Hi uolss... rase macam malu je nak ucapkan ucapan tahun baru 2013 ni.... hehehe
yelah kan tahun lepas pun aku wish mcm ni jugak kan.. tapi.... nan hado hupdatenye khennn...hehehe
anyway untuk tahun 2013 ni. aku berazam akan hupdate blog ni balik ye. atleast takde la mcm tahun lepas. hehehe....
ok la uolss.. pembuka tirai tahun baru ni, iolss dah fly ngan mak abah dan family kakak angkat iolss ke kota sumbar a.k.a sumatera barat indonesia. kota padang dan bukit tinggi. pengalaman pertama iolss ke luar negara dengan membawa abah ngan mak. alhamdulilah sangat sebab impian iolss nak bawak mak abah tercapai jugak ye... lagi pun ni sebagai hadiah meraikan abah yang dah bersara secara rasminye pada 31 Dis 2012. teruja jugak sebenarnye abah ngan mak jenjalan jauh cenggini. hehehe... ye la ni first time diorang naik flight. maunyer x syok. alhamdulilah jugak sebab semuanye telah selamat dan overall perjalanan kami ke padang-bukittinggi memang sangat best!! nanti iolss akan ceritakan pengalaman weolss ke sana ye.
skang mood tengah fefeeling duk asyik wat my first photobook. hasil tangkapan gambo-gambo weolss sepanjang bercuti di padang-bukittinggi. kalau santek boleh la buat plak untuk trip2 iolss yg dulu2 tu.. and yang akan datang! hehehe... tunggu ye...
tapi perjalanan hidup iolss sekarang ni sangat bahagia je rase. kerja pun best dan iolss sgt2 syukur sbb akhirnya dapat juga kerja tetap. alhamdulilah. azam utk keje rerajin dan naik pangkat cecepat. so harapan utk tahun 2013 ni ialah untuk dapat lebih banyak peluang meningkatkan mutu dan kualiti keje dan dapat melancong sana sini lagi ye!!! hehehe....
ok cukup ler ye untuk entry mukadimah tahun 2013 ni ye!!!. ok chao bedahhh!!!!
Ahad, 13 Januari 2013
Sabtu, 29 Disember 2012
Salam Hujung Minggu di Hujung Tahun 2012
Salam uolss... erm... diam tak diam, dah sampai ke penghujung tahun 2012 sudeh... tapi blog i ni baru entry ke-3 katernyer. ni sume disebabkan angan2 dan semangat yang berkobar-kobar di awal tahun je nak hupdate blog. hehehe....
apa2 pun. banyak sangat kisah suka dan duka yang aku lalui sepanjang tahun ini. dan yang paling bermakna hidup aku semakin berubah setelah dapat kerja tetap seperti yang diimpikan selama ni. alhamdulilah sangat. harap2 aku akan dapat menabur bakti pada negara. cewahhh!!! ayat khennn...
ok2... tetiba pagi sabtu cam gini mood nak nulih blog datang plak. tapi tak tau nak tulis ape? cite pasal jalan2 vietnam hari tu pun belom abih lagi. tapi takpe aku akan sambung lagi entry tu di lain masa pada tahun depan ye... hehehe
apa2 pun just nak wish korang sume.. selamat tahun baru 2013. semoga rezeki kita dilipat kali gandakan pada tahun depan.. so boleh la jalan2 sana sini lagi..
by the way, next week i'm gonna fly again to somewhere around Sumatera!!! bye uolsss...
tetiba je post gambo besday kek i masa sambut ngan family i awal tahun 2012. ermmm... tu menunjukkan dah lame aku tak hupdate blog ni khen... dah nak basi siap berkulat suda blog ni khenn... so tahun depan azam aku akan jadi lebih rajin yek!! muahhh uolsss....
apa2 pun. banyak sangat kisah suka dan duka yang aku lalui sepanjang tahun ini. dan yang paling bermakna hidup aku semakin berubah setelah dapat kerja tetap seperti yang diimpikan selama ni. alhamdulilah sangat. harap2 aku akan dapat menabur bakti pada negara. cewahhh!!! ayat khennn...
ok2... tetiba pagi sabtu cam gini mood nak nulih blog datang plak. tapi tak tau nak tulis ape? cite pasal jalan2 vietnam hari tu pun belom abih lagi. tapi takpe aku akan sambung lagi entry tu di lain masa pada tahun depan ye... hehehe
apa2 pun just nak wish korang sume.. selamat tahun baru 2013. semoga rezeki kita dilipat kali gandakan pada tahun depan.. so boleh la jalan2 sana sini lagi..
by the way, next week i'm gonna fly again to somewhere around Sumatera!!! bye uolsss...
tetiba je post gambo besday kek i masa sambut ngan family i awal tahun 2012. ermmm... tu menunjukkan dah lame aku tak hupdate blog ni khen... dah nak basi siap berkulat suda blog ni khenn... so tahun depan azam aku akan jadi lebih rajin yek!! muahhh uolsss....
