Saturday, April 18, 2015

Trip Australia 2015 (Day 3)



Tarikh: 16 Mac 2015 (Isnin)
Lokasi: Sydney – Melbourne

Assalamualaikum, salam sayang untuk semua. Ok masih dalam mood untuk aku story catatan trip ke Australia pada hari yang ketiga semasa berada di sana. Seperti biasa, aku akan story semua aktiviti yang aku dah buat sepanjang hari ketiga ni supaya tak banyak sangat entri yang aku kena tulis lepas ni. Al-maklumlah, nanti mood dah lari, kembali bersawanglah blog ni. Disebabkan ada kengkawan blogger yang bagi aku semangat untuk terus setelkan story ni, makanya semangat nak setelkan story ni makin membuak-buak hokay! Thanks uolss!!

Ok, lets story! seperti yang aku dah cakap dalam entry sebelum ni. Boleh refer di sini. Untuk hari ketiga, kami terpaksa bangun awal pagi sebelum subuh menjelma untuk mandi dan bersiap-siap ke airport Sydney sebabnya kami akan fly pulak ke Kota Melbourne dengan penerbangan awal pagi. Tiket flight untuk kami ke sana, aku dah siap-siap booked semasa berada di Malaysia lagi dan dah siap-siap jugak check-in online boarding pass untuk semua ahli jemaah. Kami just nak drop luggage je di airport nanti. Penerbangan adalah dengan menggunakan Tigerair Australia. Time aku beli tu ialah harga promo Tigerair. Tapi boleh tahan jugak price dia. Harga tiket yang aku dapat untuk return (Sydney-Melbourne) dengan 20 kg luggage ialah AUD148.90 seorang. Tigerair ni merupakan antara penerbangan tambang murah yang ada di Australia selain beroperasi jugak di Singapore. Actually, korang boleh je pilih nak menggunakan penerbangan domestik yang mana korang berkenan. Ada banyak choices. Antaranya, Virgin Australia, Jetstar, Qantas, Scoot dan lain-lain. So korang kena la buat sedikit uji kaji di Internet dan boleh la buat kira-kira berdasarkan kemampuan masing-masing. 

So, untuk perjalanan kami pada pagi tu ke airport Sydney, kami pilih untuk menggunakan perkhidmatan Shuttle Bus yang boleh di booked dari reception hostel. Aku rasa perkhidmatan ni ada disediakan di setiap rangkaian hotel dan hostel di Australia. Cuma mungkin syarikatnya sahaja yang berbeza-beza. Ye la, dalam keadaan mamai-mamai dalam ke”excited”an…. Haha.. ada ker istilah tu? Belasah je la… berjalan-jalan melihat alam dengan kami yang mengendong, mendukung dan menyeret anak-anak gajah dan badak itu, makanya kami memilih untuk tidak menyeksa diri dengan menggunakan perkhidmatan ini. Ok la jugak, sebab harganya pun tak la mahal sangat. Jadi berbaloi untuk difikirkan. Kalau diikutkan, tambang untuk seorang ialah AUD12, tapi kami dapat AUD10 seorang. So, memang berbaloikan! Perkhidmatan shuttle bas ni, akan menjemput setiap tetamu di depan muka pintu hostel atau hotel yang kita inap. So dia akan pick-up semua guest yang dah booked. That’s why, kita kena maklumkan awal-awal pada reception hostel kalau nak gunakan perkhidmatan ni. Dia akan penuhkan seat bagi setiap trip yang dilaluinya.




Untuk makluman lagi, airport di Sydney ni, ada beberapa terminal dan bergantung pada syarikat penerbangan apa yang kita gunakan. Bagi penerbangan dengan Tigerair, terminal operasinya ialah di terminal 2. Terminalnya tak la besar berbanding KLIA 2 kita tu. Tapi seperti airport yang lain, tak lekang dengan keramaian umat di kawasan ini walaupun pada waktu awal pagi. Flight kami pagi tu ke Melbourne berlepas pada pukul 8.45 pagi. Disebabkan tak nak ambil risiko tertinggal flight, maka kami sampai 2 jam awal. Ye la, untuk selesaikan urusan check-in luggage semua, pemeriksaan keselamatan di airport bagai, makanya itu semua perlu difikirkan jugak ye. Untuk penerbangan domestik, pemeriksaan imigresen dan kastamnye tak la seketat di pintu perlepasan antarabangsa. Maksudnya, di sini takde la strict sangat. Air mineral pun boleh dibawa naik dalam kabin. Siap pegawai depa cakap, “its ok sir, you can bring it along”. Hehehe….




















