Saturday, December 29, 2012

Salam Hujung Minggu di Hujung Tahun 2012

Salam uolss... erm... diam tak diam, dah sampai ke penghujung tahun 2012 sudeh... tapi blog i ni baru entry ke-3 katernyer. ni sume disebabkan angan2 dan semangat yang berkobar-kobar di awal tahun je nak hupdate blog. hehehe....

apa2 pun. banyak sangat kisah suka dan duka yang aku lalui sepanjang tahun ini. dan yang paling bermakna hidup aku semakin berubah setelah dapat kerja tetap seperti yang diimpikan selama ni. alhamdulilah sangat. harap2 aku akan dapat menabur bakti pada negara. cewahhh!!! ayat khennn...

ok2... tetiba pagi sabtu cam gini mood nak nulih blog datang plak. tapi tak tau nak tulis ape? cite pasal jalan2 vietnam hari tu pun belom abih lagi. tapi takpe aku akan sambung lagi entry tu di lain masa pada tahun depan ye... hehehe

apa2 pun just nak wish korang sume.. selamat tahun baru 2013. semoga rezeki kita dilipat kali gandakan pada tahun depan.. so boleh la jalan2 sana sini lagi..

by the way, next week i'm gonna fly again to somewhere around Sumatera!!! bye uolsss...


tetiba je post gambo besday kek i masa sambut ngan family i awal tahun 2012. ermmm... tu menunjukkan dah lame aku tak hupdate blog ni khen... dah nak basi siap berkulat suda blog ni khenn... so tahun depan azam aku akan jadi lebih rajin yek!! muahhh uolsss....

Monday, December 17, 2012

Jom Jalan Ho Chi Minh City 2012!



Salam uolss!! hampeh sangat aku skang ni khenn... janji bagai nak rak awal tahun dulu... last2  tak hupdate2 gak blog aku yang dah bersawang bagai nih...ini sume gara2 aku diserang sindrom kemalasan tahap gaban dah. hehehe.
anyway aku tetap gak blogwalking ke blog2 kawan2 len. sbb suke bace citer diorg. expecially blog yang travel sana sini. ambik mood katernyer... ok lah sebagai mengisi entry kedua aku sepanjang tahun 2012 ni.. aku persembahkan storey morey aku jalan-jalan ke vietnam bulan oktober yang lepas bersama ahli rombongan cik kiah, jenab, senah dan lain-lain lagi uolss... 
so bagi korang yang akan ke ho chi minh boleh la kot jadikan panduan kot-kot kalau perlukan info yang tak seberapa nih.. ape2 pun ayat2 yang aku gune selepas ni agak skema sket. hehehe.... ape2 pun jom layannn!!! (p/s: entry kali ni agak panjang. kado katernyer... tapi kalau korang alergik baca karangan zaman sekolah menengah dulu harap tak yah la teruskan ye. sebab nanti korang akan muntah ijo!)

Dengan kepadatan penduduk seramai lima juta orang, Negara yang baru mengejar arus pembangunan seiring dengan Negara-negara rakannya yang lain, Vietnam sedang berusaha gigih membangunkan ekonominya khususnya dalam sektor pelancongan. Dengan keluasan …. Km2, wilayah selatan Vietnam, yang dahulunya lebih dikenali sebagai Saigon kini telah membuka luas pintunya untuk para tetamu yang datang berkunjung ke Bandar raya ini dengan pelbagai sajian aktiviti dan tarikannya budayanya yang tersendiri selain daripada pemandangan alam semulajadinya. Kota yang baru bebas daripada belenggu kekejaman penjajahan Amerika ini, telah diberikan nafas baru dengan nama Bandar Raya Ho Chi Minh. Yang telah mengambil nama tokoh pejuang kemerdekaan Negara Indochina ini iaitu ….Ho Chi Minh.

Dengan kepadatan penduduk seramai …. Orang, kerajaan Negara ini sedang merangka pelbagai usaha pembangunan untuk membolehkan negara dan bangsa Vietnam berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara rakan aseannya yang lain. Bandar Ho chi Minh, lebih terkenal dalam kalangan pelancong asing khususnya dari Malaysia. Kota ini ibarat “syurga” membeli belah buat kaum hawa khususnya dari Malaysia kerana pelbagai fabrik berkualiti dengan pelbagai corak dan jenis yang boleh diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di tanah air mahupun di Kota Bandung, Indonesia. Maka tidak hairanlah sekiranya para peniaga di sini pandai berbahasa melayu sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian warga Malaysia yang datang membeli belah di sini. Anda akan di sapa oleh mereka dengan “ kakak mari singgah, kain murah” atau mungkin juga “abang mai singgah kain murah” dan sebagainya lagi. Gelagat ini mungkin membuatkan anda akan berasa seperti berada di tanah air sendiri.

