Rabu, 18 September 2013

Ada Apa di Banda Aceh (Day1 Part 2)

Helo-helo rina! Assalamualaikum salam sejahtera semua. harap masih sihat dan boleh membaca blog iols ini! hehehe... ok moh kita sambung story trip aceh. masih di hari pertama ye.

Ok. lepas selesai menjamu selera kat Rumah Makan Delima Baru tu, kami terus begerak ke pusat Banda Aceh. perjalanan tak la lama manapun. sekitar 15 ke 20 minit je. aku dah bagi tahu kat pak bukhari untuk bawak kami solat zuhur dan dijamak qasarkan sekali dengan solat asar. Pak bukhari pun bawak kami solat di masjid kebanggaan rakyat aceh, iaitu Masjid Baiturrahman.Masjid paling besar dan yang terselamat semasa bencana Tsunami dulu. Rasa macam tak percaya je dapat datang sini. Sekeliling masjid ni memang penuh dengan manusia. sebelah masjid ni pulak, ialah Pasar Atjeh. kat sini macam-macam boleh cari.
Ok citer pasal pasar ni akan di story masa hari keempat nanti. Lagi pun kami just singgah masjid ni untuk solat je. tak de pegi mana-mana pun sebab nak kejar tiket feri untuk ke pulau yang amat cantek yang dipropa sebelum ni. hehehe....

Ok jawapannye ialah Pulau Sabang atau dikenali jugak sebagai Pulau Weh. Haaa.... mesti ramai yang tak tahu atau tak pernah dengar tentang pulau ni kan! Pulau ni secara semula jadinya berasal dan terbentuk daripada terumbu karang yang sangat besar. Keindahan alam di pulau ni masih virgin gituu... masih belum diteroka. Kat pulau ni jugak la bermulanya perkiraan keluasaan geografi untuk Republik Indonesia dimana letaknya Tugu Kilometer Nol atau 0 KM, iaitu permulaan geografi Indonesia.
Untuk ke pulau sabang, kita perlu menaiki feri ye. ada 2 jenis perkhidmatan feri untuk ke sana. feri laju dan feri lambat. Jadual perjalanan feri boleh rujuk sini.

Disebabkan trip kami ni, aku dah siap booking dengan tour agen, so tiket feri ke Pulau Sabang tu dah siap termasuk dalam pakej. Maka tak perlu risau. diorang dah siap beli untuk pergi-balik ye. Plan kami ialah 2 malam di Pulau sabang dan 2 malam lagi di Banda Aceh. Untuk ke sana, kita perlu naik feri tadi melalui pelabuhan Ulee Lheu. Mesti tergeliat lidah nak nyebutnye kan! hehehe. .. sebenarnye sebutannya Ule le.. Kalau naik feri cepat, perjalanan ke Pulau Sabang ambik masa kira-kira 45 minit. Kalau feri lambat pulak lebih kurang 2 jam. Kami tentulah naik feri cepat dong! tapi waktu perjalanannye jugak terhad. kalau tak silap sehari ada 2 trip je untuk feri cepat. pagi pukul 10 paling awal. kalau terlepas, naiklah feri jam 4 petang macam kami ni. lepas selesai beli tiket di kaunter tu, jam masih awal lebih kurang pukul 3.30 petang. jadi pak bukhari bawak kami keluar depan pagar pelabuhan Ulee Lheu tu makan jagung bakar, teh botol sambil menikmati pemandangan pantai di situ. Kat area ni, kalau waktu petang, memang akan berderet penjaja kecil menjual makanan ringan sepanjang jalan ke pelabuhan. menu utama ialah jagung bakar. pilih je korang nak yang mana. sedap jugak. sambil makan tu, kami borak-borak, snappy sana sini. angin pantai tu pun agak kuat. suasana sangat tenang hokay! sesekali ombak laut kelihatan menghempas benteng penahan ombak yang dibuat di situ. ada jugak orang yang memancing, melukis dan berehat-rehat kat situ. lepas tu kami pun beredar untuk boarding ke feri. sebab feri akan berlepas pukul 4.00 petang. kang tertinggal plak. haru biru pulak dak!. so sebelum boarding tu, aku siap-siap ambik nombor telefon pak bukhari. sebab dekat pulau sabang, supir lain yang akan jemput kami ye. so bila balik semula ke banda aceh, baru pak bukhari akan bawa kami kemudian.

lepas je masuk, muka memasing dah kepenatan akibat perjalanan yang penuh onak berduri ye. gituuu ayatnye. aku tengok si uzer dah lalok-lalok je. ye la naik flight tu telinga die bingit, dah tu naik pulak feri yang dilambung ombak, maunye tak lalok die. kesiannn... tapi pasal nak jalan die sodok aje la... hehehehe. sampai kat tengah laut tu, hujan mula turun selebat-lebatnye ye. sampailah ke pelabuhan Balohan di Pulau Sabang tu, Hujan masih belum reda. tapi tak pe pak supir kami di sana dah siap menunggu. Nama die Abang Har. Orangnye sedikit pendiam. Tapi kalau ditanya bisa ngomong jugak ye! hehehehe....

