Ok entry kali ni farel nak citer sket (cer citer....cer citer...) pasal liku kehidupan yang kita lalui setiap hari.. dan ianya amat berkait rapat dengan dunia farel sebenarnya. Pasti ramai pun tahu kita secara sedar tak sedar yang kita ni telah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan yang kita sendiri tak pernah jangkakan. Ia sebenarnye telah bermula dari dalam rahim ibu kita hinggalah saat ni....betul tak? Ye la...dalam hidup setiap insan di muka alam ni kita mesti mengidamkan sesuatu yang baik untuk dimiliki dan kekadang pulak, kita juga akan menghadapi saat yang mencemaskan, sedih , gembira dan mungkin juga sukar untuk kita terima sesuatu yang terjadi tanpa kerelaan kita...ye tak? Yang pastinya semua itu akan berlaku tanpa kita sangka sebab semua itu datangnya dari Yang Maha Esa seperti mana yang telah tersurat untuk kitadi Luh Mah Fuss...... (betulkan farel kalau tersilap ye!)
Doa muztajjab
Sama seperti orang lain untuk hidup dan memenuhi keperluan hidup maka kita harus bekerja bukan? so farel juga sama lah ye...so skang ni keje kat Putrajaya. But dalam masa yang sama jugak farel masih study diperingkat sarjana di UKM. Bersyukur sangat sebab dapat pula mendiami kolej kediaman di situ dan merupakan felo kediaman. Sebagai menambah side income, apa-ape je peluang yang ada depan mata tu, farel grab je.. ye la manusiakan tamak.. tapi di zaman skang ni..sume orang perlu jadi tamak merebut peluang untuk menjamin masa depan yang lebih terjamin.. so back to the story....farel pulak memang minat sangat mengajar. So feeling-feeling nak jadi cikgu sebenornye... tapi masa mohon u dulu takde rezeki masuk bidang pendidikan.. so redho je la....then lepas grad terus je sambung master di bidang yang sama iaitu Biologi. Nak dipendekkan citer kat sini, farel mintak jadi cikgu tuisyen di salah sebuah pusat tuisyen yang agak famous gak la di area lembah klang ni sebab kebanyakan student yang datang kat situ bukan calang-calang orang. Kebanyakannya anak orang kaya.. ade aku kesah?? janji farel jalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa dan yang penting masyukk fulusnya setiap bulan......
Ermmm...sodapnyerr!!
So skang ni farel dikelilingi dengan banyak benda yang kekadang menyebabkan diri sendiri tak sedar yang sangat buzy....dan disebab tu jugak la kekadang terasa sakit otak jap... samalah cam minggu ni...boleh cakap ade je meeting setiap hari dan setiap malam......bile g opis je badan rase letih dan cam nak tidoq je. sampaikan my little f pun cakap nampak bawah mata tu lebam keletihan....tapi sebenornye memang aku ni jenis kuat tidoq.....haha
Adoyai.....sakitnyo kepalo den nih!!
Walaupun cam tu, farel sesangat la bersyukur sebab dikelilingi jugak oleh famili, kengkawan dan my sweet little f yang sangat memahami, supporting dan caring sangat! Thank You so much! i really appreciate it....tanpa kalian siapalah farel di sini....gitew!
Cinta adalah hak milik setiap insan...gitew!
Dan kekadang juga bila kita telah dapat memiliki apa yang kita idamkan tu secara berdesub depan mata, secara tidak perasan atau buat-buat tak perasan plak lah kita akan lena dan leka dengan apa yang kita ada itu sehinggakan kita sendiri tak sedar dalam diam tak diam yang sebenarnya kita telah lupa pada keadaan kita suatu ketika dahulu....dimana keadaan kita tidak sama dengan keaadan kita sekarang. kalau dulu kita gigih dan rajin berusaha....tapi sekarang kita jadi lemah dan malas. Ini lah sindrom yang sedang farel hadapi..... sebab skang ni rase cam malas sangat nak siapkan tesis yang cuma tinggal separuh jalan je lagi... Dah rasa nak muntah je tengok data yang belambak untuk di analisis tu. Ni ditambah pulak dengan supervisor yang ala-ala tintong je...Bukan nak burukan sesiapa disini cuma memang dari awal lagi dah nampak ciri-ciri tu.. so redho je la buat kali kedua...huhu (alahai nasib badan). So sesapo kat sini yang ade ubat untuk disuntik pada farel kasi hilang itu virus MALAS...bole rojer-rojer ye...tolong laaa!!!!
Erkk....catetnyer!!!
Ermm....pendek katanya disini, sememangnya manusia tu memang mudah lupa dan banyak kekurangnya. Ni ditambah pulak dengan sikap kita sebagai orang melayu yang sememangnya pelupa bak kata Dr. M "Melayu Mudah Lupa". Apa-apa pun tepuk dada tanyalah selera....
"Dah lama dah!!"
Ok...sampai bertemu lagi dalam entry yang akan datang ye....Chau Bedahhh!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan