Khamis, 4 Oktober 2018

Kembara New Zealand 2018 (Day 3 - Part I)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Ok mari ikuti sambungan story tentang trip aku pada hari ketiga kembara di bumi New Zealand 2018. 

On the day aku arrive dekat Auckland, aku terpaksa nekad untuk meredah kegelapan malam, driving direct dari office Jucy Car Rentals di airport ke pekan Matamata, iaitu lebih kurang dua jam jugak la perjalanannya. Aku terpaksa buat plan macam ni sebabnya aku tak nak ambil risiko bangun lambat atau mungkin tersesat jalan jika aku mula gerak dari Auckland pada keesokan paginya. Lagi satu, kalau aku gerak awal pagi atau malam ni ke Matamata, aku tetap tak dapat nak menatap kecantekan panorama along the way ke Matamata ni. So, there is no point pun kan. So i've decided to proceed to Matamata on the day aku sampai di Auckland ni. Makanya, aku pun siap-siaplah booking penginapan satu malam di Matamata Backpackers seperti yang telah aku story before this.


Berdasarkan map di atas, korang boleh tengok berapa jauh jarak pekan Matamata ni dari office Jucy Car Rentals di airport Auckland dan betapa gigihnya jugak aku meredah kepekatan malam pertama di New Zealand ni ha. Dah la aku ni rabun silau. Kalau kat Malaysia, memang aku tak driving waktu malam-malam okeh. Tapi kat New Zealand ni, aku boleh hadap keadaan ni ye. Yang penting hati kena cekal, berdoa banyak-banyak, bertawakal dan yakin boleh ye! Alhamdulilah, cabaran pertama telah selesai dilalui dengan jayanya. 

Selesa betul aku tidur malam tu di Matamata Backpackers Hostel tu haa, mungkin sebab keletihan dan sedikit jetlag kot. Walau apa pun, kembara hari ketiga ni perlu dilalui jugak ye. Jadi awal pagi tu, aku dan member bangun awal, iaitu sekitar pukul 5 pagi waktu New Zealand atau lebih kurang pukul 1 pagi waktu Malaysia. Di New Zealand ni, subuhnya awal. Pepagi buta tu, kami berdua je yang memecah kesunyian hening pagi dalam suhu yang amat dingin, aku rasa suhu jatuh ke paras dua darjah celsius kot. Menggigil jugak la kami keluar dari bilik nak ke toilet dan shared kitchen hostel untuk mandi dan buat sarapan. Kalau ikutkan hati, memang malasnya nak bangun tidur lagi. Tapi, kami ada agenda penting yang nak dibuat hari ni. Lagi satu, bila kami je yang bangun paling awal, makanya kami tak perlu pun berebut-rebut dengan penghuni lain untuk gunakan kemudahan-kemudahan di hostel ni. Selesai semua urusan peribadi tu, kami pun bersiap-siap kemas semula beg masing-masing untuk early check-out sebabnya kami perlu ke i-Site Matamata yang tak jauh pun dari hostel ni. Perjalanan dalam dua ke tiga minit je drive. Sempat jugak aku snap beberapa keping gambar dekat kawasan hostel ni sebelum check-out. Yelah semalam masa check-in pun dah malam, plus badan pun dah lemau letih kot memandu jejauh pulak tu.

Muka penat sangat time ni. Ngantuk Yakmat!





Selesai semua tu, kami pun loading beg ke dalam kereta dulu. Untuk early check-out, boleh je letakkan kunci bilik dekat bawah pintu kaunter pendaftaran hostel. Alhamdulilah, pagi tu, receptionist yang bertugas pada hari tu, datang awal. macam tau-tau je yang kami nak blah dah pepagi tu. So aku pass je kunci bilik tu pada dia sambil say "hi, hi, bye..bye!" hehehe......

Masa tu jam baru pukul 6.40 pagi kot. Tapi keadaannya dah cerah. Kami just lenggang-lenggang kangkung je pun selesaikan semua urusan tu sebabnya masih awal lagi kan. Suhu di Matamata pagi tu adalah sekitar tujuh darjah celsius. Sejuk okeh! I likee! hehehe....


