Selasa, 25 September 2018

Kembara New Zealand 2018 (Day 1 & 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera uols! Ok entri kali ni aku nak story catatan pengembaraan aku selama 11 hari 10 malam di Pulau Utara, New Zealand. Kalau sebelum ni aku ada tulis serba sedikit teaser tentang persiapan aku ke New Zealand (Boleh refer kat sini). Kali ni aku akan story apa yang aku lalui sepanjang berada di sana. Adakah setiap itinerary yang aku buat tu dapat dipenuhi sepenuhnya? Mari kita baca sampai ke penghujungnya ye! Insyallah aku dah tak mau pergi bertapa masuk gua lagi. Taubat nasuha dah. Hehehe.... 

Seperti yang telah aku maklumkan sebelum ni, penerbangan ke New Zealand memakan masa lebih kurang 11-12 jam. Kalau nak cepat, korang bolehlah pilih untuk terbang bersama MAS sebab boleh direct dari KL terus ke Auckland. Tapi kalau korang agak bajet macam aku ni, naik je Air Asia sebab semua orang mampu bayar dan terbanglah dengan riang-gumbiranya! Penerbangan ke Auckland ni akan transit di Gold Coast, Australia selama lebih kurang satu jam setengah je. Sempatlah kalau ko nak melepaskan hajat kecil atau besar selepas selesai melepasi pemeriksaan keselamatan oleh Immigration Australia di International Transit Passenger Hall tu haa.

Ni je beg aku bawak ke New Zealand. Lagi 2 ketol beg, member aku punya. Berat ngam-ngam 25 kg je. Berat sebab bawak makanan dengan rice cooker bagai demi kelangsungan perut sepanjang hidup di New Zealand. Hahaha...

I'm ready to fly! Salah satu boarding pass. Yang kedua, aku dah simpan elok-elok dalam beg takut hilang atau terkoyak pulak. Kalau tak, mengemislah aku di Gold Coast tu nanti haa...

Semasa drop luggage di kaunter, petugas kaunter Air Asia akan berikan kita dua boarding pass, iaitu satu boarding pass untuk penerbangan dari KL ke Gold Coast dan satu lagi untuk penerbangan dari Gold Coast ke Auckland. Maka, simpanlah elok-elok boarding pass yang kedua tu ye supaya perjalanan transit kita dari Gold Coast ke Auckland tu berjalan lancar. Kalau hilang, tinggallah kau dekat Gold Coast Airport tu nanti. Hehehe.....

Penerbangan ke Auckland ni biasanya pada sebelah malam. Kat sini aku dah rugi sehari. Masa mula-mula booking tiket tu, aku pun tak perasan. Main belasah je beli sebab sepantas kilatkan... sebab apa? Sebab nak dapat harga tiket promo tulah uols! haha.... Penerbangan kami malam tu tak delay dan berlepas on time, iaitu pada pukul 11.40 malam dari KLIA2. Flight malam tu memang full house. Tapi flight ni berkongsi juga dengan penumpang yang akan ke Gold Coast, Australia. But, most of the passenger malam tu menuju ke Auckland. Bila travel malam, biasanya apa lagi, kalau tak membuta je la kerjanya. Meals pun tak yah ko nak order, unless kalau ko memang berhajat tak nak makan malam awal dan nak makan nasi lemak pak nasser. 

Setelah mengharungi perjalanan selama hampir 8 jam, maka aku telah pun selamat mendarat di Gold Coast, Australia pada keesokan paginya, iaitu lebih kurang dalam pukul 9 pagi waktu Gold Coast, Australia. Airport Gold Coast ni kecil je. Aerobrige pun tak ado. Keadaannya sama macam LCCT dulu. Marilah kita semua, para penumpang seisi perut kapal dengan semua hand carry bag yang dibawa tu, keluar menghirup udara segar pagi di bumi Gold Coast, Australia buat beberapa ketika sajork ye. Hahaha... Makanya, berbondong-bondonglah kami keluar dari perut pesawat dan berjalan kaki menerusi laluan yang telah ditetapkan. Masa ni, penumpang tak dibenarkan untuk mengambil gambar sebab ada ground staf dari Gold Coast Airport yang menunggu penumpang dan memerhatikan uols. Tapi, aku sempat jugak curi-curi snap sekeping dua gambar untuk ditempekkan kat sini buat tatapan uols okeh. Hehehe....

Semua anak-anak kapal dengan pilot-pilotnya pun akan bertukar shift mereka di sini. Jangan pulak ko terkejut, kalau kejap lagi kau akan dilayan pulak oleh pramugari yang lain ye. Barulah aku faham style penerbangan transit dengan Air Asia X ni. Trip aku kali ni juga merupakan trip paling lama aku berada di atas awan ye.

Pemandangan fajar subuh dari jendela pesawat ketika nak menghampiri Gold Coast, Australia.

Pemandangan ketika pesawat terbang rendah menghampiri bandar Gold Coast, Australia.

Lagi bird eye's view sekitar bandar Gold Coast, Australia.

Selamat mendarat di Coolangata International Airport,  Gold Coast Australia.

Bila dah masuk ke dalam bangunan terminal tu, penumpang yang akan ke Auckland perlu terus ke laluan International Transit Passenger Hall. Kat sini, semua penumpang akan diperiksa oleh Immigration Australia. Bagi aku, prosedur ni macam tak perlu pun sebenarnya sebab kau bukannya nak masuk ke Australia pun, just nak transit sekejap je atau mungkin nak tumpang buang hajat kecik atau besar je kot. Memang kau tak akan terasa tempoh satu jam setengah tu berlalu sebab memang cepat sangat. Tau-tau je kau akan dipanggil untuk boarding semula ke pesawat bagi menempuhi lagi penerbangan selama 3 jam lagi untuk sampai ke Auckland. Cuaca di Gold Coast ni sedap je sejuk nyaman dalam belasan darjah celsius je.

Berbondong-bondonglah kami semua keluar dari pesawat menuju ke International Transit Passenger Hall. Udaranya best, sejuk dan nyaman!

Laluan ke International Transit Passengers Hall. Sorry, picture tak berapa sharp sebab gigil kesejukan time ni. Hehehe...

Inilah dia ruang Transit Passenger Hall after Immigration Security Check. Boleh cas telefon dekat sini. Free je, tapi tak sempat nak panas punggung dah kene panggil untuk boarding semula ke Auckland.

Dalam penerbangan ke Auckland dari Gold Coast ni, korang wajiblah order makanan. Sebab apa? Sebab kalau korang tak order makanan, korang pasti akan kebuluran ye. Mana taknya, sebab kita akan sampai di Auckland sekitar pukul 4 petang waktu Auckland atau lebih kurang pukul 12 tengah hari waktu Malaysia. Tips, kalau nak order makanan baik buat prebook meal je. Lagi murah daripada beli di atas flight ye. Nak lagi murah, silalah bayar guna kad BigPay seperti yang aku dah ajar sebelum ni. Plus, dapat save RM2 lagi bagi setiap prebook meal tu ye. Haa...untungkan! Jangan lupa gunakan kod ni KABHHR2TKF untuk dapatkan percuma RM10 bagi setiap pendaftaran akaun BigPay.

Pemandangan ketika menghampiri bumi New Zealand.

Pemandangan ketika menghampiri bandar Auckland.

Panorama bukit bukau di sekitar north island, New Zealand.

Pesawat dah menghampiri runaway Auckland Airport.

Moment ketika nak touch down.

Selamat mendarat di Auckland International Airport.

Ukiran Maori menyambut kedatangan para pelancong di International Arrival selepas keluar daripada Aerobridge.

Semasa dalam perjalanan ni jugak, pramugari/pramugara akan mengedarkan New Zealand Arrival Card yang perlu korang baca dan isi selengkapnya dengan betul-betul teliti kalau tak nak dikenakan sebarang penalti atau denda oleh Kerajaan New Zealand ye. Aku banyak refer maklumat tentang cara nak isi arrival card ni dekat Blog Sis SS yang sangat details dan jelas. Maklumatnya banyak membantu melancarkan trip aku hari tu. Terima kasih daun keladi ye Sis SS! Sayangnya, aku tak boleh pulak nak excess blog dia sekarang ni. Mungkin dia dah privatekan kot. Kalau dia ada terbaca kat sini, harap sudilah Sis SS mempelawa aku untuk jadi friendlist blog dia ye. Muka tak malukan. Hahaha.....!

Page 1 New Zealand Arrival Card. Salah isi atau tak declare boleh kena denda NZD400 ye. Fitam nak membayornye!
Page 2 New Zealand Arrival Card.


Selesai melepasi Immigration New Zealand, time ni aku dah mula cuak untuk melepasi tapisan Kastam New Zealand yang dikhabarkan agak strict seperti trip aku ke Australia dulu. Kalau korang bawa makanan atau apa-apa yang korang nak declare, better berdoa banyak-banyak ye agar barang yang korang bawak tu tak dibuang atau lebih teruk didenda kalau tak declare. Masa trip aku hari tu, alhamdulilah, satu beg aku pun tak dibuka atau diperiksa oleh pihak Kastam New Zealand. Aku pun hairan bin pelik sebab aku dah siap offer pegawai kastam tu dengan muka innocent aku ni sambil tunjukkan list barang makan dan ubat yang aku bawa. Tapi dengan rileks je pegawai kastam tu cakap "Its, ok. No need. You may proceed." Wah! terharu sangat aku masa tu. Syukur alhamdulilah sebab Allah mudahkan urusan perjalanan aku time tu.

Keadaan di luar International Arrival Hall.

Suasana di dalam airport Auckland. 

Usai melepasi pemeriksaan kastam, maka bermulalah pengembaraan aku di New Zealand secara rasminya. Hahaha.... Masa tu, jam dah menunjukkan pukul 4.50 petang waktu New Zealand. Beza waktu New Zealand dengan Malaysia ialah 4 jam. New Zealand ni cepat 4 jam berbanding dengan waktu di Malaysia. Walaupun baru pukul 4.50 petang, tapi keadaannya dah macam pukul 6.00 petang di Malaysia. Apa-apa pun, cuaca di Auckland pada ketika aku sampai hari tu sangat baik. Udaranya sejuk, berangin dan nyaman je. Best sangat sebab langitnya cerah tak hujan. Di New Zealand ni, cuacanya boleh jadi tak menentu dalam satu hari. Jadi bertawakallah anda semasa melancong ke sini ye. Berdoalah dengan tawadhuknya supaya cuaca ketika melancong ke sini sentiasa menyebelahi anda ye. Hahaha....

Di sinilah lokasi tempat tunggu Jucy Airport Shuttle.

Pemandangan di luar airport Auckland.

Lagi pemandangan di luar airport Auckland.