Isnin, 17 Disember 2012
Jom Jalan Ho Chi Minh City 2012!
Salam uolss!! hampeh sangat aku skang ni khenn... janji bagai nak rak awal tahun dulu... last2 tak hupdate2 gak blog aku yang dah bersawang bagai nih...ini sume gara2 aku diserang sindrom kemalasan tahap gaban dah. hehehe.
anyway aku tetap gak blogwalking ke blog2 kawan2 len. sbb suke bace citer diorg. expecially blog yang travel sana sini. ambik mood katernyer... ok lah sebagai mengisi entry kedua aku sepanjang tahun 2012 ni.. aku persembahkan storey morey aku jalan-jalan ke vietnam bulan oktober yang lepas bersama ahli rombongan cik kiah, jenab, senah dan lain-lain lagi uolss...
so bagi korang yang akan ke ho chi minh boleh la kot jadikan panduan kot-kot kalau perlukan info yang tak seberapa nih.. ape2 pun ayat2 yang aku gune selepas ni agak skema sket. hehehe.... ape2 pun jom layannn!!! (p/s: entry kali ni agak panjang. kado katernyer... tapi kalau korang alergik baca karangan zaman sekolah menengah dulu harap tak yah la teruskan ye. sebab nanti korang akan muntah ijo!)
Dengan kepadatan penduduk seramai lima juta orang,
Negara yang baru mengejar arus pembangunan seiring dengan Negara-negara
rakannya yang lain, Vietnam sedang berusaha gigih membangunkan ekonominya
khususnya dalam sektor pelancongan. Dengan keluasan …. Km2, wilayah
selatan Vietnam, yang dahulunya lebih dikenali sebagai Saigon kini telah
membuka luas pintunya untuk para tetamu yang datang berkunjung ke Bandar raya
ini dengan pelbagai sajian aktiviti dan tarikannya budayanya yang tersendiri
selain daripada pemandangan alam semulajadinya. Kota yang baru bebas daripada
belenggu kekejaman penjajahan Amerika ini, telah diberikan nafas baru dengan
nama Bandar Raya Ho Chi Minh. Yang telah mengambil nama tokoh pejuang
kemerdekaan Negara Indochina ini iaitu ….Ho Chi Minh.
Dengan kepadatan penduduk seramai …. Orang, kerajaan Negara ini sedang merangka pelbagai usaha pembangunan untuk membolehkan negara dan bangsa Vietnam berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara rakan aseannya yang lain. Bandar Ho chi Minh, lebih terkenal dalam kalangan pelancong asing khususnya dari Malaysia. Kota ini ibarat “syurga” membeli belah buat kaum hawa khususnya dari Malaysia kerana pelbagai fabrik berkualiti dengan pelbagai corak dan jenis yang boleh diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di tanah air mahupun di Kota Bandung, Indonesia. Maka tidak hairanlah sekiranya para peniaga di sini pandai berbahasa melayu sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian warga Malaysia yang datang membeli belah di sini. Anda akan di sapa oleh mereka dengan “ kakak mari singgah, kain murah” atau mungkin juga “abang mai singgah kain murah” dan sebagainya lagi. Gelagat ini mungkin membuatkan anda akan berasa seperti berada di tanah air sendiri.
Dengan kepadatan penduduk seramai …. Orang, kerajaan Negara ini sedang merangka pelbagai usaha pembangunan untuk membolehkan negara dan bangsa Vietnam berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara rakan aseannya yang lain. Bandar Ho chi Minh, lebih terkenal dalam kalangan pelancong asing khususnya dari Malaysia. Kota ini ibarat “syurga” membeli belah buat kaum hawa khususnya dari Malaysia kerana pelbagai fabrik berkualiti dengan pelbagai corak dan jenis yang boleh diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di tanah air mahupun di Kota Bandung, Indonesia. Maka tidak hairanlah sekiranya para peniaga di sini pandai berbahasa melayu sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian warga Malaysia yang datang membeli belah di sini. Anda akan di sapa oleh mereka dengan “ kakak mari singgah, kain murah” atau mungkin juga “abang mai singgah kain murah” dan sebagainya lagi. Gelagat ini mungkin membuatkan anda akan berasa seperti berada di tanah air sendiri.