Alhamdulilah, semua urusan berjalan lancar. Setelah kami masuk ke balai perlepasan, perghh…. Punya la ramai umat yang duk tunggu masa untuk berlepas ke destinasi masing-masing. Disebabkan penerbangan kami ni masih lagi lambat, which is 2 hour more. So kami duk terlentok-lentok la menyandar dekat dinding. Tidur-tidur ayam kaedahnye. Ye la, mau nyer idak kan, sebab gigih bangun awal, takut tertinggal flight di tempat orang pulak tu. Setelah semua tetamu dipanggil untuk menaiki pesawat, kami pun berjalan ikut je laluan yang disediakan. Follow je mat and minah salleh Aussie di sini. Seat aku terpisah dengan ahli jemaah. Diorang bertiga dapat duduk sebaris. Penerbangan dari Sydney ke Melbourne mengambil masa kira-kira 1 jam setengah jugak. Melbourne ni merupakan sebuah kota yang terletak dalam negeri Victoria di sebelah selatan Australia. Kalau ikut plan aku, kami ke Melbourne ni just untuk menikmati pemandangan di “The Great Ocean Road” dan bergambar di “The Bathing Box” yang terletak di Brighton Beach je sebenarnye. Banyak lagi tempat yang boleh kita kunjungi di Melbourne ni. Tapi disebabkan kami tak ada banyak masa, jadi itu je yang aku plan untuk buat di sana. Insyallah ada rezeki lagi, mungkin dalam trip yang akan datang boleh la aku terjah tempat-tempat lain pulak di Melbourne ni.






Alhamdulilah, penerbangan kami ke Melbourne berjalan lancar dan kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne mengikut jadual, iaitu pada pukul 10.20 pagi di Terminal 4, untuk penerbangan domestik. Terminal 4 ni, masih dalam proses pembinaan, so tempat untuk claim luggage pun ala-ala simple je. Lepas kami dah claim semua anak-anak gajah dan badak masing-masing, kami pun memulakan pengembaraan di Melbourne selama 3 hari 2 malam. Destinasi pertama ialah untuk ke Malaysian Hall Melbourne untuk kami bermalam sepanjang tempoh berada di sini. Untuk mendapatkan penginapan di sini, aku dah siap-siap booked dari Malaysia. Kene isi borang yang boleh dimuat turun melalui laman web dan e-mel terus pada warden Malaysian Hall. Dalam sehari dua, e-mel akan dibalas untuk mengetahui status booking yang dibuat tu lulus atau tak. Dekat sini, kadar bayarannya adalah jauh lebih murah berbanding dengan kadar sewa di hostel atau di hotel. Ye la, kami pun bukan nak duduk lama di sini. Total harga bilik yang kami sewa untuk 2 bilik sepanjang tempoh 2 malam ialah AUD220 je dan bila dibahagi 4 orang, jadi seorang hanya bayar AUD55 je. 