Lawatan penulis baru-baru ini sempat merakamkan sedikit catatan pendek yang mungkin dapat dikongsikan bersama untuk dijadikan panduan buat mereka yang mungkin pertama kali akan menjejakkan kaki ke Bandar raya Ho chi Minh. Penerbangan tambang murah Air Asia membolehkan sesiapa sahaja mampu untuk mengembara ke negara asing ini telah selamat berlepas dari Lapangan terbang LCCT pada jam 7.40 malam. Lawatan kami yang terdiri daripada 12 orang dewasa dan empat orang kanak-kanak bawah lima tahun ini merupakan suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana percutian kami ini adalah tidak melalui sebarang pakej atau agen. Ini merupakan suatu cabaran buat penulis yang telah ditugaskan untuk menjadi ketua rombongan. Namun, berkat kerjasama semua ahli rombongan yang sentiasa menepati masa dan bertolak ansur, maka perjalanan kami dapat berjalan dengan lancar. Pesawat AK885 yang berlepas tanpa sebarang kelewatan jadual penerbangan, telah berlepas dengan diiringi hujan renyai pada malam tersebut. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bandar raya Ho Chi Minh hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Disebabkan penerbangan kami adalah pada waktu malam, maka pemandangan dari atas pesawat tidak dapat dirakamkan penulis dengan foto yang menarik. Namun, ketika pesawat hampir mendarat di Bandar raya kedua terbesar di Vietnam ini, penulis masih sempat untuk merakamkan beberapa sudut pandangannya menerusi lensa kameranya untuk dijadikan kenangan.

Setibanya pesawat di lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, kami telah selamat melepasi urusan kastam mengikut undang-undang imigrasi negara Vietnam. Selesai semua urusan di kaunter kastam, kami berkumpul untuk mengambil khidmat teksi untuk menuju ke hotel yang telah kami tempah sejak dari awal melalui atas talian. Urusan menjadi lebih mudah hanya di hujung jari sahaja. Beberapa bulan sebelum berlepas, penulis dan rakan-rakan rombongan yang lain telah membuat pembacaan mengenai bandara raya ini bagi membolehkan kami mendapatkan gambaran suasana di sini. Di ho chi minh, komunikasi merupakan antara masalah utama yang mungkin akan anda hadapi. Ini disebabkan oleh kebanyakan masyarakat di sini kurang mahir berbahasa inggeris. Di ho chi minh, sekiranya anda memerlukan perkhidmatan teksi, gunalah perkhidmatan daripada syarikat Vinasun yang akan menggunakan meter. Sekiranya anda mengambil teksi daripada orang perseorangan lain, kemungkinan besar anda akan ditipu bulat-bulat oleh mereka dengan kadar bayaran yang tinggi. Tambang dari lapangan terbang ke hotel kami yang terletak kira-kira …. Atau 30 minit perjalanan hanya sekitar RM15 atau 150000 Vietnam Dong (VND).

Satu keunikan Bandar Raya Ho Chi Minh ialah panorama lalu-lintas di jalan rayanya yang akan membuatkan anda kecut perut kerana anda terpaksa menempuhi kesesakan lautan penunggang motosikal yang datangnya dari pelbagai arah tanpa henti. Namun, sekali sekala pengalaman ini akan membuatkan anda akan berasa geli hati dengan gelagat masyarakat di sini. Akhirnya, rombongan kami telah selamat tiba dan daftar masuk di hotel Sen Saigon kira-kira jam 10.00 malam. Kadar hotel ini amat murah dengan harga RM115 untuk 4 hari 3 malam. Akibat kepenatan menempuhi perjalanan yang jauh, maka malam itu, kami mengambil keputusan untuk berehat dan tidur sahaja di hotel bagi mengumpulkan semula tenaga untuk aktiviti “memborong” pada keesokan harinya.
Perbezaan waktu di Ho chi Minh adalah satu jam lewat berbanding di Malaysia. Cuaca di sini adalah sama seperti Malaysia. Maka, tiada masalah besar sekiranya anda berkunjung ke sini. Aktiviti keesokan paginya Jumaat, 12 Oktober 2012 ialah membeli belah. Seawal jam 6 pagi lagi kami telah bangun membersihkan diri dan solat subuh sebelum bersiap-siap untuk meneroka deretan kedai yang menanti-nanti kumpulan kami nanti. Satu perkara yang perlu anda ingat jika melancong ke sini ialah sarapan pagi bagi sesetengah hotel tidak disediakan. Jika ada sekali pun, makanan yang disajikan itu tidak halal. Maka, hasil pembacaan beberapa blog sebelum ini sangat membantu kumpulan kami. Masing-masing telah membawa sedikit bekalan makanan mee segera, milo, roti dan sambal ikan bilis untuk bekalan kami di sini sepanjang 4 hari 3 malam. Tambahan pula, harga makanan halal di sini agak mahal berbanding di Malaysia. Ini disebabkan kesukaran pengusaha makanan halal di sini sukar mendapatkan bekalan daging dan ayam yang halal dari kawasan Ho Chi Minh. Di sini juga, sajian makanan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai mahupun sambal belacan masih boleh anda temui di beberapa restoran. Ramai kalangan warga Malaysia yang telah membuka perniagaan makanan ini di sini bagi memudahkan kunjungan warga Malaysia yang lain. Antara restoran yang terkenal dalam kalangan pengunjung Malaysia ialah seperti VN halal, Halal @ Saigon, serai, Hajah Basiroh dan lain-lain lagi. Nasi di sini tidak sama seperti nasi di tanah air. Ini kerana tekstur dan rasanya agak berkanji dan kelihatan seperti pulut.

