Isnin, 28 Januari 2013

Jom Liburan ke Kota Padang-BukitTinggi Part-2



Salam uolss… bertemu lagi di episode ke-2  travelog Jalan-jalan ke Kota Padang-BukitTinggi. 
 Ok meh kita sambung citer ni ye.. lepas je kami semua kenyang mengisi perut bekfes light2 katernyer di Rumah Makan Lamun Ombak, kami pun mula beredar meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Macam yang aku bagi tahu dalam entry sebelum ni. Perjalanan agak jauh. Dalam 2-3 jam hokayy. So bile dalam perjalanan yang jauh cenggini, aku paling risau pasal abah. Ye la abah aku ni bukan jenis yang boleh duduk diam. Tambah2 pulak kalau x boleh merokok. Aku siap belikan die sebungkus cekelat Hudson untuk gantikan rokok. Tapi tu pun x jalan. Bile tak dapat rokok, ape lagi macam ayam berak kapur la abah aku ni. Pulak tu dalam van tu tak boleh merokok. Tu yang die gelisah je. So aku pun mintak si roni tu untuk singgah jap kat mana-mana kawasan yang boleh die rokok puas2 dan boleh la jugak buang air bagi kami semua ni.


Alhamdulilah kami berhenti kejap kat petrol pam. Kat sini aku suruh abah merokok puas2. Roni pun join sekaki ngan abah. Ok la tu, abih hati la abah. Lepas tu, perjalanan di teruskan lagi. Sambil2 tu, aku duk snap sana snap sini. Ye la tak nak bazirkan pemandangan yang aku tengok sepanjang perjalanan tu. Sepanjang perjalanan tu jugak, roni akan bercerita panjang lebar tentang tempa2 yang ada di situ, sejarah dan budaya masyarakat padang ni. So memang best la. Abah aku tu pulak, ape lagi terlentok suda hokay… bukan die kisah pun dengan cerita si roni tu. 

Kat padang ni jugak korang jangan la terkejut, kalau Nampak orang2 die bawak hanjeng sana sini. Walaupun diorg tu muslim tapi binatang ni memang akrab sangat dengan diorg. Hanjeng ni sebenornye dipelihara diorg sebab nak dibawa untuk berburu babi dan untuk menjaga keselamatan rumah, lading dan blab la bla…. Thats why ko boleh tengok berkepit je diorg ni dgn hanjeng2 ni taw..

Sebelum sampai Bukit Tinggi, kita akan menusuri laluan jalan yang kecik je, dah tu bengkang bengkok pulak tu. Ye la kawasan berbukit. Kat sini ko boleh kecut perut tengok cara diorg memandu. Seriau aku taw. Tapi takpe, diorg ni cekap hokayy… dan di pertengahan jalan tu, kita akan singah sekejap kat satu kawasan air terjun yang namanye Lembah Anai. Kat sini macam kawasan berkelah kita la. Cuma air terjun die tu sangat cantek dan airnye jernih  dan sangat sejuk hokayy.

Kami pun singgah sekejap untuk ambik gambar. Abah dengan mak aku yang selalu merunggut sakit kaki, lutut tu, masa kat sini boleh jadi sihat wal-afiat ok. Hilang sume sakit lutut sakit kaki tu. Hehehe
Kat sini kita kena naik tangga turun tangga. Boleh tahan jugak tangga die. Abah aku paling ligat. Belum ape2 lagi die dulu dah sampai atas. Hehehe kat sini udaranye dah mula terasa sejuk. Nyaman dan fresh! Best wooo… so kami sempat la jugak snappy sana snappy sini reramai.

Ok cukup setakat itu dulu ye. Nan tie den sambung lagi untuk part yang seterus nye. Sila lah nikmati dulu juadah gambo2 ni dulu ye.. hehehehe ok chaouu bedahhh!!!!!

8 ulasan:

  1. Cepat la sambung stori lagi...

    BalasPadam
  2. hehe... thanks to anonymous ye. sebab sudi singgah ke blog farel yang tak seberapa hado ni. demi mu akan ku hupdatekan juo citer ni k.... thankss...

    BalasPadam
  3. salam, banyak dapat info, boleh bagi no kontek pak supir tu

    BalasPadam
  4. wasalam. alhamdulilah kalau info ni dapat membantu. nanti bagi saya e-mel. saya akan PM kan nombor supirnya. selamat melancong ke Padang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..blh bg sy no supir..

      tq..

      adie_qa@yahoo.com

      Padam

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam
  7. hye....
    boleh email no supir
    i_nadiya@yahoo.com.my

    BalasPadam