Lawatan penulis baru-baru ini sempat merakamkan sedikit catatan pendek yang mungkin dapat dikongsikan bersama untuk dijadikan panduan buat mereka yang mungkin pertama kali akan menjejakkan kaki ke Bandar raya Ho chi Minh. Penerbangan tambang murah Air Asia membolehkan sesiapa sahaja mampu untuk mengembara ke negara asing ini telah selamat berlepas dari Lapangan terbang LCCT pada jam 7.40 malam. Lawatan kami yang terdiri daripada 12 orang dewasa dan empat orang kanak-kanak bawah lima tahun ini merupakan suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana percutian kami ini adalah tidak melalui sebarang pakej atau agen. Ini merupakan suatu cabaran buat penulis yang telah ditugaskan untuk menjadi ketua rombongan. Namun, berkat kerjasama semua ahli rombongan yang sentiasa menepati masa dan bertolak ansur, maka perjalanan kami dapat berjalan dengan lancar. Pesawat AK885 yang berlepas tanpa sebarang kelewatan jadual penerbangan, telah berlepas dengan diiringi hujan renyai pada malam tersebut. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bandar raya Ho Chi Minh hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Disebabkan penerbangan kami adalah pada waktu malam, maka pemandangan dari atas pesawat tidak dapat dirakamkan penulis dengan foto yang menarik. Namun, ketika pesawat hampir mendarat di Bandar raya kedua terbesar di Vietnam ini, penulis masih sempat untuk merakamkan beberapa sudut pandangannya menerusi lensa kameranya untuk dijadikan kenangan.
Setibanya pesawat di lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, kami telah selamat melepasi urusan kastam mengikut undang-undang imigrasi negara Vietnam. Selesai semua urusan di kaunter kastam, kami berkumpul untuk mengambil khidmat teksi untuk menuju ke hotel yang telah kami tempah sejak dari awal melalui atas talian. Urusan menjadi lebih mudah hanya di hujung jari sahaja. Beberapa bulan sebelum berlepas, penulis dan rakan-rakan rombongan yang lain telah membuat pembacaan mengenai bandara raya ini bagi membolehkan kami mendapatkan gambaran suasana di sini. Di ho chi minh, komunikasi merupakan antara masalah utama yang mungkin akan anda hadapi. Ini disebabkan oleh kebanyakan masyarakat di sini kurang mahir berbahasa inggeris. Di ho chi minh, sekiranya anda memerlukan perkhidmatan teksi, gunalah perkhidmatan daripada syarikat Vinasun yang akan menggunakan meter. Sekiranya anda mengambil teksi daripada orang perseorangan lain, kemungkinan besar anda akan ditipu bulat-bulat oleh mereka dengan kadar bayaran yang tinggi. Tambang dari lapangan terbang ke hotel kami yang terletak kira-kira …. Atau 30 minit perjalanan hanya sekitar RM15 atau 150000 Vietnam Dong (VND).
Satu keunikan Bandar Raya Ho Chi Minh ialah panorama lalu-lintas di jalan rayanya yang akan membuatkan anda kecut perut kerana anda terpaksa menempuhi kesesakan lautan penunggang motosikal yang datangnya dari pelbagai arah tanpa henti. Namun, sekali sekala pengalaman ini akan membuatkan anda akan berasa geli hati dengan gelagat masyarakat di sini. Akhirnya, rombongan kami telah selamat tiba dan daftar masuk di hotel Sen Saigon kira-kira jam 10.00 malam. Kadar hotel ini amat murah dengan harga RM115 untuk 4 hari 3 malam. Akibat kepenatan menempuhi perjalanan yang jauh, maka malam itu, kami mengambil keputusan untuk berehat dan tidur sahaja di hotel bagi mengumpulkan semula tenaga untuk aktiviti “memborong” pada keesokan harinya.