Memula tengok van yang kami akan naik tu macam buruk je dari luar, tapi bukan sekadar rupa ye. van tu dalam die bersih dan beraircond kuat ye. sejuk, nyaman dan selesa. ngam ngam la dengan bilangan kami. so kira pueh ati la .... alhamdulilah. perjalanan diteruskan. aku cakap kat abang har kami nak check-in dulu. sebelum datang, aku dah minta kak maz tolong booking penginapan kami di pulau sabang ni, iaitu di Iboih Inn. Lokasi boleh tanye encik google ye. terletak di pantai iboih. perjalanan dari pelabuhan Balohan tu dalam 40 minit jugak. so memang agak jauh. memandangkan hari pun dah lewat petang dan hujan agak lebat kami takde la singgah memana pun. sebab bila sampai di pantai iboih tu, staff iboih inn akan datang jemput kami di pantai. so kene pulak naik bot. sebenarnye boleh je jalan kaki untuk ke iboih inn tu, tapi kene menapak la naik bukit. tak koser den hokay dengan beg-beg tourist iols tu. so naik bot je la. masa sampai sana pun hari dah nak hampir gelap. lebih kurang dalam pukul 6 petang. staff diorang pun baik. mesra alam. sampai je situ.. mata segar balik sebab tengok air laut die sangat cantik dan mengujakan untuk mandi. biru-biru terqoist, hijau-hijau zamrud gituuu....

sebab kami dah book untuk 3 bilik bagi 2 malam, maka kami mintak untuk duduk bilik yang dekat-dekat. kat sini kami upgrade bilik daripada yang bujet room to fan duluxe room. cuma tambah IDR100 000 semalam. ok la. lagipun bilik ni dekat sikit menghadap laut. boleh la menikmati panorama sunset, sunrise gituuu.... malam tu kami makan kat iboih inn je. bayaran adalah berasingan dengan harga bilik. tapi kene la order siap-siap petang tu jugak supaya staff die boleh prepare untuk korang.kat situ diorang tak ramai staff. so staff yang ada adalah multitasking ye! sungguh bagus....

siap semua kami janji untuk makan malam pada pukul 8.30 malam. jadi malam tu takde la kuar ke mana-mana. save energy untuk jalan-jalan pada esok hari sepuas-puasnye. hehehe. so masuk bilik. mandi, solat dan siap-siap untuk makan malam. masa tu kami buat discussion untuk plan trip untuk hari kedua.
 ok layan dulu gambo-gambo ni. will be continue for the second day in Pulau Sabang, Aceh!

9 ulasan:

  1. Wah pekena teh botol sosro yang berbau semut tu... PLM memang tak lalu...

    Setakat ni nampaknya macam okay... tapi fotonya kecik banget...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.... berbau semut katernyer PLM...
      kawan farel pulak cakap bau bunga melor... macem-macem eh... hehehe

      fotonya guna kamera kompac ajer. itu je mampoo.. bukannya fotographer tegar.. gituuu...
      hehee....

      Padam
  2. WAh..dah keluar entry sambungan...akak nampak t-Shirt I love HK U..ingatkan ada kat HK heee

    Oh..inilah masjid yang tak rosak selepas Tsunami tu eh..Subhanallah..

    Ada pulak terima feri laju dan feri lambat ehehehe.kelakar

    Iboih in tu cam umah kampung kan

    Maybe maksud PLM photo kecik tu..photo yg di upload dalam blog..small size..tak pueh tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak JM... HK di Aceh ye...

      yup.. itu la masjid yang terselamat tu. sebenornye ade banyak lagi masjid yang selamat. nanti iols tunjukkan dalam entry akan datang.

      kelakor ye. memang la. memula dulu tu pun fikir perluker ade dua jenis feri? kannn

      yup. iboih inn tu style challet tepi pantai. memang best sangat. mendamaikan jiwa.

      ooo..cam tu eh maksud PLM tu. sori la setting template ni dah tak tahu nakubah bagi besar. kang hilang plak entry2 sebelum ni. ini je mampoo disajikan utk uolss... hehehe

      Padam
  3. Menarik farel.... first time terbaca travelogue ke Banda Aceh, terus terbuka hati untuk melihat dengan mata kepala sendiri masjid yang terselamat dari bencana tsunami dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat datang ke blog Dunia Farel ye Si Ketam Batu. hehe.. salam kenal.
      memang menarik sebenarnye kota aceh ni. cuma kita tak tahu info mengenainya. alhamdulilah dapat juga saya menjejakkan kaki di sana. kalau ade rezeki ziarah la ke sana.

      Padam
  4. Assalamualaikum.. ec farel.. boleh x emailkan iternari ke email diyanaghani@rocketmail.com.. tq

    BalasPadam
  5. Emailkn nama tmpt kamu tinggal kat pulau ni boleh? hana_jihah@yahoo.com.my

    BalasPadam
  6. Mohon share no tel supir pulau sabang tuan.
    affandyisa@gmail.com

    BalasPadam