Keluar je dari pintu International Arrival tu, aku terus cari Airport Free Public Phone untuk call Jucy Car Rental sebab aku nak catch-up free pick-up service untuk ambil kereta di cawangan diorang yang dekat dengan Auckland Airport. Memang masa booking hari tu lagi, diorang ada mention pasal hal ni. Lokasi diorang ni pun dekat je, iaitu lebih kurang dalam 10 minit drive dari airport. Di Auckland airport, korang boleh gunakan perkhidmatan Free Public Phone ni untuk buat panggilan ke mana-mana New Zealand direct line number. Kalau nak tahu di mana lokasi Free Public Phone ni, just go to the Airport Service Counter, then ask them where is the location. Aku lupa pulak nak snap gambar public phone ni hari tu sebab nak kejar masa. Yelah sebabnya Jucy Airport Shuttle Pick-up ni hanya beroperasi sampai pukul 5.30 petang je ye. That is their last trip for airport pick-up service. Kalau terlepas time tu, memang kau kenalah menapak untuk sampai ke office diorang yang akan tutup sekitar pukul 6.00 petang kalau tak salah aku. Lepas dah call, diorang minta aku untuk tunggu di luar airport, berdekatan dengan pintu 11, iaitu pintu paling hujung yang bersebelahan dengan restoran McD. Keluar je dari pintu tu, korang akan nampak tempat troli dikumpulkan. Then just tunggu je dekat situ. Lebih kurang dalam 10 minit kemudian, sampailah Jucy Airport Shuttle yang ditunggu-tunggu tu. Luggage boleh disimpan di ruang penyimpanan khas di sebelah belakang. Stylenya sama je seperti di Australia. Kemudian, bolehlah masuk ke dalam mini van tu dan korang akan dibawa terus ke office diorang. Ni aku cakap kalau korang pilih untuk pick-up from airport ye. Jucy ni ada banyak cawangan. Di Auckland je ada 2 cawangan, satu di airport dan satu lagi di Auckland CBD. Nak tahu details, bolehlah tengok dekat web site diorang atau dekat info yang aku tempekkan di bawah ni haa. Time aku hari tu, hanya ada 6 orang passenger je termasuk aku dengan member yang dipick-up petang tu.

Maklumat tentang Free Jucy Airport Shuttle. Aku print siap-siap takut menggagau nak cari bila sampai di Auckland.


Lokasi tempat untuk tunggu Jucy Airport Shuttle di Auckland. Cari McD, kemudian keluar ikut pintu 11.

Semasa di office ni, korang akan diminta untuk isi borang dan lengkapkan beberapa dokumen yang sangat ringkas oleh petugas Jucy Car Rentals ni dan buatlah bayaran. Aku bayar cash je. Dan lupa juga nak bagi tahu, yang masa mula booking dulu, kita kan dikenakan 2% bayaran deposit daripada total yang patut kita bayar. Jadi bila sampai dan masa pick-up kereta, bayarlah bakinya sama ada nak guna cash atau kad kredit. Maka aku pilih cash sebab tak nak guna kad kredit. Lepas tu, kita kan dibawa untuk inspect dulu kereta yang akan kita bawa. ambillah gambar setiap inci keadaan fizikal sebelum kita bawa supaya menjadi bukti kalau ada apa-apa masalah kemudian. Alhamdulilah, kami dapat Suzuki Swift yang kecik molek je. Senang aku nak bawak.Hahaha.... Overall proses aku dengan Jucy ni sangat mudah dan cepat plus murah okeh!

Ni rekod e-mel aku dengan Jucy semasa booking dulu dan buat 2% deposit payment.

Resit Profoma Tax Invois selepas aku setel bayar baki untuk pick-up kereta di Jucy's Office.
Lagi details Jucy's Document. Note kat situ, minyak kereta kena guna Ron91 ye. Jangan korang cari Ron95 pulak. Nanhadoo lah jawabnye ye. Hehehe....

Ni pulak, terms and condition of rentals at Jucy. Bacalah kalau uols rajin okeh!



Ni pulak, rekod inpection masa aku nak pick-up kereta. Pastikan uols ambil jugak gambar fizikal kereta tu. kat mana ada calar atau kemek ke sebelum uols memandu. Beringat sebelum terkena!
Ni lah kereta compact yang aku booking daripada Jucy Car Rental. Dapat Suzuki Swift yang comey dan senang je aku nak drive sepanjang trip aku di New Zealand ni.

Bukti memang ada sedikit cat tertanggal pada kereta sebelum kami ambil daripada Jucy.

Jucy juga akan bagi sekali lampiran ni tentang jalan raya yang ada tol. New Zealand ni hanya ada 3 ketol stesen tol ye. Bestkan! Tapi satu pun aku tak lalu. Selamat poket aku okeh!

This is how you pay their tolls okeh.

Selesai semua urusan tu, beng pun member aku dah loading dalam kereta, memang muat-muat je 4 ketol beg kami tu. Just Nice okeh! Jam pun dah menunjukkan pukul 5.20 petang, tapi keadaan dah mulai gelap. Ye la time aku datang ni ialah musim Winter. Masa siangnya lebih pendek berbanding malam. Maka, aku terpaksa memberanikan diri untuk memandu terus ke pekan Matamata sebab penginapan kami malam tu ialah di Matamata Backpackers. Plan asal aku memang nak bermalam di Auckland City je, tapi bila mengenangkan  awal pagi esok, kami nak ke Hobbiton di Matamata, maka aku nekad untuk bermalam di Matamata je. Plus takut esok pagi takut lambat atau tersesat jalan nak ke Matamata Town dari Auckland. Dan aku booking je hostel ni sebab murah dan dekat je dengan i-Site Matamata, iaitu tempat aku nak kene tunggu bas untuk ke Hobbiton Movie Set tu.

Trademark Matamata Backpackers.

Alhamdulilah, perjalanan kami malam tu lancar dan tak sesat pun walaupun hari semakin gelap dan semakin menjauhi kota Auckland, jalan rayanya semakin gelap tanpa cahaya lampu jalan. Ada juga aku dengar pengalaman, orang yang tak berani drive malan-malam di New Zealand ni sebab katanya berbahaya kalau tak biasa. Ye aku faham apa yang dikatanya tu. Sejujurnya kau memang bertawakal je masa tu sebab kami memang takde pilihan lain melainkan terpaksa redah juga. Jalan di New zealand ni kecik je. Dua lorong pulak tu macam jalan kampung kita di Malaysia tu. Pulak tu takde lampu jalan apabila menjauhi pekan besar. Memang bergantung pada lampu kereta je. Satu lagi, memang kat sana aku sentiasa skema je dengan had laju memandu sebab katanya ada speed trap kat mana-mana je. Jadi takut pulak kalau-kalau nanti sampai malaysia ada surat saman daripada New Zealand. boleh fitamm nak membayornye. Alhamdulilah aku dapat mengharungi semua cabaran di malam pertama kami tiba di Auckland ni. 

Sebelum tu, aku lupa nak kabor. Untuk ke Matamata ni, aku memang bergantung harap sepenuhnya kepada Waze dalam telefon je. Nasib baik member aku tu, dia dapat free data roaming for one day daripada Celcom. Jadi memang berbaloilah. Alhamdulilah sangat! Selain itu, aku jugak dah siap-siap beli sim card New Zealand daripada Hello1010. Lebih murah dan berbaloi kalau kita nak travel ke mana-mana. Line memang ok sangat. nak setting puntak susah. Just masukkan je sim card tu dalam telefon. On telefon dan terus boleh guna. Kalau korang belum cuba, bolehlah give it a try. Berbaloi sangat berbanding kalau korang beli sin card di sana.



Perjalanan ke Matamata Backpackers ni ambik masa lebih kurang dua jam lebih jugak la dengan kelajuan pecutan aku time driving ti sekitar 80-100km/jam je ye. Hehe... Lebih kurang dalam pukul 8.00 malam kami selamat tiba di Matamata Backpackers tu. Sehari sebelum berlepas ke Auckland, memang aku da e-mel semua tempat penginapan aku tu bagi tahu time aku estimate akan sampai dan check-in. Semuanya memang sangat cepat memberikan maklum balas. So malam tu, receptionist kat Matamata Backpackers tu dah tunggu aku siap tolong angkatkan beg aku lagi. So setel payment semua, aku pun masuk bilik dan membersihkan diri sebelum solat dan makan malam ala kadar. Suhu malam tu tu jatuh tujuh darjah celsius.

