Jumaat, 27 Disember 2013

Keindahan Pulau Sabang Aceh (Day 2 Part 2)

Assalamualaikum & Salam Sayang Semua!
Sungguh lama tidak bersua. hehehe.... alasannye tetap sama khenn... buzy buzy buzy je..... orang lain pun buzy jugak tapi tak macam aku khenn... hehehe... Ok. rasanye dah lama aku tak sambung story trip Aceh tu kan. Ni dah nak hampir penghujung tahun 2013, iaitu dah nak sampai ke trip aku yang first edition for 2014. tengah duk countdown je ni.. hehehe... So tak nak berhutang story Aceh ni, aku gigihkan jugak utk selesaikan sebelum trip baru bermula. Tapi tu la, disebabkan hujung tahun jugak la masa yang paling sibuk di pejabat. Ye la time musim cuti sekolah, ramailah warga pejabat aku yang duk cuti sana sini. Ok understood sebab diorang masing-masing berkeluarga. jadi masa yang sesuai la utk bersama. lain la macam aku yang single mingle lagi nih. disebabkan alasan itu, maka aku redo je la buat kerja time gini. But, akan ku kado semula cuti ni, time awal tahun depan ye cik kak cik bang di opis tu. kita kira macam main pass baton lari bergilir-gilir gituu... ok tak kak zai! hehehe.... ok dah jgn nak membebel panjang moh kita sambung story aceh ni!.Ok, kalau sesapa yang nak tahu story aceh untuk entry sebelum ni, boleh follow di SINI yer.


Selepas kami selesai upacara melawat kawasan Volcano itu, kami terus dibawa ke Pantai Pasir Putih. sepanjang perjalanan ke sana, kami melalui beberapa kawasan perkampungan. Suasana memang sangat tenang je. sesekali terlihat juga kanak-kanak yang berjalan untuk ke kelas agama.

kawasan pantai ni memang cantik. pasirnya putih, air lautnye pula kebiru-biruan. time kami singgah di sini, tak ramai pelancong asing. hanya warga tempatan je yang duk lepak bersantai di kedai kopi yang ade di pantai ni. kat sini, kami duk pakat bersnappy puas-puas. tak lama kami di sini. sebab cuaca pun semakin panas menjelang tengah hari.


kami seterusnya nak menuju ke kawasan kolam air panas. kawasan ni macam kawasan kolam air panas yang ada di tempat kita. tapi sayangnya, kawasan ni kelihatan macam tidak begitu dijaga. kawasan air panas ni merupakan sebuah kawasan perkampungan nelayan. jadi banyak kelihatan bot-bot kecik nelayan aceh kat kawasan ni. time ni, memang cuaca panas taw. kalau datang wajib pakai sunblock hokay. uniknye di sini, bot-bot nelayan ni sangat comel dan berwarna-warni. bentuknye jugak lain daripada bot nelayan di tempat kita. apa lagi, kami semua sibuklah dgn aktiviti wajib, iaitu bersnappy. macam-macam pose hokay. hehehe


ok selesai semua, kami meneruskan lagi perjalanan. kali ni kami ke kawasan peninggalan markas peninjau tentera jepun di aceh. wahh! sungguh hebat orang-orang jepun ni. bayangkan sungguh jauh mereka merantau belayar mengharungi laut yang luas hingga sampai ke pulau sabang ni nak menakluki dunia. ingatkan di negara kita je yang pernah dijejak oleh jepun ni, rupanya sampai di pulau sabang ye!. ok kawasan ni memang sangat tinggi dan cantek. untuk sampai ke kawasan Bunker Jepang ni, kita kene melalui kawasan bukit yang berliku-liku. nasib baik lah, sekarang ni kawasan jalan rayanye baru siap dibuat. jadi keadaan laluan memang sangat baik dan selesa. kami singgah sekejap ditepi jalan semasa berada di satu selekoh jalan berbukit tu, kat sini, abg har mencadangkan untuk kami bergambar. patutlah, dari sini, viewnye memang cantik sebab dapat tengok seluruh pulau sabang dan pemandangan pelabuhan dan laut yang terbentang luas tu. pantang berhenti je, terus meluru aku duk sakan ambik gambo ye. hehehe


beberapa minit kemudian, kami teruskan perjalanan ke bunker jepang tu. kawasannye jugak merupakan sebuah kawasan kampung. time ni, tak kelihatan pun orang yang lalu lalang di situ, mungkin semuanya tengah menjamu selera makan tengah hari atau mungkin diorang pakat ke musolla untuk solat. memang kedai-kedai berdekatan pun tutup hokay. kami ni musaffir. so adelah excusenye. huhu.. sesampai di situ, kami dibawa abg. har masuk ke dalam kawasan belukar. tapi takde la teruk pun meredah semak-samun. cuma kene berhati-hati sebab kawasan ni katanye ade cik babs hutan. Itu, uzer yang cakap sebab nampak kesan tapak kakinye di lopak-lopak jalan lumpur sekitar belukar tu. ala jalan dalam 2 ke 3 minit je. tapi mata tetap melilau jugak tengok kiri kanan. manalah tahu tetiba keluar pulak cik babs tu naya pulak khenn.


