Sunday, December 29, 2013

Keindahan Pulau Sabang Aceh (Day 2 Part 3)

Assalamualaikum semua! Ok bersua kembali dalam entri yang cuba dipantas-pantaskan sedikit daripada entri yang lepas (Boleh klik SINI  untuk mereka yang belum ikuti kisah sebelum ini). Ye la tak nak pulak dikatakan mungkir janji khenn. ye la cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan melangkah ke tahun Baharu 2014. Makanya juga, bermulalah travelog edisi baharu untuk tahun depan. huhu... gituu

Entri kali ini juga dipercepatkan dek kerana kengkawan blog iols yang tak seberapa ini telah gigih memberi semangat untuk meneruskan penulisan ini. kredit khusus untuk pengomen tegar iols (Kak JM dengan blognyer INI, Pak Lang Mie dengan blognye INI, dan Pengomen baharu Sobri Yaacob dengan blognyer INI). thanks uols! sayang kamu ketat-ketat hokay! hehehe....

Ok moh sambung story ni, selepas selesai sesi bersnappy sana sini sinun di bunker jepang, lebih kurang dalam pukul 3.30 petang, perut memasing dah mula menyanyi lagu keroncong. muka memasing pun dah nak hampir rentung dek kerana panas dipanggang mentari bumi sabang. gituuu ayatnyer... huhu. Kami meminta abg Har untuk membawa kami ke tempat yang boleh berehat makan tengahari dan petang sambil menikmati keindahan bumi sabang. Tanpa membuang masa, kami terus dibawa ke Pantai Sumur Tiga. Dalam perjalanan ke sana, kami melalui beberapa kawasan kampung dan juga kawasan kem tentera yang ada di sini. Untuk makluman korang, di pulau Sabang ini juga terdapat sebuah landasan kapal terbang tau! tapi landasan ini hanya untuk kegunaan kapal terbang foker tentera sahaja. perjalanan dari Bunker Jepang ke Pantai Sumur Tiga mengambil masa antara 15 ke 20 minit je.

Kawasan rehat kami di Pantai Sumur Tiga ni ialah Freddie's Santai Sumur Tiga. Perghh... kawasan ni memang best sangat dengan view pantai yang boleh bermandi-manda dan menikmati makan minum dengan ala-ala cottage di pulau hawaii.. u la la sangat taw!. Masa kami di sini, ramai juga pengunjung lagi berada di sini sambil menikmati makan minum. kat sini juga ada disediakan beberapa buah gazebo untuk korang berehat, bergambar dan menunaikan solat bagi yang beragama Islam. So masa sampai kat sini, kami cari pot dulu untuk makan dalam kafetarianya yang terletak betul-betul tepi laut. so viewnyer memang best! yang perempuan, sume pakat pi solat dulu. kami yang lelaki sume duk rehat-rehat sambil ambil udara segar tepi laut. tak kurang jugak member aku yang sorang tu tak tahan nak main dan berendam dalam air laut. ada yang snokerling, kanak-kanak duk main di gigi air. syok taw!

Selesai geng perempuan solat, kami pulak menunaikan solat. takut orang lain ambil pot yang kami book di kafetaria tu. jadinye perlulah ade orang yang menjaga pot tadi. hehehe. Dan ni jugak pengalaman pertama aku semayang pakai sarong kain telekong. hehehe. nasib baik yang pompuan bawak kain solat. ye la.. aku an jalan pakai seluar pendek. makanya, terpaksalah aku pakai jugak untuk solat. kat ruang solat tu, memang tak disediakan kain sarong. yang ada hanya tikar sejadah je. tapi best dapat solat ditepi pantai. terasa sangat kebesaran penciptaNya.

Ok untuk makluman korang, di kafe Freddie's Santai Sumur Tiga ni, selain menawarkan tempat penginapan yang harus dibooking awal sebab sentiasa penuh ye., mereka juga mempunyai speciality membuat pizza yang sangat sedap dengan aneka rasa dan ramuannye. Dek kerana lapar khen. harus la kebulur memasing petang tu, kami order macam-macam plus pizza tropika. makan panas-panas di tepi laut dalam suasana redup-redup ala-ala hawaii secara berjemaah dengan kengkawan memang sangat mengujakan sgt taw! harus keenakannye menjadi berganda.