Lebih kurang dalam pukul 7.15 pagi baru kami gerak ke i-Site Matamata. Dekat je dari hostel ni. Agenda utama kami hari ni ialah untuk join trip ke Hobbiton Movie Set ye. Hooray! Inilah antara salah satu sebab musabab yang utama aku dan member aku ni datang jauh-jauh dari tanah malaya ke New Zealand ye. Aku memang layan movie The Hobbit dan The Lord of The Ring tu haa. makanya, wajiblah aku untuk jejakkan kaki dan menengok dengan bijik mata sendiri lokasi pengambaran filem yang mahsyur seantero tu kan. Dah lama mengidam nak ke sini sebab tengok kat TV nampak cute dan comey belaka probs dan setting viewnya. Alhamdulilah, tercapai jugak hasrat hati untuk semua ini direalisasikan pada tahun 2018. Tapi, adakah ianya berbaloi? Meh layan dulu story seterusnya ye!









Aku cari port yang baik dulu untuk parking kereta. Ada banyak parking lot dekat i-Site Matamata ni. Aku pilih yang free je la kan. Dekat New Zealand ni, kalau bawak kenderaan, korang perlulah patuh pada undang-undang jalan raya diorang ye, termasuklah hal ehwal parking making ni ye. Tengok yang mana free, yang mana kena bayar dan berapa lama tempoh boleh parking di satu-satu tempat tu ye. Study dulu sistem diorang sebelum berlepas.

Ok, masa kami nak parking tu, kami ternampak dah ada beberapa ketol pelancong senegara ye di sini. Ada yang tengah makan sarapan yang diorang tapau kot atau bawak bekal sendiri. Kenal sebab muka orang Malaysiakan sepesen je kan. hahaha.... tapi, ermmm..... well you know what i mean right?

Mostly pagi tu aku tengok ramai Malaysian dekat situ. Adalah dalam beberapa ketol je tourist dari US dan Europe. Disebabkan masih awal, dan i-Site Matamata tu pun belum buka pintu lagi, maka kami pun berjalan kaki ke sekitar kawasan deretan kedai yang berdekatan dengan i-Site tu untuk beli sedikit bekalan makanan ringan dan minuman.



Selesai mendapatkan actual tiket, kami pun keluar dan tunggu bas yang akan membawa kami ke lokasi Hobbiton Movie Set tu. Memang departure timenya tepat dan tak delay pun. Driver bas tu jugak akan check tiket dan dia jugaklah yang akan jadi tour guide dalam bas tu sambil memberikan penerangan serba sedikit tentang sejarah kewujudan Hobbiton Movie Set ni. Sesekali dia akan tayangkan video tentang apa yang dia cakapkan tu sepanjang perjalanan ke lokasinya tu. Tapi, sebelum tu, bas ni akan stop dulu di Shire Rest Stop dulu untuk ambil tourist lain dan jugak actual tour guide yang bertugas untuk group kami.








Sepanjang perjalanan tu, aku takde la nak ambik pot sangat apa yang driver tu bebelkan. Aku lebih fokus snap sana sini view-view along the way ke lokasi Hobbiton tu haa... Memang awesome okeh viewnye. Jom layan beberapa keping yang dapat aku tempekkan di sini. Ada banyak lagi, tapi yang ni aku pilih random je la ye. Kalau tak memang tak siaplah story ni. hahaha....









Tour ke Hobbiton ni memang korang tak boleh pergi secara DIY ye, sebab apa? Sebabnya ialah kawasan Hobbiton ni ialah sebuah kawasan ladang hak milik private ye. Itulah sebabnya semua tourist yang nak ke sini perlu menaiki bas pelancong yang telah disediakan tu ye. Tiket untuk masuk ke Hobbiton Movie Set ni sangatlah mahal nak mampos. Setelah melalui pengalaman dengan tour ni, bila aku kembali ke pemikiran yang waras, macam tak berbaloi je join tour ni sebabnya kita hanya ada limited time bagi setiap group untuk each entrace, which mean that, only that particular time je kita boleh nak bergambar posing sana posing sini ikut tour guide kita tu. Dalam masa yang sama jugak, ahli rombongan yang lain pun nak posing jugak kan, haruslah kau kena berebut spot-spot yang kau rasa cantek nak pose-pose manja dan fefeeling gojes. Thats why la, gambar aku kat sini macam so so je aku rasa. Sebab aku memang tak puas sangat berposing dengan angle yang aku rasa awesome. Main snap je la apa yang dapat. Aku bajet, tokey ladang ni memang dah kaya raya mentekedarah duit tourist yang datang ke sini. Harga tikat juga berbeza mengikut musim. Kalau musim winter macam aku ni, harganya lebih tinggi berbanding masa musim panas. Tiket boleh beli direct dekat kaunter i-Site Matamata atau secara online dari web site diorang. Tapi, aku dapat harga sedikit murah daripada Cikgu Loh. Boleh refer coretan aku dalam entri teaser trip aku ke New Zealand ni.

