Sabtu, 7 September 2013

Moh Ganu Kite!

Salam berhujung minggu untuk semua! Alhamdulilah masih diberi kesempatan menikmati keindahan dan keamanan di bumi Malaysia. Gituu... mukadimah kali ini ye...haha... ok kali ni nak citer pengalaman percutian yang tak la percutian sangat hokay. Sebabnye percutian ambo kali ni atas urusan kerja ye. So secara tak langsung sambil menyelam minum air. Sempatlah singgah jenjalan. Thats why la namenye percutian segera. Rabu lepas aku berlepas dari KLIA ke Kuala Terengganu atas urusan kerja 3 hari 2 malam. Flight awalnye dijadualkan jam 7.00 malam. So bergegas la aku ke airport petang tu menempuh jem dari Seri Kembangan ke Putrajaya Sentral. pukul 5 lagi dah gerak. ambik KLIA Transit terus ke KLIA. Sampai je terus ke kaunter strapping untuk wrap barang. Ye la bawak bahan kerja kan. so kene pulak beratur panjang. Nasib baik la aku dah siap check in awal-awal sebelum gerak. Cuma tinggal nak drop luggage je. Ramai orang time tu. Ye la musim bebudak nak masuk semester universiti kan... So ramai la

siap semua. terus je aku masuk balai pelepasan dalam negeri tu. tapi sekuriti check kat situ macam kita nak ke luar negeri. macam-macam. leceh sangat. sampaikan tali pinggang pun kene bukak. kalau seluar tu jenis melondeh. kan susah tu. Ni semua gara-gara operasi cantas! so selesai semua terus je menuju ke boarding hall A3 main terminal KLIA. Baru je nak melabuhkan bontot kat situ, ada anouncement bagi tahu penerbangan ke Kuala Terengganu terpaksa dijadualkan semula pada jam 9.15 malam. WTH kannn! kira 1 jam lebih kot. So hilangkan perasaan marah itu terus je aku gi solat maghrib dulu. lepas tu keluar dari surau depannye ade Marrybrown. So terus singgah untuk makan malam. Kang takut kelaparan pulak kalau dah sampai takde kedai makan yang bukak. Sambil tu layan online jap kat situ sebab nak buang masa tunggu flight. Akhirnye sampai juga masa untuk boarding dan terus berlepas dengan selamatnya ke Kuala Terengganu sejam di awan dania itu.. ayat tak bleh blah kannn? hehehe

Sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, siap dijemput oleh wakil jabatan terlibat. Siap bawa sign tulis nama aku hokay! very the retis sangat hokay!! hehee... padahal nan hadoo... Malam tu kami menginap di hotel baru milik Lembaga Tabung Haji. TH Terengganu Hotel & Convention Centre. Memang sangat baru hotel ni. Baru dirasmikan oleh DYMM Sultan Terengganu 3 hari sebelum aku sampai. Very the VIP sangat gituu. (perasan je lebih)...

So disebabkan dah lewat malam sampainye. memang malas la nak pusing sana sini. simpan je tenaga untuk esok. sebab esok kene selesai kan dulu tugas. Bilik di hotel ni memang selesa. ye la sebab baru dan eksklusif juga reka bentuknye. Cuma ade beberapa service perlu ditambah baik pada masa akan datang ye. Kalau tak salah, hotel milik Tabung Haji ni memang dibangunkan sebagai salah satu kemudahan transit para jemaah haji yang akan ke tanah suci Mekah. Ye la, sekarang ni kalau dari pantai timur boleh terus je direct flight ke Mekah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud tu. Tak perlu transit ke Kuala Lumpur lagi. mudah kan. Ni pun dah nak masuk musim haji. Seswai sangat la hotel ni mula beroperasi. Harga bilik boleh tahan juga. Macam bilik yang iols duduk tu dengan katil Queen Size, harga semalam RM190 sajork termasuk breakfest. So lepas check in di bilik, ape lagi, salin pakaian, cuci muka, solat dulu pastu tido la ye...

Keesokkan paginye, seperti biasa, bangun awal siap-siap untuk mulakan tugas. jam 8.00 pagi aku dah get ready. bab-bab masa ni aku mesti nak punctual hokay. sebab kene ia mencerminkan disiplin diri. so tak nak lewat. terus je aku ke kafetaria hotel di aras lobby. But no body at that time kecuali staff hotel je. Ingat tak bukak lagi. rumanya memang tak ramai guest pagi tu. staff kafe welcoming aku. tanye nak makan ape pagi tu. Diorang yang akan serve terus ke meja. pilihan menu pagi tu tak banyak. Ade mee goreng, nasi lemak dengan ape satu lagi ye, aku tak ingat. yang side dish boleh pilih atas meja hidangan. Aku ambik nasi lemak. so part ni aku rase, pihak hotel kene improve lagi, tak payah la nak serve2 bagai macam tu. rase macam kemut je nak jamu guest. langkah berjimat ke dik non? gituu.. so korang hidang je atas meja tu, so guest pandai la nak pilih yang mana satu untuk dinikmati kann.... tapi view nye memang cantek. aku ambik pot dekat dengan cermin sebelah tu boleh tengok view kolam renang. cantek, bersih dan tenang je....

