Sabtu, 15 Jun 2013

Jalan jalan Hong Kong Day 3 (part 1)

Salam uols... ok malas nak taip panjang-panjang. asal hupdate sudah la ye. hehe.. ok jom kita sambung story jalan-jalan HK untuk hari ke-3 pulak.

ok hari ketiga di kota raya HK ni, macam hari kedua jugak. pepagi lagi aku dah bangun jam 5 hokay. tapi kat sini cepat cerah. rase mcm dah pukul 7 pagi waktu malaysia. solat subuh dulu pastu tu barulah aku siap-siapkan sarapan bujang. milo secawan dan roti cicah dgn tuna. 

ok plan hari ni ialah kami nak ke The Peak, Madam Tussoud dan jalan-jalan sepanjang Victoria Harbour.
seperti semalamnya jugak, hari ni kami get ready keluar dari bilik dalm jam 8.00 pagi. waktu macam tu memang masih tak ramai orang yang keluar dari sarang masing2 ye. so keadaan jalan masih lagi lengang.



untuk ke The Peak kami pilih untuk jalan kaki je dari Mirandor Mansion tu menuju Victoria Harbour. jalan je kaki tak sampai 30 minit pun. sepanjang jalan tu sempat lah jugak snappy sana snappy sini.

rupa-rupanya, dekat kawasan Tsim Sha Tsui tu, banyak kawasan muzium ye. korang leh je jalan kaki. tapi bayarannye tak tahu la brape. katenye ade hari yang free. tapi untuk trip kali ni memang aku tak plan pun nak masuk muzium2 tu. so je jalan je hokay.


ok masa jalan-jalan tu, keadaan cuaca tak berapa elok. asyik mendung dan hujan renyai je. its a little bit gloomy. tapi nak buat macam mana kan. tak kan nak duk terperap je kat bilik. rugi la aku datang jauh2 cam ni. jalan je la labu... bila sampai dekat area hotel Sheraton tu, kami turun ke bawah subline. kat bawah ni banyak juga shopping lots. tapi time macam ni, masih tak banyak yang beroperasi la.


kat bawah ni jugak korang kene alert pada signboard yang menunjukkan arah mana korang nak tuju. kami keluar melalui exit ke Avenue of Stars. Time paling sesuai untuk ambik gambo ye kat tepi Victoria Harbour tu. ye la sebab masih tak ramai orang. Kalau datang Hong Kong ni, katernyer tempat ni wajib datang sebab main point of view untuk Hong Kong ye kawan-kawan!

Keadaan pagi tu yang lembab dengan cuaca yang agak gloomy menyebabkan gambo-gambor yang disnappy tu kurang memuaskan. tapi tak pe asal ade sudeh. kat area ni, ada beberapa tugu dibina untuk melambangkan beberapa aktor dan aktress Hong Kong yang terkenal ye. antaranya Jakie Chan, Anita Mui, Michael Yeoh pun ade gak tau. Sambil2 jalan tu, korang leh la menghirup udara segar dari laut yang memisahkan tanah besar China dengan Pulau Hong Kong. dari sini juga korang boleh ambik gambor berlatar belakangkan pencakar langit Kota Hong Kong. memang cantik dan tak tergambar dengan kata-kata yang korang berada di Hong Kong hokay!. kene tengok sendiri baru feel ye dak!

lepas selesai ambik gambo yang pelbagai aksi kami buat kat situ, kami pun berjalan menuju ke jeti Victoria Harbour untuk ke Pulau Hong Kong. jalan je sampai ke hujung mesti akan jumpe jeti. tapi sebelum sampai jeti, korang akan jumpe bangunan shopping complex dan menara jam tertua di Hong Kong. ape lagi, snappy gambo la dulu. kat sini ramai jugak orang yang lepak santai2 katernyer. ade jugak yang memancing kat tepi2 jeti tu.

dari jeti ni, korang kene ikut laluan yang betul ye. korang just sweap je kad octopus tu. tambangnye aku tak henggat. lebih kurang dalam 2-4 dollar kot. dalam feri tu kitaorang duduk kat deck atas. kerusinye flexible hokay. leh ubah kedudukan untuk korang menikmati view Hong Kong. pagi tu memang tak ramai orang yang naik feri ke Pulau Hong Kong tu. so aku duduk kat tepi untuk ambik gambo. perkhidmatan feri ni memang efisien jugak macam pengangkutan yang lain. cepat dan sentiasa ikut jadualnye. senang kan!

ok dalam 15-20 minit cam tu dah sampai ke jeti seberang iaitu di Pulau Hong Kong. masa kat sini, kami terus ke bus stop yang ade dekat sebelah kanan terminal jeti. kat situ, korang kene tunggu bas ikut sign board yang terpapar kat setiap tiang. sebab bas akan berhenti ambik penumpangnya ikut sign board tu. kami naik bas untuk ke The Peak. nombor nye aku tak ingat. lupe ingatan gitu. yang penting aku dah sampai hokay! hehehe

dalam bas ni korang bleh la tengok telatah orang2 Hong Kong ni sepanjang perjalanan. bas yang kami naik tu memang direct ke The Peak. tempat ni adalah puncak tertinggi untuk tengok view seluruh kota Hong Kong. ada macam2 pilihan pengangkutan korang leh ambik. bagi aku bas paling murah dan berbaloi untuk snappy sana sini.

tapi pagi tu, cuaca kurang memuaskan. naik je bas, hujan pun turun dengan lebatnye. aku berdoa je supaya hujan berhenti bila sampai The Peak. so dalam bas duk diam je la. time tu ade ramai jugak masyarakat Hong Kong ni yang naik bas tu untuk ke The Peak. siap pakai t-shirt sama warna hokay. aku rase diorang ni ade event khas kot kat The Peak. ya Allah! rupa2 nye memang betol sangkaan aku tu. ade event ko! punye la ramai umat Hong Kong kat atas bukit tu hokay. pitamm!!

tak kisah lah. masa sampai tu, alhamdulilah sebab hujan pun beransur reda. so kami turun dari bas dan terus cari pintu masuk ke The Peak. main jalan cam tu je cik jah. ikut je vontot orang cina sana. hehehe
akhirnye jumpe jugak. ikut sign yang ade. mula2 kami masuk ke Madam Tussoud dulu ye. sebab nak naik ke Sky Tarrace tu atas lagi. so sampai pun masih awal dalam jam 10 ke 11 pagi gitu. so masih tak ramai orang. boleh la ambik gambo tanpa perlu rebut2 kan.

kat sini banyak patung2 lilin aktor dan aktress terkenal dunia dan Hong Kong dipamerkan. time ni kemain lagi ye kak yan dan somi serta anak-anak nye tu bergambo. nah layan dulu gambor2 ni.

ok la sampai sini dulu ye. nanti aku sambung lagi. malas nak taip pepanjang. penat jari2 ni taw.
till then wassalam!
 

2 ulasan:

  1. Waktu JM ke sana naper x ada patung pelakon korea tu ehh frust tulll

    Adoyaiii mendung bangat :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke JM? rugi tu.. kene repeat la nampak gaya nyer mcm si John (a.k.a yg femes tu Kaki Berangan) hehe... Anyway best sgt baca blog korang. DF baru je nak mulakan dunia blogging travel2 nih. member pun tak ramai lagik. harap leh jadi geng jalan2 korang eh? huhu... TQ ye JM...

      Padam