Sepanjang tour ni, tour guide yang bertugas untuk lead group korang tu akan membebel tentang setiap lokasi di Hobbiton ni yang terlibat dalam scene-scene tertentu dalam movie The Hobbit tu ye. Seperti biasa, aku buat-buat dengar dari jauh je la. Fokus aku ialah snap banyak-banyak picture yang aku mampu posing kat sini dalam masa yang sangat singkat sekitar 2 jam je dekat sini. Nama tour guide tu pun aku dah lupa. Haa...nampak tak kekhusukkan aku tu kat mana khenn. hehehe.... Seriusly aku rasa macam tak berbaloi pun ada gak. Jadi, bagi sesiapa yang nak ke sini, bolehlak prepair mental dan fizikal dulu sebelum nak booking tiket. Dari awal lagi, aku memang berbelah bagi juga nak beli tiket ni sebab mahal nak mampos dan satu lagi option aku ialah nak ke Agrodome Rotorua yang aktiviti farm tournya pun nampak best jugak. Tapi bila memikirkan aku pernah buat farm tour yang hampir sama masa pergi ke Australia dulu, maka aku pilihlah untuk ke Hobbiton ni haa sebab nak rasai sendiri the feeling of the movie by myself kan. Tapi oklah just one in a life time kan. Why not. belum cuba, manalah nak tahu. Ayat nak sedapkan hati okeh.






Di hujung tour ni, sebelum kita berpisah dan say "Hi, hi, bye..bye" dekat tour guide tu, kita kan dibawa ke Dragon Cafe untuk rehat sekejap dan dapat minuman free yang sebenarnya dah include pun dalam harga tiket tu haa. For muslim tourist, normally kita akan diberikan Ginger Beer je. Sedap jugak rasanya. Sesuai untuk membuang angin dalam peyot. Hehehe.... Nak pulak, time aku travel ke sini peyot tak berapa sedap sangat rasanya. Mungkin masuk angin sebab lewat makan kot. Ye la time travel ni kadang-kadang masa makan pun aku tak berapa ambik pot sangat yang penting jalan jalan dulu. hehehe....


Setelah hampir dua jam, kami dikumpulkan semula depan Dragon Cafe ni dan tour guide tu kira semua ahli jemaah rombongan untuk naik bas semula dan dihantar balik ke i-Site Matamata. Sebelum kita naik bas, ahli jemaah akan melalui lorong kecil masuk ke kedai souvenir diorang. Macam biasalah, harganya mencekik darah okeh. Tapi aku hanya rembat sekeping poskad Hobbiton untuk aku kirim pada diri sendiri dari Auckland nanti sebelum berlepas balik. Tapi.....malang tak berbau, poskad aku tu hilang masa bila pun entah lah, mungkin tercicir agaknya dekat mana-mana. Aku perasan masa nak balik hari tu. Itulah yang dikatakan tak ade rezeki. Aduhai.... nasib baiklah NZD2 je sekeping. Sob..sob...sob


Oklah dah panjang lebar aku story ni rasanya. Nanti aku sambung lagi ye. Tengah buzy sangat kat opis nih. Till we meet again in the next post. Bye..bye!

1 ulasan:

  1. PLM takde perasaan nak masuk Hobbiton movie set tu sebab tak mengikuti filemnya. Memang entrance fee nya mencekik darah mahalnya..

    BalasPadam