Siap makan terus je naik ke dewan seminar untuk mulakan tugas. tugas selesai pada sebelah petang. so tak payah la nak story kat sini panjang lebar pasal hal-hal tugas pulak ye dak? yang penting story jalan-jalan dan review pasal hotel je. Alhamdulilah... tugas telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. So masa untuk jenjalan pun bermula!! hoyehh!!! Nasib baik jugak, trip kali ni, ada sahabat baik dari FB aku, free untuk teman bawak jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu petang tu dan keesokkan hari. Ni lah untungnye kalau kita ramai kawan. kami janji nak keluar lepas maghrib. dia datang jemput aku kat hotel dalam jam 8.15 malam. So malam tu kami keluar jalan-jalan cari makan dulu. Kalau datang ke Kuala Terengganu ni, wajib makan ICT ye. Jangan ingat kat Shah Alam je ade ICT hokay! hahaha... Sebenarnya ICT tu singkatan untuk Ikan Celup Tepung. Sedap dimakan panas-panas dengan sos pencicahnye. lokasi berdekatan dengan airport jugak di pantai Teluk Ketapang. Memang best! lepas makan kami gerak pusing-pusing pulak ke Pulau Duyung. kat situ member aku ni siap bawak jalan tengok kapal-kapal nelayan yang berlabuh kat jeti. sambil-sambil tu dapat jugak tengok nelayan-nelayan duk baiki pukat diorang. Di tepi jalan berderet kedai makan. anak-anak duk bermain-main. syok sangat sambil menghirup angin laut pada waktu malam. kat sini pun ada pokok-pokok hiasan yang berwarna-warni macam ICT Shah Alam tu. Sori la, time tu lupe nak bawak kamera. so gambar memang tak dapet nak ditangkap.. rugi sangat!

dalam jam 12 lebih cam tu baru kami beredar. member aku tu drop aku kat lobby then balik. Tapi kami dah janji nak jenjalan awal pagi esok which is my last day kat KT. Awal pagi tu macam biasa bangun sedikit lewat. selesai solat subuh, aku sambung tido balik sekejap. Dalam jam 8.30 pagi baru bangun dan bersiap untuk keluar jenjalan. Member aku tu dia datang pick up aku dalam jam 9.00 pagi sebab awal pagi die gi jongging. so lepas selesai baru die datang ambek aku. So takde hal itu semua.

destinasi pertama, kami pergi sarapan dekat dengan pasar cabang tiga. pasar ni macam pasar borong la jugak. banyak jual barang-barang basah. berdepan dengan pasar tu ade restoran makan. So kalau datang ganu tak sah kalau tak makang nasik dagang. So kami order nasik dagang ikan tongkol dan teh ais. sedap giler. dah kenyang baru gerak ke kawasan losong. ape lagi cari ole-ole keropok lekor. aku borong sikit je untuk dibawa balik. ye la trip yang tak dirancang kann.... lepas tu kami ke Pasar Payang. pasar ni memang destinasi para pelancong yang datang ke KT. kat sini banyak jual kain-kain batik dan jugak souvinier ye. sebabnye bulan ni jugak aku akan gi holiday lepas balik ganu ni, so perbelanjaan tu kene la kawal diri ye. tak banyak aku beli, cukup sekadar beli buah tangan untuk mak,diri dan opismate je. dapat la jugak aku FM 3 bijik. sebab aku suka kumpul FM tempat2 yang aku lawati atau dari kawan-kawan. kain batik sarong untuk mak dan shawl untuk member opis. hari pun makin panas, sempat ronda-ronda gitu-gitu je window shopping tengok baju batek. memang cantek tapi rege dio pun santek hokay! len kali datang sure aku rembat!

