Ahad, 5 Oktober 2014

Trip Balik Kampung di Ipoh dengan Malindo Air



Assalamualaikum uols! Salam Aidiladha. Lama sungguh aku menyepikan. Bertapa di dalam opis kekdahnyer.. hehehe... Erm…. Nampaknye hajat nak jadi rajin hupdate blog tak menjadi lagi tahun ni.Dari post awal tahun sampai la sekarang, masih belum berkesudahan nak hupdate. Padahal dah banyak trip yang aku lalui dalam tempoh pertapaan aku itu. kekekeke...... Anyway thanks to Kak JM dan Pak Lang Mie sebab ada kiriman-kiriman kalian yang selamat hamba terima. tak sempat nak balas. Insyallah ada rezeki mendatang akan dibalas. Budi baik kalian sentiasa dikenang.  So tak pe. Mai nak hupdate sikit info tentang pengalaman balik kampung kali ni dengan menaiki pesawat Malindo Air. 


Hah kalau korang sedia maklum sebelum ni pasal entry aku pasal cerita pengalaman aku balik kampung dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Ipoh. Aku ni orang Ipoh weh! Now impian dah jadi kenyataan sebab baru-baru ni Malindo Air sudah memperkenalkan laluan penerbangan terbarunya dari Subang ke Ipoh yang hanya beroperasi 3 kali seminggu, iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Well bila dapat je info menerusi e-mel tentang promo laluan baru ni, apa lagi, maka terus je aku grab tiket untuk balik kampung sempena hari raya aidiladha ni. Lagi pun musim perayaan macam ni memang ramai la yang berpusu-pusu balik kampung kan. Lagi satu aku ni jenis yang malas nak drive kalau perjalanan yang jauh. (Pada hal ipoh tu 2 jam lebih je).



Cuma masalahnya ialah, aku ni baru first time nak berlepas dari airport subang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) atau lebih dikenali Subang Skypark Terminal. Ye la sebelum ni, naik airasia dengan MAS je. So takde hal la kalau ke KLIA sebab memang dah tau cara gunakan public transport ke sana. Ni subang, alahai dek… jauh sikit la dari rumah. Alhamdulilah jugak sebab member baik aku si apiz and wife dia cik Lin tak jadi balik kampung, so apa lagi terpaksa la aku meminta bantuan en. Apiz untuk hantar ke Subang Airport. Nah ambik ko awal pagi lagi aku dah gerak dari rumah sekitar pukul 5.00 pagi. Tak nak ambik risiko kalau tertinggal flight. Terus ke rumah apiz, dia ikut sampai ke Putrajaya sentral untuk aku park kereta kat sana sebab murah hokay!. Lepas tu terus la kami ke subang airport.Apiz memang tau jalan ke sana sebab aunty dia duk kat area subang. Sampai airport terus aku check-in kat kaunter. Senang jugak sebab airport subang ni kecik je. Tapi memang cantek ler interior design dalam bangunan. FYI, tiket promo laluan subang ke ipoh ni serendah RM49 sehala je ok. Murah sangat tu, kalau compare balik bawak kete sendiri dengan bayaran tol, minyak yang dah naik harga lagi kan, dan jugak penat badan ok. Penerbangan pagi tu  memang tak delay. On time. Ni jugak first time aku naik Malindo dengan pesawat jenis ATR. Lagi satu yang bestnye Malindo ni, harga tiket tu termasuk free baggage untuk 15 Kg hokay. So masa check-in boleh terus drop luggage. Memang berbaloi-baloi sangat. Syukur lah sebab airport ipoh kembali beroperasi dengan tambahan satu lagi penerbangan selepas Firefly je yang hanya beroperasi setelah kerja menaik taraf airport ipoh. 

Penerbangan pagi tu berjalan lancar, hampir separuh penuh juga pesawat yang berlepas pagi tu. Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang laluan baru ke Ipoh ni. Rasanye lepas ni mungkin lebih rama akan gunakan perkhidmatan Malindo Air ke Ipoh. Cuma rasanye laluan untuk ke Subang Skypark tu je yang kene lebih efisien. Walaupun ada shuttle bus ke sana dari KL Sentral. Tapi tak secekap laluan keretapi macam ERL ke KLIA dan KLIA2. Kalau korang nak ke Subang Airport ni dari KL Sentral boleh naik teksi dengan tambang sekitar RM20-30 atau kalau naik Bas RapidKl naik la bas nombor U81 atau naik la Shutlle Bus KL City Airport dengan tambang serendah RM3. Ni pun maklumat yang aku dapat google..


Penerbangan ke ipoh hanya setengah jam je. Cuaca pagi tu agak berawan sedikit. Dalam pesawat, penumpang dihidangkan dengan snek ringan biskut dan mineral cawan. Sesuai la dengan harga tambangnye kan. Hehehe overall, sangat puas hati dengan servis yang diberikan dan yang paling penting sampai ke Ipoh dengan lebih pantas dan selesa.



Pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh tepat pukul 9.00 pagi. Sempat jugak aku ambik video dan beberapa keping gambar rintis penerbangan Malindo ke Ipoh. Sejarahkan… hehehe......(Ni video yang aku upload kat Youtube)



Lapangan terbang ipoh ni idok ler besor. Ok je. Masuk je ke dalam airport, dah Nampak mak dengan abah siap tunggu depan pintu ketibaan. Tapi kene ambik beg dulu kan. So terpaksa tunggu kejap sementara staf memunggah perut pesawat untuk ambik beg penumpang. So ni beberapa gambar yang sempat aku rakam dan ambik sekitar airport ipoh. Harapan aku supaya lebih banyak lagi penerbangan ke Ipoh dan dari Ipoh.