Perbezaan waktu di Ho chi Minh adalah satu jam lewat berbanding di Malaysia. Cuaca di sini adalah sama seperti Malaysia. Maka, tiada masalah besar sekiranya anda berkunjung ke sini. Aktiviti keesokan paginya Jumaat, 12 Oktober 2012 ialah membeli belah. Seawal jam 6 pagi lagi kami telah bangun membersihkan diri dan solat subuh sebelum bersiap-siap untuk meneroka deretan kedai yang menanti-nanti kumpulan kami nanti. Satu perkara yang perlu anda ingat jika melancong ke sini ialah sarapan pagi bagi sesetengah hotel tidak disediakan. Jika ada sekali pun, makanan yang disajikan itu tidak halal. Maka, hasil pembacaan beberapa blog sebelum ini sangat membantu kumpulan kami. Masing-masing telah membawa sedikit bekalan makanan mee segera, milo, roti dan sambal ikan bilis untuk bekalan kami di sini sepanjang 4 hari 3 malam. Tambahan pula, harga makanan halal di sini agak mahal berbanding di Malaysia. Ini disebabkan kesukaran pengusaha makanan halal di sini sukar mendapatkan bekalan daging dan ayam yang halal dari kawasan Ho Chi Minh. Di sini juga, sajian makanan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai mahupun sambal belacan masih boleh anda temui di beberapa restoran. Ramai kalangan warga Malaysia yang telah membuka perniagaan makanan ini di sini bagi memudahkan kunjungan warga Malaysia yang lain. Antara restoran yang terkenal dalam kalangan pengunjung Malaysia ialah seperti VN halal, Halal @ Saigon, serai, Hajah Basiroh dan lain-lain lagi. Nasi di sini tidak sama seperti nasi di tanah air. Ini kerana tekstur dan rasanya agak berkanji dan kelihatan seperti pulut.
Selesai sarapan, kami berkumpul di lobi hotel. Tepat jam 8 pagi, kami berjalan kaki beramai-ramai menuju ke pasar ben tanh yang merupakan tempat wajib untuk dikunjungi oleh para pelancong yang datang ke bandara raya ini. Di sinilah pusat membeli belah yang terkenal dalam kalangan pelancong selain terdapat satu lagi pasar bin tay yang terletak sedikit jauh dari ben tanh. Perjalanan kira-kira hampir 15 minit tidak terasa kerana kami sempat mengambil beberapa gambar bersama berlatar belakangkan pemandangan kesesakan lalu lintas ho chi minh. Panorama di pasar ben tanh ini sama sahaja di pasar besar siti khadijah di Kota Bharu Kelantan atau mungkin sperti di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Cuma di sini, suasananya lebih luas sedikit dengan pembahagian kawasan jualan barangan yang terdiri daripada barangan kraf tangan hinggalah kepada barangan basah seperti ikan, sayur dan sebagainya.
Setibanya di pasar ben tanh, kami telah berpecah
kepada dua kumpulan. Ini bagi memudahkan pergerakan dan untuk mengelak daripada
dikenakan harga yang tinggi oleh peniaga barangan apabila kami datang dalam
kumpulan yang ramai.
Satu tip untuk anda ketika memborong barangan yang
anda berkenan ialah Tanya dahulu harga barangan yang ingin anda beli itu.
Kemudian tawarlah sehingga separuh daripada harga yang anda dapat tadi. Jika
peniaga tersebut tidak bersetuju, anda teruskan sahaja ke kedai seterusnya.
Jangan terkejut, beberapa saat kemudian pasti anda akan dipanggil balik oleh
peniaga tersebut dan diskaun yang lebih baik pasti akan ditawarkan olehnya
untuk anda. Pokoknya, petua ketika membeli belah di sini, anda perlu pandai
tawar-menawar. Pasti kunjungan anda tidak akan pulang dengan bagasi yang
kosong.
Setelah penat berjalan, tawar-menawar dan menjinjing barang-barang yang diborong tadi, kami telah berkumpul semula di depan kawasan pasar ben tanh semula. Sambil menunggu ahli rombongan yang lain tiba, sempat juga saya mengambil gambar tugu yang terletak di bulatan yang berhadapan dengan pasar ben tanh ini.
