macam biasa, disebabkan waktu di HK sama je ngan Malaysia, jadi aku pun takde la nak susah2 tukar masenye kat jam. dan secara automatiknya jugak, jam 5.30 pagi, alarm clock handphone aku pun berbunyik la. sebab tu time aku bangun untuk siap2 gi keje hari-hari. kat sini lupe plak nak offkan, tapi mmg kalau tak bunyik pun, aku tetap akan bangun. tapi bangun je masa tu, langit dah mula cerah macam jam 7.00 pagi kat Malaysia. hah! pitammm.... solat subuh nyer idak lagik. bergegas ler aku amik wudhuk dan solat subuh. biasa kalau travel mmg aku dah siap beberapa alatan khas untuk travel macam kompas arah kiblat, ubat2, universal plug dan macam-macam lagi barang yg patut dibawa ye.
disebabkan ruang untuk solat dalam bilik yang cinonet tu, aku solat atas katil sajork. sbb katil kat bilik aku tu, aku combine, bagi ruang yang besar untuk aku beradu ye. hehehe...
selesai solat, aku bancuh milo secawan dan maggi cup serta berkeping-keping roti gardenia yang disapu dengan tuna pedas ayam brand taw. gitu... very the details hokay.. hehehe... bukan ape, supaya perut tak meragam kalau cukup makan dan kenyang untuk dibakar jadi bekalan tenaga bagi perjalanan yang akan ditempuh sepanjang hari kedua di bumi HK ni. itenerary hari kedua, kami akan habiskan the whole day dekat Taman Tema Disney Land Hong Kong hokay!
Memang Disney Land HK ni merupakan main destination kami ke HK untuk kali ini. ye la, pergi pun bawak anak2 khen.... selesai sarapan, aku mandi dan siap2 barang-barang yang perlu dibawa dalam beg, kira2 dalam pukul 7.30 pagi gitu, kami dah siap dan ready untuk keluar dari bilik. masa tu keluar dari guest house tengok kat luar Mirandor Mansion dan jalan raya masih lengang. takde orang yang kuar untuk mulakan aktiviti pada hari tu. so time ni ambik kesempatan untuk snappy gambo macam kat bawah ni. hehehe
cam biasa, perjalan ke Disney Land tetap dengan MTR. senang je. kalau korang follow route map die, sure tak sesat. dari stesen Tsim Sha Tsui, korang kene turun dekat stesen Lai King. Lepas tu tukar MTR ke stesen Sunny Bay untuk sampai ke Disney Land HK.
train ke Disney Land ni agak special taw. sebab semuanya ikut tema Disney taw. nah korang tengok sendiri la ye gambonyer ni.
Sampai je kat Disney Land dalam pukul 8.45 pagi. time ni masih belum ramai umat manusia lagi. so peluang untuk snappy ler ape lagik.
Gate open pukul 10 pagi. untuk makluman korang, aku siap beli tiket masuk ke Disney Land ni dari Agen Pelancongan di Kuala Lumpur, siap beli untuk masuk Madame Tusoud ngan The Peak pada hari ketiga taw. Harga die lagi murah kalau beli kat kaunter. so kalau ade siapa2 nak beli tiket ke Disney Land HK, boleh la rojer aku, nanti aku kasik details agen tu. senang je khenn...
masa ni, langit mendung je. risau gak aku, tapi aku dah prepare bawak payung siap2. tapi harapan aku tak dikecewakan sebab awan mendung tu dah beransur cerah. dan dapat ler kami enjoy main permainan kat dalam tu. bagi yang bawak anak pinak kecik2 tu, kalau korang nak sewa stroler boleh dapatkan kat sini.
bagi yang nak mintak bantuan BRIM , upss silap, bantuan kecemasan ke atau nak tanye info ker atau bagi yang muslim, kalau nak solat, boleh pergi sini. bagi tau kat kaunter. diorang akan bagi korang tumpang solat kat bilik VVIP dalam bangunan tu.
dan kalau korang punyer kamera dah habis bateri dan perlu nak cas semula, pun boley mintak tolong kat sini. cuma korang kene isi form dan bagi salinan nombor passport korang. yang penting FREE ye. bagus khenn.. ok yang lain-lain korang leh enjoy, kat taman-taman yang ikut tema die. yang penting korang jangan lupe dapatkan jadual show2 penting dan event yang berbeza2 ikut musim nyer.
kalau ke Disney Land, mestilah tak sah kalau tak ambik gambo dengan Mickey Mouse dan kawan2 die khen. itu perkara wajib yer. kalau tak, mcm tak lengkap la jalan2 korang tu ke Disney Land. so kami memang plan awal2 untuk snappy gambo dulu dengan karater2 tu. sebab kene beratur panjang hokay. ye la ramai kan umat manusia yang datang sini dari macam2 bangsa tau. time aku datang tu, ramainyer orang filipina. ye la kenal dari perbualan tagalog diorang tu.
lepas tugasan snappy dgn icon2 tu beres yang dekat2 pukul 12 tau, baru la kami gi cari makan pulak. kat dalam Disney Land ni, satu2 nyer tempat makanan halal ialah di sini.
so silalah makan yer. kalau tak, mesti korang pitammm hokay!. tapi harga makanan yang dijual tu juga boley tahan pitamm nyer. tapi sila la jgn convert ke ringgit yer. nasib baik makanan nyer sedap. so berbaloi la makan kat sini.
disebabkan aku memang nak cari merchandise Disney, sebelah je ngan Tahitian ni, ade shop yang jual merchandise, so tak nak ambik risiko sebab lepas dah mula enjoy jalan kang, lupe plak nak beli khen. so better aku beli siap2. so aku beli khas untuk aku ngan famili jer kat sini. utk kawan2 beli kat luar jer. sebab sini harganya mahal. so aku grab t-shirt disney ngan mug untuk aku letak pensel kat opis, plus bantal chip munk utk aku letak dalam kete. dan sepasang mickey dan mini mouse untuk anak2 buah aku tu. sweet khenn..lepas tu kami patah balik ke bangunan ni utk solat.
selesai semua, baru enjoy main. so korang layan la dulu gambo2 yang diambil sepanjang kat dalam Disney Land. aku jalan tak henggat punyer sampai tak tau letih. kitaorang mmg cadang untuk balik selepas pertunjukkan bunga api jam 9.00 malam. pastu baru Disney Land akan tutup pintu die hokay. so selagi boleh jalan, ape lagi, aku jalan je. petang tu, kak yan n familinyer dah tak larat. so aku ckp aku nak jalan sorg. nanti mlm jumpa balik kat depan bangunan yg aku cakap tu.
Selesai semua, kami pun balik ke bilik, mandi, solat dan minum milo secawan. pastu terus membongkang. tak henggat punyer. dah balik baru terasa kaki mcm nak tercabut. hahaha... ok la end of day 2. nanti aku sambung lagi untuk story hari ketiga pulak ye. till then. wassalam.


