dan declaration custom Korea. selesai isi kami sambung tido lagi.. pas tu jaga balik sebab makan time. kami memang dah siap-siap buat pre-order supaya tak berebut beli kat atas flight tu yang memang ramai sangat hokay! ermm..memang sgt sedap ler makan time lapar ko!

lepas makan sambung tido balik. akhirnya selepas meredah awan gemawan lebih 6 jam 20 minit, akhirnya kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Incheon, Seoul Korea tepat pukul 3.00 petang waktu Korea. Untuk makluman, waktu di korea cepat satu jam dari waktu di Malaysia. Time kami mendarat, memang rezeki la sebab snow pun turut turun bersama-sama kami seperti menyambut kehadiran orang yang tak penah merasai snow ni. hehehehe... nasib la aku beli seat tepi tingkap. leh la tengok luar tu. hehehe.... pegang tingkap pun terasa sejuk. masa ni semua orang dah siap-siap pakai baju panas. kami pun tak lepaskan peluang untuk bergambar di ruang tepi aerobrigde tu. hehehe....

terkagum sekejap melihat keindahan snow dan kecanggihan airport korea ni. selesai urusan di imigresen, kita kena turun ke bahagian bawah untuk naik shuttle train ke tempat untuk ambil luggage. kat airport ni semua tempat adalah free wifi. time ni aku siap-siap rojer member aku yang sorang ni merangkap tour guide kami la sepanjang di seoul ni. Die ni memang dah lama duk di Seoul. boleh kata expert la jalan-jalan dan cakap bahasa korea ni. so senang kan. aku pun tak yah nak pening-pening kepala nak pikir laluan mana nak ikut. Member aku ni nama die Izat. kami di sini akan berlima hokay. yang lagi dua orang  dah siap tunggu kitaorang di Starbuck coffee house di Itaewon. So izat dah siap tunggu aku ngan abg aku ni depan gate D. senang jumpe ok. so kami terus ke Itaewon untuk check-in bilik yang aku dah siap-siap booking di Booking.com.

 Dari airport kami ambik Express train terus ke Itaewon. Untuk makluman, Itaewon ni merupakan sebuat kawasan pekan yang ramai foreigner dan muslim. jadi kalau nak cari makanan halal senang. Plus kat sini jugak ade masjid seoul untuk umat islam di seoul. kami tak perlu risau, sebab izat yang urus semuanye. kat sini kene guna T-Money yang fungsinye sama macam kad touch-n-go. perjalanan agak jauh. hampir 45 minit baru sampai ke Itaewon. keluar je dari tren dan ke dari station subway tu, perghhh.... sejuk mencengkam tulang hokay! cakap dan bernafas pun keluar asap... hehehehe.... sejukk sgt! time tu suhu di seoul ialah -2.
patut ler sangat sejuk. kami tiba di guesthouse tu lebih kurang pukul 6.00 petang. tapi suasana kat sana dah macam pukul 8.00 malam di Malaysia. Tapi untuk naik ke Guesthouse tu memang hazab. tempatnye sangat tinggi berbukit dan bertangga. rasa nak tercabut nyawa je dengan bawak beg yang besar gabak ni. nasib baik sejuk. so takde la peluh keluar. cuma tercungap-cungap la ko mendaki dengan kesejukkan.

kami menginap di SP@Itaewon Guesthouse. yang dimiliki oleh warganeraga siberia. memang hotel ni ramai foreigner. alhamdulilah semuanye okay. tapi yang tak oknyer ialah lokasi yang berbukit dan kene menapak untuk ke bilik. Guesthouse ni dilengkapi dengan kemudahan dapur yang lengkap dengan mesin basuh, microwave dan semua peralatan memasak yang boleh digunakan secara berkongsi. bilik pulak siap ade heater tapi sangat lah sempit. teringat time pergi hong kong dulu. lebih kurang la saiznyer. tv pulak kat ruangan rehat je. konsep macam rumah yang ada big family hokay. nasib baik ownernyer ramah dan hensem. hehehe.... jiran sebelah bilik kami pulak org Brunei. so ade la jugak member yang boleh berborak dalam bahasa melayu. kita serumpun kann... selesai letak barang dan beg, kami cuci muka sekejap dan terus keluar semula untuk ambik member kami yang lagi dua orang tu. diorang dah siap tunggu di starbuck. kat korea ni ape yang aku perhatikan, memang sangat banyak coffee house. ye la untuk panaskan badan sebab cuaca yang sentiasa sejuk. so kene la minum kopi panas kann. alhamdulilah kami semua jumpa dan kenal-kenal dulu. yang dua orang ni namanye ajai dan zufy. diorang sampai sehari awal dari aku. Plan kami malam tu nak ke Ehwa University area untuk jalan-jalan dan shopping ala-ala je. tapi ape yang terjadi sila la lihat yer... hehehehe... pantang jalan mesti beli.

kat sini aku dah lama mengidam nak beli kueh ikan inti kacang merah. kueh ni dijual ketika musim winter je. kalau tak salah aku ler.. sambil-sambil jalan kami singgah beli buah beranggan rebus dgn jagung bakar. sedap sangat makan panas-panas dalam kesejukan winter. gituuuu ko! hehehehe... misi utama malam ni nak cari kasut boot aku dan winter coat korean style. so ini lah hasilnye... ni baru first day ko. pitammmm!. Sambil jalan sambil sambil la jugak snap ape yang patut. tapi susah ler ambik gambo time winter. sebab tangan yang bersarung tangan susah nak  snap hokay plus kesejukan yang melampau membuatkan kenangan diabadikan dalam kepala hotak je. hehehehe...

selesai semua kami pun mencari kedai untuk makan malam. al-maklumlah perut pun dah berkeroncong. kami makan di Restoran Muree Muslim Food. Dekat Itaewon jugak. Makanan boleh tahan ler.. tapi harganye pitammm! kat korea ni harga makanan semuanye mahai. sekali makan untuk seorang lebih kurang dalam RM20-RM30 hokay!. selesai makan baru balik ke hotel memasing dan membersihkan diri untuk mengumpul tenaga jalan-jalan pada hari kedua yang lebih best di korea! Sebelum tido sempat jugak aku belasah susu pisang yang sangat famous amos di korea ni. rembat kat 7 Eleven tepi jalan balik ke Guesthouse. hehehe.. ok will be continue......