Perut yang sudah berbunyi menandakan waktu untuk mengisi perut membuatkan kami semua sepakat untuk mencari restoran makanan halal yang berdekatan dengan pasar ini. Menurut salah seorang daripada pengunjung muslim yang kami temui ketika membeli belah tadi, terdapat sebuah restoran makanan halal Malaysia yang baru sahaja beroperasi di sini. Lokasinya tidak lah begitu jauh. Hanya 5 minit berjalan. Restoran yang diberi nama “serai” ini merupakan restoran milik rakyat Malaysia yang telah berkhidmat di sini. Ketika kunjungan kami, restoran baru ini telah membuat promosi diskaun bagi menarik pelanggan khususnya pelacong dari Malaysia sendiri. Namun, satu kelemahannya ialah makanan yang anda tempah akan disajikan dalam tempoh yang agak lama.
ok lah uolss setakat itu dulu. sakit jari-jari i nih taip panjang2 cengginih.. nanti aku sambung lagi untuk part 2. sori la gambo sebenornye banyak. tapi malas nak letak. cukup ler yang ini dulu ye.
ok chaou bedahhhhhh!!!!
Sabtu, 18 Februari 2012
Isnin, 5 Disember 2011
Macam-Macam Brunei !
Salam Semua...lama sungguh aku x hupdate blog nie.. bukan pe.. virus malas sedang melanda... ditambah pulak dengan macam-macam keadaan yang terjadik... erm... lamakan rasenye aku x nulis entry baru sejak dari citer aku bercuti di Sandakan hari tu khen....
ok la.. ni yang wat aku nak citer macam-macam kat korang... citer pasal percutian aku kat sandakan tu nanti aku citer dihari dan masa yang sesuai ye..
memula aku nak story morey kat korang pasal perjalanan aku di Miri dan Brunei baru-baru nie...
aku ni khenn memang jenis yang suke jalan-jalan makan angin sana-sini..... bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.. memang dah lama aku teringin nak ke Brunei.. tapi x berkesempatan. Tapi kali ni aku pasti yang aku takan lepaskan peluang ni sebab aku ada urusan kerja di Bandaraya Miri. Jadi dah alang-alang sampai berjalan ke Miri apalah salahnye kalau lajak ke Brunei skali ye tak? hehehe... sbb kat miri ni dah dekat sangat kalau nak ke Brunei melalui jalan darat.
Trip aku ke Brunei ni pun sebab kebetulan aku punye junior sekolah keje kat miri dan sorang lagi member masa kat u dulu memang orang miri. diorg ni sume engineer syarikat minyak. maklumlah miri dan brunei kan lubuk minyak asia tenggara khenn.... dan kebetulannya jugak diorg nak berjalan ke brunei ni semata-mata nak tengok wayang "Ombak Rindu" je taw... jauh sungguh merantau nak tengok filem negara sendiri plak tu... hehehe..
kebetulannya jugak time tu aku dah mintak izin bos nak berjalan ke brunei dengan kengkawan aku ni sepanjang hari. bos cakap ok sebab time tu aku xde program keje. so memang free... ape lagi khennn... yahooo... tercapai jugak hasrat hati inew nak menjejak kan kaki ke brunei......
Jadi keesokan paginye aku punyalah excited siap bangun awal siap-siap sume bagai takut tertinggal benda-benda penting macam kamera, duit, tepon dan yang paling penting PASSPORT. hehe...maklumlah nak ke luar negara khenn....katernye...
so member aku datang jemput kat hotel pagi tu. pastu kami terus gi minum pagi dekat restoran berdekatan jalan nak ke brunei tu.. nama restoran tu aku tak henggat ler... tapi yang penting pepagi lagi diorang dah melantak nasik Lalapan. erm... kalau korang nak tau, nasik lalapan ni memang femes ah kat miri ni kalau datang miri mesti mau cubak nasik ni taw... rupenye macam nasik ayam penyet je kat KL..
aku pulak bedal mee kolok miri... slalu aku try mee kolok khucing, tapi kali ni nak jugak try mee kolok miri.. erm... rase die ok jugak... tapi sedap lagi yang di khucing dulu....
pas habis melantak dalam 20 minit cam gituh.. kitorg pun cecepat gerak ke kereta dan menuju ke Negara Brunei Darussalam melalu pintu masuk kastam Sungai Tujoh-Kuala Belait.
sampai kat sana, memacam yang kitaorg kene isi. maklumlah khen naik kete dari Malaysia, so kene la ikut peraturan negara orang. so kene la isi dulu borang bagai.
