Ahad, 25 Ogos 2013

Jalan jalan ke Fun Fair Equine Park

Salam uolss! Salam hujung minggu.... masih dalam mood berhari raya eh? ye la ramai jugak kengkawan yang buzy duk buat open house sana sini khenn... well orang bujang macam den ni jalan jalan isi perut je la eh.. hehehe....

ok kali ni iolss nak story pasal jalan jalan ke fun fair di Equine Park. Masuk adalah percuma setakat ini. tak tau la kot-kot lepas ni kene bayor ke hape eh!. hehehe. So tempat ni mungkin ramai yang masih belum tahu kot. ye la namanye pun baru dibuka. kebetulan dekat je dengan rumah. so ape lagi lets uolss!

nama fun fair ni "Prima Tropica Down Town". gituuuu... lokasi berdekatan dengan pasar raya Giant Taman Equine, Seri Kembangan Selangor ye. Dah name pun down town, so mestilah ade jualan gerai-gerai yang berderetan macam pasar malam kannn. Cuma kat sini ade disediakan permainan macam dekat fun fair. So sesuai la bagi golongan ibu bapa yang ade anak pinak tu! tapi permainannya masih belum banyak lagi. so kira ok-ok la.

seronok jugak jalan malam-malam dekat sini. tengok gelagat orang yang datang sini. sambil-sambil tu leh jugak window shopping. tapi kebanyakan barang yang dijual ialah pakaian wanita dan kanak-kanak. ade jugak yang buat foot massage. rege die aku tak tau plak. sebab tak singgah pulak masa tu.

Well tempat ni sebenarnye masih baru dibangunkan sesuai dengan pembinaan kawasan pusat beli belah dan shops lot. so ape-ape pun ni la hasil tangkapan pada malam itu ye! hope you'll enjoy it!
Till then wasalam. tak sabar tunggu bulan depan. i'm fly agains! see ya!!

Sabtu, 17 Ogos 2013

Jalan jalan Syawal ke Ban Pecah, Perak

Salam uolss... Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ye!

Gituuuu mukadimmahnye senah.. dah lama tak menjengah blog ni. Al-maklumla asik buzy memanjang kan. Ni dah masuk 10 Syawal baru nak ucap selamat hari raya ken. Tapi tak pe. masih suam-suam kuku untuk aku ucapkan pada semua reader dan kawan-kawan blog yang tak seberapa ni. Sebab raya kan sebulan. Tak gitu cik yamm?

Ok la kawan-kawan. ni aku nak story sikit trip balik raya aku dan family masa hari raya kedua ke satu tempat yang mungkin ramai belum tahu atau mungkin dah tahu tapi belum sampai. Destinasi yang aku maksudkan ialah "Ban Pecah" yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak. Ermmm... kalau yang dah sampai or tahu tempat ni korang leh lah share experience korang jugak nanti ye.. hehehe

Actually aku sendiri pun tak tahu pasal tempat ni. Tapi masa balik kampung nak sambut raya tahun ni. ayah aku dah bagi tahu awal-awal planning die nak bawa kami anak beranak cucu cicit bagai beraya ke kampung dan akan singgah menikmati pemandangan indah di Ban Pecah ni.Well its sound great kan!


Aku pun tanye la tempat apakah itew? hehe.. rupa-rupanya tempat ni merupakan satu tempat sejarah bukti kekuasaan Allah SWT nak menunjukkan balasan di dunia terhadap mereka yang memakan harta anak-anak yatim. Menurut ceritanya, kawasan ni pada asalnya ialah sebuah kawasan bendang sawah padi yang terbentang luas dan menghijau milik anak yatim piatu yang masih kecil. harta mereka ni diamanahkan untuk dijaga buat sementara waktu oleh ayah dan ibu saudara mereka. Tapi dek sebabkan tamak, ayah dan mak saudara mereka tu dah mengabaikan tanggung jawab dan telah memakan harta tersebut. Tapi atas kuasa Allah SWT, kawasan sawah yang terbentang luas tu telah dilimpahi dengan air laut selat melaka yang pecah menerusi "ban" atau parit air ke kawasan sawah tu sampai menjadi kawasan laut sehingga la sekarang. itu la ceritanye cik jah. tapi serius, kawasan ni memang cantek. Korang jugak akan berasa pelik dengan bentuk muka bumi kawasan tu sebab sebelah laut ade sawah. bukannye kawasan pantai hokay! so korang yang nak tengok dengan mata kepala sendiri silalah datang sini ye.

Perjalanan dari rumah kami di Ipoh ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam naik kereta ye uolss. kami konvoi 3 buah kereta hari tu. Itupun ikut jalan kampung ye sebab nak elakkan jem kalau ikut lebuh raya hokay. sepanjang perjalanan macam-macam telalah anak-anak buah aku dan mak bapak diaorang taw. meriah raya katernyer.. hehehe.. tapi alhamdulilah akhirnya sampai jugak kami sekeluarga ke sini. dan inilah hasil tangkapan kami.hehehe.....


Well tempat ni pun masih ramai yang tak tahu kewujudannye. tapi masa aku ngan family datang hari tu pun, aku tengok kawasan ni giat dimajukan oleh JKKK kampung tu. mungkin untuk menjana pendapatan sampingan penduduk. diorang ade buka kawasan gerai makan minum sepanjang kawasan ban pecah tu. ade bina kawasan rehat dan korang boleh tengok kapal lalu lalang di laut selat melaka tu. so really recormended untuk sesiapa yang nak snappy2 picture hokay! macam aku hari tu pun guna kamera cap ayam je. so gambo takde la kebabomm. but just ok la for me. sbb aku bukan seorang blogger yang profesional. just suka-suka.

anyway thats all for now. later aku akan jalan-jalan lagi dan akan di info kan pada korang lagik hokay!
Till then.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Dunia Farel.