Ni aku screen shot handphone  aku time tu untuk tunjukkan suhu ketika aku sampai di Matamata. Cuma, masa tu aku belum tukar waktunya ikut waktu New Zealand, jadi korang tambahlah sendiri 4 jam dari masa yang terpapar di situ ye.

Inilah rupa kabin room dekat Matamata Backpackers. (taken from Booking.Com)
Suasana dalam bilik yang aku booking tu. Simple je sebab nama pun bajetkan. Just nice for only one night je pun.

Suasana di shared kitchen. Ada microwave dan dapur juga untuk memanaskan makanan atau memasak.

Baru nak menjamu selera lepas selesai check-in bilik. Barulah rasa lega!


Suasana ruang bilik shared bathroom. Jangan risau, diasingkan mengikut jantina ye. Hehehe....
Suasana bilik mandi gegirls. (taken from Booking.Com)

Memang sangat sejuk suhu malam tu. Best sangat. Sedap. Aku tidur lena malam tu. Bilik kami memang ada disediakan heater, cuma blanketnya sahaja yang tak ada warmer. Aku tidur pakai baju panas sampai tiga lapis okeh. Ambik kau nak sejuk sangat khenn. Hahaha..... Di Matamata Backpackers ni, dapur, bilik air dan tandas adalah secara berkongsi. Maka, kau kenalah keluar dari bilik untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tempat-tempat tu ye. Tapi pada aku takde hal lah, sebab kami pun just nak tidur semalam je pun di sini. Overall malam pertama kami telah selesai dilalui dengan jayanya mengikut perancangan. Ok setakat itu dulu coretan untuk kembara hari pertama dan kedua aku di New Zealand ye.

Nanti aku sambung lagi untuk catatan kembara pada hari-hari berikutnya dalam next entri. Sekian dulu ye uols. Adios, amigos!


Isnin, 24 September 2018

Jom Buat Kad BigPay!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ni, aku nak share satu benda baik untuk korang semua terutamanya yang kaki travel spesifiknya dengan penerbangan mampu bayar yang tak asing lagi di Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu Air Asia. Actually, entri ni bukannya entri yang dibayar oleh Pak Tony ye kawan-kawan. Ni memang ikhlas dari sanubari aku yang suci murni ini ye. Gituu.....!




Ok sebenarnya, aku pun baru je tahu pasal satu lagi produk yang diperkenalkan oleh Pak Tony, iaitu Kad BigPay. Kad ni sebenarnya boleh diibaratkan seperti "Dompet Digital" yang memudahkan dan menguntungkan penggunanya. Sebab apa aku cakap macam tu? Haa...meh aku nak terangkan serba sedikit setakat yang aku faham la.


Pertamanya, aku mula perasan, setiap kali aku booking tiket Air Asia khususnya ketika time promo dia berlangsung, bila sampai part akhir untuk payment, alih-alih total aku kene bayar sedikit tinggi daripada kos asal yang aku dapat tu. Sebab apa? Sebabnya ialah Air Asia telah menambah kos Processing Fee pada jumlah bayaran tu kalau korang gunakan mode of payment dengan kad kredit atau kad debit. Makanya, ada penambahan kos sama ada RM4 atau RM16 per tiket di situ. Haaa...nampak tak permainannya di situ. Tapi, kalau kita ada kad BigPay ni, kita hanya bayar dengan nilai kos yang kita dapat tu je tanpa perlu bayar kos Processing Fee tu lagi. Tapi pastikan kita topup dulu kad BigPay tu sebelum nak bayar la. Takdela nilai kad ko tu defisit. Ada faham ka??