lepas tu barulah kami dibenarkan melepasi pintu kastam Malaysia-Brunei... kebetulan perjalan pagi tu memang sejuk sebab cuaca sedikit mendung dan berangin. so tak la berpeluh sepanjang perjalanan. sepanjang perjalanan sempat jugak lah aku duk snap2 gambar kiri dan kanan di sepanjang jalan Brunei ni.. so ni je lah yang mampu aku uploadkan utk dikongsi bersama. maklum lah percutian yang tidak dirancang bersama. hanya kebetulan semata-mata..
sampai kat brunei, kami sesat mencari bangunan shopping kompeks tempat member2 aku ni nak tgk wayang tu. nama tempat tu kalau tak salah The Mall dekat ngan pekan Dagong kot rasenye la... pusing punya pusing dengan signboard kat Brunei ni memang pusing kepala dibuatnye... maklumlah kami kan pelancong dari luar.. so kene la ikut cara orang kat Brunei ni.. akhirnye sampai jugak ke tempat yang dituju. dan kami terus menuju ke pawagam nak beli tiket tanyangan nye yang dijadual pada jam 2 ptg. bukan ape.. kalau dapat tiket lambat, jawab nye terpaksa lerr bermalam dibrunei.. sebab kompleks kastam akan tutup jam 9 malam.
alhamdulilah dapat jugak kami beli tiket tu dan terus je masuk ke hall. tengok filem ombak rindu di brunei... erm... sounds carzy huh! but its my best memory have been here in Brunei.... orang Brunei ni mmg mengutamakan ciri-ciri kemelayuan taw. so diorang akan support filem-filem melayu berbanding filem-filem barat. kalau korang perasan pun kebanyakan tulisan signboard premis perniagaan diorg mesti ada tulisan jawi. memang kagum dengan semangat kemelayuan diorang nih... Hidup Melayu!
habis wayang jam 4 ptg cam gitu.. so kami terus gegas cari surau solat dulu sebelum round sepam dua kat sekitar kompleks ni. sempat jugak la aku beli cenderahati (fridge magnet) aku ni memang penggumpul fridge magnet dan key chain.. utk dibuat tanda kenangan bila balik ke KL nanti.. hehe..
dalam perjalanan balik pulak member aku yang lagi sorang ni duk citer pasal shushi yang paling femes kat Brunei ni terletak kat Seria sebuah daerah di Brunei ni.. so kami pun terus menuju ke sana sebab mmg kami akan melalui kawasan Seria dalam perjalanan balik nanti sebelum tiba di kompleks kastam. so cari punya cari dalam kegelapan malam di brunei ni sekitar jam 6.30 petang camgituh, dan diiringi oleh hujan yang agak lebat.. akhirnye kami berjaya jugak sampai ke Escapade Shushi tu.. erm... sikit punya ramai manusia dalam restoran tu duk melantak shushi kat situ.. dalam hati aku " erm.... sure sedap sangat ke shushi kat sini" sampai kan orang Bintulu Sarawak pun sanggup ke Brunei semata-mata nak melantak shushi ni..? ok ape2 pun layan je lah...
so kami pun order je la ikut set sebab nak cepat dan memang dah lapar sangat taw.. seharian dalam kete je khennn... akhirnya sampai jugak hidangan jepun yang kami pesan tadi... dan ape lagi... bagaikan piranan la kami melahap shushi-shushi tu.....erm....memang sedap dan sangat LAIN rasenye dengan shushi KING kat KL tu.. even saiznye jugak gemok2 taw.. kenyang sangat kalau makan 3-4 ketul...
kalau ada rezeki lagi pasti aku akan datang lahi ke sini... dan kami tapau separuh sebab dah sangat kenyang. kos untuk 4 set hidangan yang kami pesan tu cume B$78.00 je... ok la tu khennn....
pastu kami menuju ke kereta dan terus chau bedahhh... balik Malaysia la... aku dalam kete x sedarkan diri dah membuta la sebab perut dah kenyang, sejuk plak tu kat luar hujan lebat dan diulit oleh aircornd kete plak tu.. sah-sah aku ""ZZZzzzzZZZZ""" tau-tau dah sampai depan lobi hotel... hehehe... so pengalaman percutian ekspress aku ke Brunei yang sememangnye macam-macam!
so ni beberapa snappy yang sempat aku ambik utk dikongsikan bersama korang! hehehe.....
