Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Hari silih berganti, pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung kalender 2013 dan kurang dari 24 jam lagi kita akan melangkah ke jendela baru tahun 2014. Ok, pepagi lagi aku dah blogwalking tengok hupdate member-member. Ramai yang duk buat post review overall trip diorang sepanjang tahun 2013. Nice and memorable sangat!

Maka, aku pun tak nak ketinggalan untuk mengambil kesempatan untuk membuat review sikit pasal pengalaman sepanjang tahun 2013. Banyak perkara baharu dan pengalaman suka duka yang telah ditempuh sepanjang tahun 2013. Firstly, memang azam aku untuk hupdate blog ni telah tercapai (maksudnye ada peningkatan dari segi post berbanding tahun lepas khennn) hehehe... alhamdulilah. Ini semua terjadi dek kerana sokongan dan dorongan member-member baru yang walaupun tidak dikenali di alam nyata, hanya di alam siber gituu. Thanks uolss. Sangat memberi inspirasi. Insyallah akan diteruskan.

Secondly, rasa yang sangat bersyukur atas kurniaan-Nya kerana rezeki bertambah murah dengan semua yang aku kecapi hari ini yang jauh lebih baik dari tahun lepas. Nikmat yang sangat tidak terperi. Insyallah akan dipenuhi dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Semuanya atas doa dan sokongan mak abah dan keluarga. Sayang sangat pada semua.

Third, impian aku untuk menjejakkan kaki di Negara orang sekadar ingin mengutip pengalaman tercapai. perancangan demi perancangan diatur dan dapat berjalan dengan baik dan lancar. Insyallah akan cuba untuk terus mecari destinasi-destinasi baru pada tahun-tahun mendatang.

Dan yang terakhir, untuk tahun 2014 pula, aku berazam untuk memperbaiki penulisan dan catatan yang tidak seberapa ini untuk dikongsikan bersama semua orang sama ada yang dikenali mahupun tidak untuk dimanfaatkan bersama. Banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan terima kasih pada member-member blog yang banyak memberikan inspirasi dan idea untuk aku menulis karya yang tak seberapa ini berbanding mereka yang otai-otai.
Panjang juga aku duk membebel kat sini khenn... hehehe. Akhir kata, tak sabar menghitung hari untuk my next trip untuk first edition trip 2014! Jom main salji katernyer... ngeh, ngeh, ngeh.....

14 ulasan:

  1. Selamat Tahun Baru Farel!Teruskan berblog ye...saya tunggu cerita Aceh bila nak abes ni...hehehe

    wah trip bersalji?best tuhh...hehe enjoy your trip!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Tahun Baru 2014 juga untuk DJ. Insyallah story trip aceh akan dihabiskan juga sebelum trip bersalji itu.. hehehe. Thanks for your support!

      Padam
  2. Happy new year and selamat berjimba2 dalam snow ... ke korea ehh?

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru Farel...yer melalui blogging jugak akak JM dapat kenalan seperti Farel ni..keep on writing coz akak pembaca setia

    Semoga thn baru memberi byk sinar baru..Aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Tahun Baru Kakakku JM yang kaki berjalan sana sini. Insyallah akan terus berbloging selagi ada pembaca setia macam JM, PLM Sobri dan lain-lain. hehehe Thanks for your support!

      Padam
  4. Selamat tahun baru 2014 dan selamat bermain salji di perantauan. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Tahun Baru 2014 juga untuk Sylatius Yusof. Thanks ucapan bermain salji itu ye. hehehe... salam kenal dan jgn lupe keep in touch and be my follower ye! done follow your blog too.

      Padam
  5. Selamat tahun baru buat farel...

    Wah trip bersalji katanya... bolehlah bawak bahan2 untuk buat ABC ke sana nanti.... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks PLM. Selamat Tahun Baru jugak buat PLM. ye insyallah destinasi awal tahun di negara bersalji. hehehe... buat ABC ye? nanti kembong perot sbb terlebih makan ABC pulak. hehehehe

      Padam
  6. selamat tahun baru bro..wow tahun 203 dah banyak travel ..pasti thun 2014 lg bnyak akan mendatangakan? he..he..wow nak main salji di awl tahun 2014..memng bertuah badan tuan blog :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Sobri. Takde la banyak sangat tripnye. Cukup sekadar dapat merasa tempat orang. hehehe... Insyallah tahun 2014 akan cuba merencanakan beberapa destinasi baru yang tak pernah sampai lagi.

      Padam
    2. alhamdulilah.. rezeki 2014 ye bro :)
      nanti jgn lupa updte pcutian ya..

      Padam
  7. Wassalam Rose, Thanks blogwalking ke Dunia Farel and sudi be my follower. Im done too follow your blog. hehehe
    Selamat Tahun Baru 2014.

    BalasPadam