akhirnye sampai jugak ke kaki tangga untuk ke bunker jepang tu. diorg dah siap bina tangga batu untu naik ke kawasan tu. ini nak memudahkan penggunjung ke kawasan ni. takde kene ape2 bayaran pun. FOC je. tapi kat sini awas ye. sebab banyak jugak najis lembu dan kambing. hehehe... bila dah sampai atas bunker jepang tu, korang pasti akan puas hati dan berbaloi usaha korang meredah onak dan duri tadi tu, hehehe sebab dpt tgk view yang Subhanallah sangat cantik hokay! luas sungguh lautnye. birunya sangat menawan. tapi kene berhati-hati sebab tebingnye sangat tinggi. kalau tergelincir memang masuk laut terus. kat sini banyak cengkerang siput dan serpihan batu karang dapat korang lihat. menurut ape yang aku baca, kawasan pulau sabang ni sebenarnye merupakan sebuah terumbu karang gergasi yang berubah menjadi pulau apabila air laut surut. masa kami di sini, sempat jugak kami bersantai macam filem bollywood tu. duk baring-baring atas rumput tu sambil duk layan pemandangan laut.


time ni sebenarnye perut memasing dah mula nyanyi lagu keroncong ye. tapi dik sebabkan terpesona berjalan dan menikmati pemandangan di sini, kami buat-buat lupe kejap ye. hehehe... hampir 15 ke 20 minit jugak kami spend masa kat kawasan bunker jepang ni. selesai semua, kami turun semula ke bawah. sempat juga ambik gambar di tepi pantai tu. geram je tengok kejernihan air laut die. kami dah lapar sangat time ni. jadi abg har terus bawak kami ke Pantai Sumur Tiga untuk makan tengah hari dan solat. Ok nanti iols sambung lagi ye. dah penat nulih ni... hehehe... Chao Bedahhh!!!

16 ulasan:

  1. wow x sangak banyak tempat menarik di acheh..
    tambah2 kat pantai pasair putih..memng menarik..langit biru...pantai putih mata memandang..
    ok bro waiting next entry :) so excited.. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sobri, memang banyak tempat menarik kat aceh sebenarnye yang orang luar masih tak tahu. hehehe... excited katernyer... terharu..... thanks sobri. nantikan next entri ye! akan dihupdate demimu... hehehe

      Padam
    2. orite bro..just acheh reminde me..tsunami.. bro ada p muzium tsunami x??? kalau ada update ya.. terharu plak, next entry diupdate utk aku!! ha..ha.... waiting :P

      Padam
    3. Tu la sobri, sebab semalam 26 Disember 2013, genap 9 tahun peristiwa Tsunami di Aceh. Tu yang buat teringat nak hupdate story aceh. hehehe... ko la skang ni pengomen tegar blog aku.. hehehe

      Padam
  2. Hai hai lama betul menyepi biziiiiii katanya biasalah tu kan bila akhir tahun je mcm perlu settle down. Akak JM pun dh lama x update blog coz dah 3 hari demam hari ni baru ok c kit terus BW kwn2.

    Hamboi you oulsss dh ada trip awal thn jelesss i oulsss tau ke mana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... tu la pasal kak oii... ni pun duk outstation. sambil-sambil tu sempat jugak reply di sini. hehehe.. aahh trip awal tahun katernyer... tapi tak nak berhutang story aceh ni. so insyallah akan cuba dihabisin sebelum tahun baru gitu.. lokasi next trip biar la suspen dulu. klunyer salju didanau rindu.. hehehe.. kesian kak JM demam. hope u will getting better!

      Padam
  3. Fuh lama sungguh berhibernasi ye Farel, macam nak nulis novel gamaknya.

    JM jangan jalan2 dulu ye sbb banyak dokumentari yang masih tertunggak tu... hehe

    PLM pun ada trip TBC nanti, tapi yg dekat2 je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PLM, hibernasi katenyer... hehehe mcm rabbit je pulak. novel pun novel la PLM..
      wah PLM pun ade trip gak eh? erm... bagi la klunye. baru lah excited nak meneka... hehehe thanks PLM!

      Padam
    2. Klunya.. terbang dengan kekunang ke sebuah pulau... hehe

      Padam
    3. PLM... rasenye macam tahu je macam kenal je... hehehe kawasan dekat semenanjung Malaysia kan?

      Padam
    4. Tak betul tu. Walaupun dekat je tapi taraf obersi jugak..:)

      Padam
  4. Slm.blh bg cntc no pak supir di banda acheh dan pulau sabang.email :anwarsa8@yahoo.com.tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam saudara anwar, ok maklumat supir saya dah e-melkan. harap dapat membantu.

      Padam
  5. cam mnarik yer kat sabang nih...rasa nak pegi jugak la...leh mintak no ctc supir di sabang dan acheh tak? thanks. m_jamesamin@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. m_jamesamin, memang menarik sabang ni. sori jugak sebab lambat reply your komen ni. hehe... ok maklumat supir i dah e-melkan. selamat melancong!
      jangan lupe be my follower ok!

      Padam
  6. salam.. bole emel kan info supir kat acheh.. azrita123@yahoo.com.. thanx..

    BalasPadam