Rabu, 3 Ogos 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. hai semua.. lama dah aku x hupdate khenn..sori ler kawan-kawan.. bukan per buzy sesangat ler...kaedah sangat khenn..mengalahkan kak tam.. tapi ade ler juga aku mendapat request dari silence reader Dunia Farel yang suh aku hupadate. (tetibe fefeeling fofular) gituu ye kak tam.. so sempena bulan suchee seri murni inew setelah melalui pemeringkatan 2 kali..maka aku pun terpanggil untuk menghupdate blog yg tak seberapa inew...hehehe...(perlu ker kak liana) nie ler silence reader aku tuh....hehehe (femes jap promote akak taw)
So di bulan yang penuh barokah inew, maka aku nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puase kepada semua kengkawan yang berpuase ye..(ade gak member aku yg cino, indio pun puase taw...kelessss) ini lah semangat 1 Malaysia..tapi bagi korang yang muslim dan muslimat... puase jangan tak puase ye... puase dari segala benda ye.. aku pun ngaku jugak ler yang aku banyak buat dosa...ye la.. so dibulan Romadon ni ler kita nak tebus balik dosa-dosa yang pernah dibuat dulu waktu kita x sedor kediri...melalak sana...melalak sini dan sinun...(tetiba fefeeling Tanyalah Ustaz gitooo khennn).
Jadi harap korang semua menjadikan puase di Romadon kali ni Romadon yang terbaik dari Romadon yang lepas. Tapi yang best nyer jugak bile tibe je bulan inew...banyak ler Bazaar Romadon kat sana sini (cam tajuk lagu siti situ sana sini jeh) bukak.. banyak juadah dan anak-anak ikan (upss silap) ikan-ikan bakor, kuih-muih dan memacam makan yang pelik-pelik muncul secara tibe-tibe dan dijual bersepah-sepah di sana sini taw...
Tapi aku puase kali ni masak je sendiri... save duit nak buat blanje raya.. aku tak la kayo cam kak tam yang ader printer boleh print depan blakang skali itew...hehehe (matilah di cekik kak tam)... so the point is korang pepandai ler berbelanja..jgn sampai membazir... kesian nanti hujung bulan makan pasir je la korang... kalo membazir... ingat ye..membazir itu alam syaiton nirrojim...so kalau ko menggamalkan kesederhanaan itu lebih baik dan akan menjadikan kehidupan korang lebih bahagia dan diberkati. Bukak posa nanti makan ler kurma mesti korang akan tercakap "manisnye kurma ineww....!" dengan penuh perasaan taw....hehehe
oklah uolss...salam Romadon!
So di bulan yang penuh barokah inew, maka aku nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puase kepada semua kengkawan yang berpuase ye..(ade gak member aku yg cino, indio pun puase taw...kelessss) ini lah semangat 1 Malaysia..tapi bagi korang yang muslim dan muslimat... puase jangan tak puase ye... puase dari segala benda ye.. aku pun ngaku jugak ler yang aku banyak buat dosa...ye la.. so dibulan Romadon ni ler kita nak tebus balik dosa-dosa yang pernah dibuat dulu waktu kita x sedor kediri...melalak sana...melalak sini dan sinun...(tetiba fefeeling Tanyalah Ustaz gitooo khennn).
Jadi harap korang semua menjadikan puase di Romadon kali ni Romadon yang terbaik dari Romadon yang lepas. Tapi yang best nyer jugak bile tibe je bulan inew...banyak ler Bazaar Romadon kat sana sini (cam tajuk lagu siti situ sana sini jeh) bukak.. banyak juadah dan anak-anak ikan (upss silap) ikan-ikan bakor, kuih-muih dan memacam makan yang pelik-pelik muncul secara tibe-tibe dan dijual bersepah-sepah di sana sini taw...
Tapi aku puase kali ni masak je sendiri... save duit nak buat blanje raya.. aku tak la kayo cam kak tam yang ader printer boleh print depan blakang skali itew...hehehe (matilah di cekik kak tam)... so the point is korang pepandai ler berbelanja..jgn sampai membazir... kesian nanti hujung bulan makan pasir je la korang... kalo membazir... ingat ye..membazir itu alam syaiton nirrojim...so kalau ko menggamalkan kesederhanaan itu lebih baik dan akan menjadikan kehidupan korang lebih bahagia dan diberkati. Bukak posa nanti makan ler kurma mesti korang akan tercakap "manisnye kurma ineww....!" dengan penuh perasaan taw....hehehe
oklah uolss...salam Romadon!
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)