Selesai sarapan, kami berkumpul di lobi hotel. Tepat jam 8 pagi, kami berjalan kaki beramai-ramai menuju ke pasar ben tanh yang merupakan tempat wajib untuk dikunjungi oleh para pelancong yang datang ke bandara raya ini. Di sinilah pusat membeli belah yang terkenal dalam kalangan pelancong selain terdapat satu lagi pasar bin tay yang terletak sedikit jauh dari ben tanh. Perjalanan kira-kira hampir 15 minit tidak terasa kerana kami sempat mengambil beberapa gambar bersama berlatar belakangkan pemandangan kesesakan lalu lintas ho chi minh. Panorama di pasar ben tanh ini sama sahaja di pasar besar siti khadijah di Kota Bharu Kelantan atau mungkin sperti di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Cuma di sini, suasananya lebih luas sedikit dengan pembahagian kawasan jualan barangan yang terdiri daripada barangan kraf tangan hinggalah kepada barangan basah seperti ikan, sayur dan sebagainya.
Setibanya di pasar ben tanh, kami telah berpecah kepada dua kumpulan. Ini bagi memudahkan pergerakan dan untuk mengelak daripada dikenakan harga yang tinggi oleh peniaga barangan apabila kami datang dalam kumpulan yang ramai.
Satu tip untuk anda ketika memborong barangan yang anda berkenan ialah Tanya dahulu harga barangan yang ingin anda beli itu. Kemudian tawarlah sehingga separuh daripada harga yang anda dapat tadi. Jika peniaga tersebut tidak bersetuju, anda teruskan sahaja ke kedai seterusnya. Jangan terkejut, beberapa saat kemudian pasti anda akan dipanggil balik oleh peniaga tersebut dan diskaun yang lebih baik pasti akan ditawarkan olehnya untuk anda. Pokoknya, petua ketika membeli belah di sini, anda perlu pandai tawar-menawar. Pasti kunjungan anda tidak akan pulang dengan bagasi yang kosong.

Setelah penat berjalan, tawar-menawar dan menjinjing barang-barang yang diborong tadi, kami telah berkumpul semula di depan kawasan pasar ben tanh semula. Sambil menunggu ahli rombongan yang lain tiba, sempat juga saya mengambil gambar tugu yang terletak di bulatan yang berhadapan dengan pasar ben tanh ini.

Perut yang sudah berbunyi menandakan waktu untuk mengisi perut membuatkan kami semua sepakat untuk mencari restoran makanan halal yang berdekatan dengan pasar ini. Menurut salah seorang daripada pengunjung muslim yang kami temui ketika membeli belah tadi, terdapat sebuah restoran makanan halal Malaysia yang baru sahaja beroperasi di sini. Lokasinya tidak lah begitu jauh. Hanya 5 minit berjalan. Restoran yang diberi nama “serai” ini merupakan restoran milik rakyat Malaysia yang telah berkhidmat di sini. Ketika kunjungan kami, restoran baru ini telah membuat promosi diskaun bagi menarik pelanggan khususnya pelacong dari Malaysia sendiri. Namun, satu kelemahannya ialah makanan yang anda tempah akan disajikan dalam tempoh yang agak lama.
ok lah uolss setakat itu dulu. sakit jari-jari i nih taip panjang2 cengginih.. nanti aku sambung lagi untuk part 2. sori la gambo sebenornye banyak. tapi malas nak letak. cukup ler yang ini dulu ye. 
ok chaou bedahhhhhh!!!!