Ok, untuk ke Malaysian Hall Melbourne, ada macam-macam cara. Antaranya dengan menggunakan bas, teksi atau train. Tapi cara yang paling mudah dan tidak menyiksa diri dengan mengangkut anak-anak gajah dan badak yang berat tu adalah dengan menaiki Starbus Airport Shuttle. Perkhidmatan ni, akan menghantar guest direct terus ke muka pintu destinasi yang kita tuju. Haaa… so easy kan!. Untuk mendapatkan tiket, kita perlu berjalan kaki menuju ke bangunan Terminal 1 yang terletak di bangunan bersebelahan dengan bangunan Terminal 4 ni. Jalan kaki lebih kurang dalam 10 minit. Cari International Arrival Hall, then cari kaunter perkhidmatan Starbus Airport Shuttle. Masa nak beli tiket, kita akan ditanya sama ada nak tiket yang sehala atau return. Jadi untuk memudahkan urusan kami untuk balik semula ke airport dari Malaysian Hall, aku pilih untuk ambil tiket return. So sehari sebelum nak balik ke airport tu, kita kena call diorang untuk confirmkan pukul berapa nak dijemput dari Malaysian Hall. Ok, selesai satu masalahkan. Harga tiket ialah AUD30 seorang. Selesai beli tiket, kita kena tunggu shuttle bas di tempat menunggunya, which is di depan bangunan utama terminal. Jadi, kami kene berjalan sikit dan cross jalan untuk ke bus stop yang ditandakan dengan warna yang berbeza. Untuk Starbus ni, warna pick stopnye ialah biru. Don’t worry, petugas kaunter tiket tu akan tunjukkan directionnye. Bila shuttle datang, tunjukkan tiket pada driver. Anak-anak gajah dan badak tu akan dihumban dalam tempat khas di belakang bas.


Sebenarnye jauh jugak lokasi Malaysian Hall Melbourne ni dari Airport Tullamarine. Perjalanan lebih kurang dalam 45 minit ke 1 jam jugak. Tapi sepanjang perjalanan tu, kami disajikan dengan pemandangan sekitar Bandar Melbourne. So tak la bosan. Memang cantik dekorasi kawasan perumahan di sini dengan landskap yang beraneka jenis bunga-bunga dan buah-buahan yang hidup subur di sini. Saujana mata memandang sangat! Kami sampai di muka pintu Malaysian Hall tu agak awal, iaitu lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari. Disebabkan kami pun tak bersarapan sebelum ke airport, jadinya time tu memang berkeroncong la perut masing-masing. Kami dijemput masuk oleh petugas yang ada di dalam tu dengan seorang student Malaysia yang kebetulan tengah duk buat assignment dia di ruang tamu. Ye la orang kita dapat jumpa dengan kaum kerabat di tempat orangkan, jadi perasaan tu ada sikit teruja la jugak. Time tu, petugas tengah dalam proses pembersihan bilik. Kami dibawa berjumpa dengan warden di situ. Kami diberitahu yang kami tak boleh check-in lagi sebab terlalu awal. Warden tu nampak kekwat sikit. Kami pun tak kesah sangat kalau tak boleh check-in awal. Tapi kami just nak mintak untuk tumpang guna ruangan pantry yang terletak di ruang tamu untuk kami makan dengan memanaskan bekalan yang kami bawa tu. Haram dibaginya. Padahal bukan la kami nak sepahkan. Strict sangat la kononnye. Ni la Melayu yang banyak cekadaknye. Menyampah betul dengan warden tu. Apalah salahnye kalau dibenarkan kami tumpang sekejap. Dah la kami ni datang dari jauh-jauh dengan berlapar pulak tu. Kami malas nak menjawab, jadi kami minta untuk tumpang letak beg di lobi then kami pun keluar berjalan kaki di sekitar kawasan pekan yang berdekatan dengan St.Kilda Road sementara tunggu pukul 2 petang untuk check-in.





Sepanjang jalan tu, kami sempat bergambar sana sini walaupun dalam kelaparan. Kenyang dengan pemandangan di kawasan sekitar tu. Kami berjalan nak cari kedai makan halal di situ. Malangnya kami tak jumpa. So at last, kami masuk sebuah mart yang ada menjual makanan ringan, sayuran dan buah-buahan. Kami rembat beli keropok jagung yang ada cap halal Australia pada pembungkusnya dan smooties buah-buahan campuran yang memang sangat asyik hokay! Fresh dari ladang katanye. Sepanjang jalan balik, kami makan itu je. Singgah di 7-Eleven yang berdekatan, kami beli MyKi Card pulak. Yang ni untuk memudahkan kami menaiki public transport di sini. Kad ni boleh ditopup ikut selera kita. Dah hampir pukul 2.30 petang, kami pun berjalan kaki balik ke Malaysian Hall untuk check-in. Selesai urusan check-in, kami pun masuk ke bilik untuk berehat melepaskan lelah dan barulah kami boleh menjamu perut yang dah kelaparan dengan makan bekalan yang kami bawa. Kita boleh gunakan microwave dan air panas yang ada di pantry. Cuma kenalah jaga kebersihan selepas menggunakannya. Kalau tak nanti, warden yang kekwat tu pasti naik antu! Hahaha



Kami rehat agak lama jugak. So dalam pukul 4 petang baru kami keluar. Kali ni, kami nak menuju ke Brighton Beach untuk bergambar dengan deretan rumah kayu yang berwarna-warni. Kalau datang Melbourne, wajib pergi sini. Kalau tak, memang tak sempurna la trip anda sebab ni antara landmark for Melbourne selain tempat-tempat yang femes di Melbourne. Untuk ke sini, kami just berjalan kaki menuju ke tram station yang berdekatan dengan Malaysian Hall ni dan menuju ke Flinders Street Tram Station. Dari situ, kami naik Metro Train menuju ke Sandringham dan turun di Station Brighton Beach.  Perjalanan agak jauh jugak, hampir kira-kira 45 minit. Dari sini, kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit menuju ke kawasan pantai melalui lorong-lorong perumahan yang sangat cantik dengan landskap yang pelbagai ala-ala English Style.












Kami sampai di kawasan pantai tu lebih kurang pukul 5 petang lebih. Time ni dah nak mula gelap dan matahari mula nak melabuhkan sinarnya. Pemandangan memang sangat awesome! Masyarakat setempat sibuk duk beriadah lagi dengan aktiviti berjogging, berbasikal dan berjalan bersiar-siar dengan anjing. Angin pantai dan ombak yang menghempas di pantai Brighton tu memang mendamaikan. Ditambah pula dengan burung-burung camar yang berterbangan di sepanjang pantai tu. Lama jugak kami di sini. Ye la sebab jauh kot nak datang bersusah payah bagai. Kami bergambar sakan di sini. Macam-macam aksi yang kami buat. Terserempak jugak dengan dua tiga pelancong Malaysia di sini. Tapi seperti biasa, orang kita ni kekwat bila jumpa kaum kerabat. Tegur pun idak. Kami je yang terhegeh-hegeh senyum kat depa. 






Selesai bergambar dan puas menikmati pemandangan di Bathing Box, Brighton Beach tu, kami pun berjalan pulang menuju ke train station. Masa ni, memang dah gelap. Kami singgah di 7-Eleven yang kami jumpa semasa dalam perjalanan ke train station tu. Kami beli air mineral sebab terlalu dahaga dan kami jugak beli sim card Lebara untuk memudahkan kami menghubungi Starbus pada keesokan hari. Tak lama kemudian, train pun sampai. Kami turun semula di Flinder Station. Disebabkan kami dah tak akan berhenti lagi di sini, maka malam tu jugak kami bergambar di sini buat kenang-kenangan sebelum balik ke Malaysian Hall. Ye la sebab keesokan harinya, kami akan seharian di The Great Ocean Road. Lusanya pulak kami dah nak balik ke Sydney. Jadi malam tu je la masa yang kami ada untuk bergambar di depan banggunan ni. Kalau ke Melbourne jugak perlu datang bergambar di sini. Sebenarnya, kalau ikut itinerary yang aku buat tu, memang ada dimasukkan kawasan ni, Yarra River, Federation Square, Queens Victoria Market dan lain-lain lagi. Tapi disebabkan kami dah kesuntukkan masa plus karenah warden di Malaysian Hall yang tak mesra alam tu, jadinya jadual perjalanan kami tu memang dah lari sedikit. Tapi tak ape, kami tetap berpuas hati sebab tujuan dan hajat kami tercapai untuk ke Bathing Box tu. Yeayy!!! Selesai semua, kami pun balik ke Malaysian Hall dan berehat. Hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya kaki bila dah sampai di bilik. Selesai mandi terus ZzZzZz… Ok selesai story sepanjang hari ketiga di Melbourne!