Jumlah bayaran jika dibayar dengan kad kredit



Jumlah bayaran jika dibayar secara perbankan online

Jumlah bayaran jika dibayar dengan kad BigPay

Jumlah bayaran jika dibayar dengan UnionPay


Selain itu, kad BigPay ni juga, boleh kita gunakan sebagai medium untuk kita kumpulkan mata ganjaran Big Point. So bila cukup haulnya nanti, kita bolehlah reedem tiket flight free daripada Air Asia. Kan ada faedahnya di situ. Macam mana nak dapat Big Point daripada kad BigPay ni? Haa... begini kak bedah, kad BigPay ni juga boleh kita gunakan untuk kegunaan pembayaran bagi setiap perbelanjaan harian kita. Kiranya, sama macam kalau kita nak shopping, mestilah kita kene bawa dompetkan. Tapi dompet sahaja tak cukup. Dompet tu mestilah berisi dengan duit sekali ye dok? Haa...samalah konsepnya dengan kad BigPay ni haa kak bedah. Duit kita tu, kita topup la daripada sumber duit gaji kita melalui bank transfer ke dalam kad BigPay tu sebelum kita nak berbelanja. Maka, barulah kad Big Pay kita tu boleh digunakan untuk pembayaran bagi setiap perbelanjaan yang kita nak buat tu haa... Ada faham ka??







Untuk dapatkan Big Point, Air Asia akan bagi mata ganjaran bagi setiap RM yang kita belanja tu. Bagi setiap perbelanjaan RM20 akan dapat 1 point dan kalau topup RM50 akan dapat 1 point. Haa...gitulah cik senah oii! Kita juga boleh mengawal perbelanjaan kita secara berhemah dengan memantau berapa banyak dah duit yang telah kita belanja tu. Haa...baguskan!



Bukan itu aje, selain itu, kad ni juga boleh digunakan untuk kita berbelanja di luar negara dengan kadar tukaran yang lebih baik daripada kadar tukaran di money changer. So tak payah nak pening bawa duit banyak. Simpan je duit korang tu ke dalam kad BigPay ni, dan berbelanja la dengan gumbiranya dan paling penting lebih menguntungkan korang jugak ketika melancong. Haa...gitu kak bedah oii!



Kalau kita nak kirim duit kat sesiapa je yang kita nak pun dah senang kalau gunakan kad ni tanpa sebarang service charge. Tapi orang yang kita nak kirimkan tu jugak mestilah ada kad BigPay ni jugak ye. So apa korang tunggu lagi, mehlah reramai kita buat kad BigPay ni!



Kad BigPay ni juga sebenarnya adalah percuma untuk semua. Cuma kita perlu masukkan dulu RM20 sebagai start-up je. Duit ni nanti akan dipulangkan semula pada kita dengan isian awal dalam kad yang akan kita dapat tu. So, its free for everyone! Selain itu, kalau nak dapat lagi RM10 free, bolehlah kita gunakan referal code ni KABHHR2TKF bila nak sign-up untuk dapatkan RM10 percuma dan akan dikreditkan ke dalam akaun BigPay korang.




Ok, macam mana cara nak buat kad BigPay ni? Haa semudah ABC jer kak bedah oii.. Meh aku nak ajarkan. Memula korang mestilah ada handphone yang boleh selfie dan boleh berinternet ye.

Langkah 1:
Download BigPay Apps dan Sign-up. Korang akan diminta untuk snap picture IC korang dan selfie muka korang sendiri ye. (Ini prosedur untuk keselamatan akaun BigPay korang).

Langkah 2:
Masukkan promo Referal Code ni  KABHHR2TKF untuk dapatkan RM10 percuma tu ye.

Langkah 3
Tunggu 3-5 hari bekerja untuk kad BigPay Korang tu sampai ke alamat yang didaftarkan.

Langkah 4:
Dah dapat kad BigPay, korang perlu aktifkan kad tu.

Ok itu aje yang aku nak share dengan korang. Aku sudah pun ada kad BigPay sendiri. Korang pulak bila lagi? Benda baik jangan disimpan sorang-sorangkan. Selamat ber"BigPay" uols!