lama jugak kami meluangkan masa di sini. ye la dah tak larat nak berjalan sebab kehilangan tenaga sejak dari awal pagi sampai ke petang ko asyik duk merayap sakan khenn.. abg Har pun dah terlendok melepaskan lelah tertido di sudut rehat dalam kafe tu. jenuh kami ajak dia makan sama, tapi dia menolak. katanyer nak tido dulu. kesian pulak aku tengok. Hampir 3 jam lebih jugak kami lepak di sini. sambil-sambil duk bersantai menikmati view laut, pantai dan angin laut yang sangat nyaman...

lewat petang tu pulak, kami bertolak untuk ke pantai Iboih semula, kami dah plan untuk ambil pakej mengelilingi pulau Rubiah. Pulau ni berdepan je ngan pantai Iboih. Dalam perjalanan nak balik tu, kami minta abg Har singgah ke kawasan Anaouk Laut dan kawasan pesisir pantai untuk ambil gambar. kawasan anouk laut ni merupakan kawasan tasik yang terbentuk daripada hasil aktiviti perdangangan di kawasan pulau sabang ni untuk pendaratan kapal-kapal besar. angin laut sangat kuat di sini.pemandangan nyer petang tu sangat cantik. macam berada di pulau Maldive je...

Disebabkan nak mengelilingi pulau rubiah,maka kami pilih untuk menaiki bot kaca untuk membolehkan kami melihat hidupan laut yang hidup di situ. Pemandu bot ni pulak sangat la muda. adik-beradik katenyer. yang abgnye baru berusia 19 tahun yang dibantu adiknyer yang berusia 10 tahun. Gigih sungguh anak-anak Aceh ni mencari rezeki. bot kaca ni mempunyai struktur yang berlubang di tengah-tengah dan diletakkan kaca yang lutsinar untuk membolehkan kita melihat pemandangan di dasar laut. Menurut diorang, kalau kita bernasib baik, kita mungkin berpeluang melihat dolphin dan penyu berenang di kawasan ini. tapi kami semua memang teruja menaiki bot kaca ni mengelilingi pulau rubiah. airnye sangat jernih. di kawasan gigi air tu pun kita boleh tengok ikan-ikan yang berwarna-warni tu datang menghampiri. Pulau Rubiah ni merupakan sebuah pulau yang dinamakan sempena nama isteri ulamak besar di aceh, iaitu Siti Rubiah isteri kepada Shieikh Iboih. beliau dimakamkan di kawasan pulau ini. pulau ni tak ade org yang duduk, kecuali untuk pelancong je berhenti rehat di situ.

kami sempat berbual-bual dengan abang sulung kepada dua pemandu bot tadi yakni ang sulungnye yang berusia 28 tahun.Namanye tak ingat. ye la dah lama tak hupdate khenn... ini pun sebab memaksa diri untuk hupdate. beliau telah menceritakan pada kami yang singgah sebentar di kawasan rehat miliknya di Pulau Rubiah. Banyak juga celotehnye tentang rakyat aceh dan kisah pengalaman Tsunami suatu ketika dulu. Kami di situ tidak lama. sebab hari pun menghampiri senja. Sebab pada sebelah malamnya pulak, kami akan keluar untuk makan dan mencari souvenir di pekan sabang.

Balik semula ke Iboih Inn untuk mandi dan solat. selesai solat semua, dalam pukul 8.00 malam kami keluar semula. Abg Har membawa kami untuk makan malam dulu di pekan Sabang. Hujan gerimis mula turun masa kami bergerak ke van. Masuk-masuk je van hujan turun selebat-lebatnye ko! sentap sekejap. sepanjang perjalanan tu kami mengharapkan agar hujan akan reda supaya dapat kami jalan-jalan membeli souvenir.
Alhamdulilah. sebaik sampai di kawasan food court di sekitar pekan sabang tu, hujan beransur reda sedikit. tapi masih basah jugak la merempuh laluan dari van ke kedai makan tu. malam tu kami makan masakan aceh. yang special di sini ialah mee aceh atau mee kepiting. kepiting tu maksudnye ketam. memang yummy. nak-nak pulak makan time sejuk hujan. perghh.... selesai makan, kami mintak abg har bawa kami berjalan ke toko-toko yang menjual souvenir yang berdekatan. Di sini kami berpecah untuk mencari ole-ole untuk kawan-kawan dan family. disebabkan hari sudah malam, maka banyak kedai yang dah nak tutup dan keadaan jalan raya yang basah juga tak begitu sibuk dan lengang. lepas selesai semua urusan membeli apa-apa yang patut, kami terus balik semula ke Iboih untuk berehat dan tido. sebab esok dah nak berangkat balik ke Banda Aceh.Ok rasanye cukup dulu untuk entri pada hari kedua ni. To be continue hokay! Chaou Chin Chou!

