Ahad, 8 Februari 2015

Trip Percutian Saat Akhir ke Guangxi, China Part 1



Assalamualaikum wbt semua. Selamat tahun baru 2015! Matilaa kena %^&*(#$ dengan korang sebab dah masuk Februari baru nak ucap selamat tahun baru. Hahaha. Anyway mintak maap sangat-sangat, aku sekarang ni tersangat la malas nak hupdate blog. Suke Blog walking je. Pada hal, dalam tempoh aku menyepi tu, sebenarnya banyak trip yang dah aku lalui. Macam tahun lepas, lepas trip ke Seoul, aku berkesempatan menikmati musim kemarau di Phnom Phenn kemudian trip manja-manja dengan geng "Libur Santai" ke Kundasang-Kudat-Kota Kinabalu dan diakhiri dengan trip akhir tahun 2014 merangkap terus trip awal tahun 2015, which is Trip last minit ke China weh! Ini pun gara-gara ajakan a.k.a hasutan daripada kakakku Cik Non yang katernye trip balik kampong engko! Ok. walaupun trip ni dikatakan trip last minit, tapi kami masih sempat juga buat sedikit persiapan permohonan visa dan jugak search beberapa maklumat penting untuk kami sepanjang 10 hari di China nanti.

Ok, lets story! 
 
Tarikh: 26 Disember 2014 (Jumaat)
Lokasi: Kuala Lumpur – Nanning

Hujan pagi agak lebat. Bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi. Ambil Kak Maz dan terus ke Putrajaya Sentral. Park and Ride kat level 2. Parking penuh. Jenuh duk pusing cari parking kosong. Last-last park dekat dengan lif. Tawakal je la. Menuju ke KLIA 2 dalam keadaan yang gusar sebab beg kami belum drop off lagi sedangkan masa ketika itu sudah pukul 12.15 ptg. Train pula masih belum tiba. Huh…. Setibanya di KLIA 2, kami berlari-lari sambil dukung “anak gajah” 12 Kg sorang. Kelam kabut juga kami cari kaunter untuk drop beg. Dah tu pulak, semua kaunter banyak orang dan kena la kami menunggu lagi. Harap sangat agar beg kami masih boleh drop lagi.Kami tukar ke kaunter yang mana kurang orang. At last, kami merayu kat penjaga kaunter tu supaya lepaskan beg kami tu sebab kami emergency. Buat muka kesian sikit. Alhamdulilah akhirnya beg kami masih boleh diterima untuk dihantar ke perut pesawat selepas petugas kaunter tu menelefon bahagian pengurusan bagasi. Selesai satu masalah. Memang dugaan sangat ketika tu. Kami diarahkan segera menuju ke balai pelepasan di pintu P11. Seperti sedia maklum, KLIA 2 ni punya la besar dan luas. Kalau nak menapak memang ler sangat jauh. Selesai urusan imigresen dan kastam, kami segera berlari-lari anak ye menuju ke pintu P11 tu. 



Tak sempat nak Check in FB ke ape pun. Cuma sempat telefon my Best Friend si Hafiz, minta tolong dia untuk jaga dan tengok-tengok mak dengan abah aku sepanjang aku tiada di Malaysia ni. Terkejut beruk dia, tetiba je aku cakap nak terbang ke China. Memang aku saje je buat surprise tak bagi tahu dia tentang trip last minit ni. Alhamdulilah tak sampai 10 minit kami kat boarding hall P11 tu, semua penumpang dijemput mengisi ruang perut pesawat. Hujan masih mencurah-curah masa tu. Aku berdoa agar perjalanan kami akan selamat dan baik-baik sahaja. 



Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Nanning Wuxu International Airport mengambil masa 4 jam lebih. Tiada perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan Nanning. Cuma keadaan persekitarannya sahaja yang berbeza. Alhamdulilah seperti biasa, dalam penerbangan, aku akan siap-siap pre-order makanan supaya kat tempat orang nanti tak la kelaparan pulak. Kegemaran aku seperti biasa Nasi Beriyani Bukhari dan secawan Coklat Panas. Seat banyak jugak yang kosong dalam pesawat tu. Mungkin Nanning masih belum yang tahu keistimewaannya, maka bukanlah pilihan ramai orang. 



Alhamdulilah, kami selamat mendarat di Nanning seperti yang dijadualkan, iaitu pada pukul 4.20 petang. Kami dimaklumkan oleh pramugari bahawa suhu di Nanning pada masa itu ialah sekitar 14ºC. Kabus tebal menutupi pemandangan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu. Perasaan gembira mula terbit dalam diri. Baju panas mula aku keluarkan dari perut beg galas yang aku bawa sebagai hand carry. Badan yang kurus mulai gemuk dengan baju panas tu. Hehe.. Sempat la juga bergambar di laluan aerobrige yang lutsinar berlatar belakangkan pemandangan Lapangan Terbang Nanning. Cantik juga pemandangan lapangan terbang diorang ni. Rasanya masih baru. Penerbangan antarabangsa tak begitu banyak berbanding dengan penerbangan domestik. 
Almaklum la China kan sebuah negara yang besar dan luas. Jadi tak mustahil penerbangan domestik melebihi antarabangsa. Seperti biasa untuk ke China, kita kena memohon visa sebelum penerbangan. Untuk trip last minit ni, aku dengan kak Maz dah mengurus permohonan visa ni 2 minggu sebelum kami berangkat. Untuk permohonan single entry macam kami ni, yuran yang dikenakan ialah RM85. Kami buat di Pejabat Permohonan Visa China di 157 Hampshire Place. Boleh refer kat Blog AbgKhairuddin. Dan setibanya di sana, kita kena mengisi terlebih dahulu borang Arrival yang berwarna kuning. 



Borang ni sepatutnya disekalikan dengan pasangannya, iaitu borang Departure. Tapi masa aku sampai hari tu, borang ni telah diceraikan secara berasingan. Selesai tu, kena la beratur dan tunggu giliran untuk melepasi tapisan imigresen China. Masa tu, kami ditegur oleh tiga orang gadis melayu yang juga dalam penerbangan yang sama dengan kami. Ye la dah sampai tempat orang, kita jadi golongan minoriti, maka kena la bersatu kan… hehehe… Diorang ni travel untuk 4 hari je. Tolak hari perjalanan dan balik, tinggal 2 hari je. Sempat ke nak pusing seluruh Nanning? Tak ape la trip diorang kan. Alhamdulilah, urusan di situ selesai. Kami bergerak untuk ambil anak gajah memasing dan kena scan sekali lagi di kaunter kastam China pula. Time ni, salah seorang daripada gugirl melayu tadi kena tahan. Tak tahu la apa masalahnya. Nasib baik kami punya semuanya lepas tanpa sebarang masalah. Syukur la. Selesai semua, aku dengan kak Maz pun akan memulakan pengembaraan kami di bumi China spesifiknya di Wilayah Guangxi selama 10 hari, 9 malam. Kami pun melangkah keluar dari pintu airport. Mak aih, sejuk sampai ke tulang mula terasa apabila ditiup angin petang di Nanning dengan suhu yang sejuk. Rancangan kami ialah nak menuju ke Hostel yang telah kak Maz booking siap-siap dari Malaysia. Hostel kegemaran ramai ialah Green Forest Hostel yang terletak di pusat Bandar Nanning. 



Dari airport, kami menaiki shuttle bas yang berada di terminal no.1. Tambang ialah RMB20. Bayar dekat perempuan yang jaga di pintu bas tu. Dah bayar, dia akan bagi tiket. Beg yang besar boleh letak dekat bawah bas dan akan ditagging oleh driver bas tu. Lepas tu boleh naik dan duduk la di mana-mana kerusi yang kosong. Free and Easy ye. Kami duduk di belakang sekali sebab bahagian depan semuanya dah penuh. Keadaan sekitar lembab-lembab dan langit mulai nak gelap walaupun masa tu  baru sekitar pukul 5 petang. Bas ni akan direct ke Chaoyang Road, iaitu stesen terakhirnya di Pusat Bandar Nanning. Perjalanan sekitar 40-45 minit. Dalam perjalanan tu, kami bertemu sekali lagi sepasang couple cina yang berasal dari Nanning jugak kot. Mereka ni, aku perasan masa dalam flight, diorang duduk di kerusi hadapan kerusi kami. Lepas tu jumpa sekali lagi masa di tempat tuntutan bagasi dan jumpa lagi dalam shuttle bas tu jugak. Aku senyum-senyum je kat diorang. Diorang pun senyum balik. Nak dijadikan cerita, masa kami telah sampai di stesen terakhir bas, iaitu di Chaoyang Road tu, kami agak terpinga-pinga sebab dah tak ada line untuk kami bergantung harap nak mencari arah ke alamat hostel. Nasib baik la pasangan couple cina ni la yang baik menegur kami dalam bahasa China dan sesekali dalam bahasa Inggeris yang light-light je. Siap buka map kat handphone dia untuk tolong kami cari arah ke hostel. 



Terima kasih sangat kat diorang ni. Tu la tak rugi kalau kita senyum kat orang kan. Hehe…Masa tu juga, keadaan agak lembab dan sejuk, mungkin baru lepas hujan kot. Jalan pun basah dan dah gelap. Kami pun mula mendukung anak gajah masing-masing dan berjalan perlahan-lahan mencari arah. Menurut petunjuk dari booking.com tu, hostel tu berhampiran dengan pasar raya Parkson. So kami main redah je mencari Parkson. Bas dan motorsikal kat sana sangat banyak ye. Motornya pulak tiada bunyi deruman enjin. Senyap je. Tau-tau je ada bunyi hon di belakang. Motor diorang ni guna bateri kaedahnye. Kami masih menapak sampai la kami ternampak tulisan Parkson di suatu sudut bangunan tinggi. Alhamdulilah. Mungkin ini la kot Parkson yang dimaksudkan. Kami ikut instinct je.Dah sampai situ, kami dah mula lost, sebab banyak sangat lorong-lorong kecil dan ditambah pula dengan ramainya umat Nanning yang duk sibuk lalu-lalang dengan urusan masing-masing. Akhirnya, kami terpaksa menggunakan talian hayat. Kak Maz terpaksa on roarming telefonnye untuk membolehkan kami cari arah gunakan internet di telefon. Baru la kami tahu arah ke Green Forest Hostel. Sebenarnya kami dah hampir dengan lokasi hostel. Kami pun meneruskan lagi berjalan menuju ke simpang sebelah kanan dari kedudukan semasa kami di Jalan Minzhu. Land marknye ialah sebuah bangunan pagoda yang terletak di tengah-tengah simpang empat jalan besar. Green Forest Hostel ni terletak di Jalan Jiefang. Hostel ni pernah diinap juga oleh beberapa orang blogger tegar yang kaki jalan dari Malaysia. Memang direkomen untuk korang yang nak backpack. 




Harga berpatutan dan selesa. Alhamdulilah, kami jumpa juga dengan hostel ni akhirnya. Lokasi hostel ni sebenarnye ialah di tingkat 3. Receptionist memerlukan passport kami untuk urusan check-in dan deposit RMB20 setiap seorang. Harga satu malam ialah RMB….. Bilik kami di tingkat 5. Kena la menapak lagi dengan anak gajah. Huh… memang mencabar mental dan fizikal ye.. haha.. Akhirnya dapat juga kami melepaskan lelah setelah penat melalui dugaan hari pertama perjalanan di Nanning. Kami masuk ke bilik masing-masing untuk mandi dan makan malam dengan bekal yang kami bawa. Menunya, nasi goreng kampung dalam Pek Brahim dengan lauk tambahan yang mak aku buat, iaitu sambal bilis yang menjadi penambah perisa dan segelas milo panas. 


Arghh…. Baru la rasa lega. Selesai semua urusan tu, kami pun turun semula ke lobi hostel untuk ambil passport yang kami tinggal pada receptionist tadi untuk dia key-in maklumat kami semasa daftar masuk tadi. Sambil-sambil tu, kami pun bertanyakan juga beberapa info yang kami perlukan untuk perjalanan esok. Sempat juga kami bergambar di kawasan lobi ni. TV juga disediakan di sini untuk ditonton beramai-ramai. Dalam bilik memang tak disediakan TV ye. Konsep dia, sharing is caring. Hostel ni ada bilik yang ada bilik air dalam bilik dan ada juga bilik yang kena berkongsi bilik air di luar. So, it depends on jenis bilik yang korang booking. Kami ambil bilik yang ada private bath room dalam bilik. Memang selesa. Ada juga disediakan cerek elektrik, pemanas bilik dan toiletaries dengan slipper di dalam bilik. Wifi juga boleh diakses di setiap bilik dengan percuma. Kami pun dah kepenatan, maka kami decide untuk tido awal dan rehat sahaja malam tu untuk berjalan pada keesokan harinya pula.

16 ulasan:

  1. Lama betul Farel menyepi...

    Destinasi yang agak asing ni.. lama pulak tu...tentu banyak tempat yang menarik di sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan PLM...lama tul menghilang

      Padam
    2. Lepas buat entry dia sambung bertapa balik... hehe

      Padam
    3. ahakss..mkn tahun lah nk tggu entri China ni tamat

      Padam
    4. Hahaha..... lama sungguh tidak bersua dgn dua org travelholic tegar dan pengomen tegar blog farel yg nan hado ni... terima kasih ye PLM dgn sis JM. nak reply pun lambat kan.. sori ye sebab sentiasa bz outstation sana sini. Insyallah akan cuba dikarang sampai habis. deraf tu dah ada dari hari pertama sampai hari terakhir dalam diari. tinggal nak publish dengan letakkan gambar je. sampaikan trip yang sebelum ni semuanya tak sempat ditulis. hahaha... kene menuntut ilmu dengan PLM dan sis JM ni. anyway, next two weeks farel nak ke Aussie dah. Doakan farel dgn kawan2 selamat pergi dan pulang.

      Padam
    5. Wah sambung trip ke Ostolia pulak... jawabnya memang susahlah nak katam entry China tu...hehe

      Anyway selamat bermesra denga kangaroo dan koala nanti...

      Padam
  2. boarding time pukul berapa bila sampai kanuter meraju2 nk check in...sis JM pernah jugak sampai lewat di kaunter check ketika nk ke Thailand last year..mcm nk luruh jantung..tapi belum share story :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.... pengalaman sgt kan sis JM... kecut perut time tu... hehehe

      Padam
  3. kiranya 2 org cina dari naning yg buka hp cari route tu tak membantu lah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala... membantu light-light jer. ok la. masalah komunikasi membataskan perhubungan kami.

      Padam
  4. x sabar nk baca sambung entri ni nak tahu apa yg menarik di naning..lepas tu boleh beli tiket sana pulak

    psst : kenapa x mention harga bilik ber night tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... insyallah sis JM. farel akan berusaha untuk finishkan story ni. semua dah ada dalam draf. tinggal nak susun gambar dan publish jer. hehehe... I tak segigih you sis.. hehehe

      Padam
    2. betul la.. harga bilik tu tertinggal nk tulis ke or sengaja nk berahsia..hehe

      zinziemeewah

      Padam
  5. uish.. cepat update next day.. nk tgok keindahan naning. mana tau pasni blh masuk list..hehe

    zinziemeewah

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Thank you. Tapi masih banyak yang belum saya habis story.. hehehe

      Padam