Selesai di pasar payang, kami pusing-pusing pulak ke Muzium Negeri Terengganu, masuk adalah percuma ye kengkawan!, tak masuk dalam pun, kalau masuk dalam untuk tengok artifak bagai tu ye memang kena bayor. kalau masuk perkarangan muzium tak perlu bayar. kami just masuk untuk ambik gambo kat luar je. memang cantek ukiran dinding dan reka bentuk muzium ni. time tu tak ramai pengunjung. suasana tenang je.

dekat dengan kawasan muzium tu jugak,adalah kawasan tarikan terbaru pelancongan di terengganu, iaitu Taman tamadun islam dan masjid kristal. kami tak masuk pun. cuma singgah lalu ambik gambo je. ye la masa tak cukup. lagi pun dah nak hampir tengahari. nak solat jumaat lagi. lepas tu singgah di masjid kristal. kawasan nye xde la besar sangat. tapi cantik. pengunjung yang datang melawat kene la berpakaian sopan ye. Masa datang tu ade la geng bebudak pompuan melayu dalam 4 orang cam tu. diorang ni punye la gedik masuk masjid nak ambik gambo, siap naik atas mimbar hokay! tup-tup kene sound tepek dengan pak cik yang jaga masjid tu. tolong hormati adab dan batas agama ye dik! itu lah kata pak cik tu. nak berseronok tapi tak hinggat batas. terus je bebudak tu sentap dengan muka merah padam.. kesian ko dik. so kami yang lain-lain buat macam biase je. abis snappy gambo semua, terus balik hotel, mandi dan siap untuk pack barang-barang.

Aku siap terus check out hotel dan gerak ke masjid berdekatan untuk solat jumaat. Flight balik jam 4.00 petang so, masih sempat la nak solat. walau di mana berada, kewajipan pada agama jangan dilupa ye. gituuu... ustaz sangat! selesai solat, tengok jam masih awal dalm jam 2.15 cam tu. lokasi airport pun dekat je. 5 minit drive dah sampai. so aku cakap kat member tu jom kita makan sekali lagi ikan celup tepung dengan ais batu campur kat tepi pantai teluk ketapang tu. ye la semalam pergi time waktu malam, ni waktu siang so nampak la view laut china selatan tu. memang perghh... sangat marveles hokay biru laut yang santek. makan bawah pokok rhu yang redup-redup sambil di puput bayu laut. best sangat!! dalam jam 2.45 baru gerak ke airport. lagi pun aku dah siap check in. so tak perlu risau. anyway, walaupun percutian yang segera ni sangat sekejap tapi best dan enjoy. next time kalau ade cuti yang panjang boleh lah datang lagi dan spend masa lebih sikit untuk ke pulau-pulau yang berdekatan. actually ni trip kedua aku ke kuala terengganu.

p/s: Tak sabar tunggu minggu depan untuk holiday ke obersea againn. tunggu!!!

10 ulasan:

  1. ooh ini ke mesjid kristal tu, cantik memang mesjid tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Inilah Masjid Kristal di Kuala Terengganu tu. Kalau datang ke Malaysia jangan lupe singgahlah ke sini ye Dede Ruslan. Anyway terima kasih sudi singgah ke blog Dunia Farel ini dan be my follower. Blog ni masih belum ramai followernyer. hehe.. salam kenal. selalu-selalulah singgah dan komen ye.

      Padam
    2. ooh di kuala trengganu, banyak ya tempat menarik disana, saya ingin ke perhentian bagus pantainya.

      Padam
    3. ye best tu! memang cantik pantainya. Coralnya juga masih belum dicemari. Jangan lupe ole-ole untuk dibawa pulang ke Jakarta. hehe...

      Padam
  2. Wah, jalan terus-terusan ye Farel... selamat bercuti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.... alhamdulilah Pak Lang Mie. nampaknye bulan september ni sedikit buzy dengan dua tiga trip jalan-jalan. Nanti akan diinfokan dalam blog ni. Pak Lang Mie suka ke travel backpack? Kalau minat boleh la nanti buat team backback. haha..

      Padam
    2. PLM kekadang pergi backpack juga tapi dengan keluarga. Tak larat PLM nak join dengan org2 muda ni...

      Padam
    3. Oooo... bagus tu PLM sambil jalan sambil mengeratan hubungan kekeluargaan. Tapi kalau nak berjiwa muda sesekali apa salahnye. hehe..

      Padam
  3. Hamboi nk berjln2 kat obersea next week katanye, jelezzz nihh epi holiday

    ICT terengganu mmg terbaek lah nasi dagang pun marbeles

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... ye la. orang tu kan baru balik obersea jugak.. kita pun nak gi obersea jugak. tapi dekat-dekat je. hehe... ICT ngan nasi dagang ganu memang tak dapat dipisahkan dari anak tekak kalau turun ke sana kann.. jangan lupe drop alamat JM ye nak buat kiriman balas nanti.

      Padam