20 comments:

  1. ha..ha.. tahniah bro..akhirnya hbis jgak entry di aceh sblum new year.. baca membuatkan tringin nak pergi acheh..x sangka pulau2 di sana cantik..laut membiru.. bro rasanya kalau gambar yg diuplode dibesarkan skit saiz..mungkin lagi puasu ntuk mnghayai pemandangan he..he.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahan..saya pun sayang ketat2 balik * tetiba!!..anyway happy new year bro :)

      Delete
    2. hehe.... terima kasih Sobri. Siap promote link blog u tau macam yang dimintak dulu. hehehe... langsai hutang eh. nanti boleh la plan jalan-jalan aceh ye. actually story masih belum habis. tour di banda aceh akan menyusul. nantikan ye. part yang tambahan tu, jgn ketat2 sgt, nanti pitamm. hehehe....

      Delete
    3. ha..ha.. tq bro..sangat menghargainya..
      owh kalau pitam kita hantarlah ke hospital yg bdekatan :P happy new year bro :)

      Delete
  2. Wah dahsyat juga Sabang ni ye kalau dah macam Maldive.

    Kat entry ni barulah nampak menariknya Pulau Sabang ni. Makanannya pun nampak sedap-sedap.

    Solat pakai kain telekung... tak termimpi-mimpi ke... kihkihkih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la PLM, dont judge book by its cover. hehehe... memang cantek. kalau ade rezeki boleh lah plan ke sini. pantainye memang ala-ala maldive. makanan pun memang superb.
      hehehe... part pakai telekung tu memang pengalaman baru. hehehe

      Delete
  3. Wit witt...akak nampak nama ahkak tertera dalam blog ini...pengkomen tegar katanya ahakss...

    Haahahah..kelakar part solat pakai kain telekung wanita..apa boleh buat..janji benda wajib di tunaikan ye dok...

    mmg cantik lah view di pulau sabang ni..mkanan pun nampak sedap..baru hari ke 2..kiranya ada sambungan pada tahun baru lah yer..

    keep on writing coz ada pembaca tegar ni heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wut wut....saje nak promote blog kawan2 khenn... hehehe

      bile dikenang balik memang kelakar jugak part pakai telekong tu. tapi tak kisah ler.. pengalaman baru ye dok. hehehe

      memang cantek sabang ni. boleh la try bercuti kalau ade rezeki nanti. sebab tak ramai yang jangka aceh ade kawasan cantek ni.

      akan ku gigihkan diri ini terus menulis dan blog walking hehe.... tapi tak le sehebat ahkak JM khenn...

      Delete
  4. Macam mana plak ni dptkan supir kt sabang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalketes,
      untuk makluman, supir yang di sabang ni sekali dengan supir di banda aceh. so tak perlu risau. sampai je kat jeti, diorg akan jemput sebab company yang sama. maklumat supir saya dah kirimkan dalam e-mel.

      Delete
  5. Emel to me abt trip to aceh norsyarimahshafie_87@yahoo.com
    tqqq nice yr sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf sbb lambat sangat reply. ok maklumat saya dah kirimkan.

      Delete
  6. Saya nak no tel Pak Supir tuh ngan initery Banda Aceh bole?TengQ :)

    ReplyDelete
  7. Salam en. Farel..mtk tlg emelkn details pasal tour agent ke Sabang + ongkosnya..tq..emel:hanarazana@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum en farel. Saya zulaikha. InsyaAllah plan utk ke acheh minggu dpn (bln puasa) boleh berikan number supir dan apa2 maklumat yang membantu sepanjang musfir di acheh. Terkma kasih

    ryo_ziya@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zulaikha, saya dah e-melkan.

      Delete
    2. boleh saya dapat kan juga contact number supir. tq

      fiza_muid@yahoo.com

      Delete
  9. As-salam...

    Selamat berpuasa Farel dan blog walking..

    Mohon utk dptkan details supir + maklumat ke banda acheh jugak ya.

    Terima kasih.

    pinkbeautycas@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Salam encik farel boleh x minta emelkan itinerary lengkap beserta nombor supirnya ke emel saya di orhan.syiq@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete