Ahad, 12 April 2015

Nanning, China Day 2



Hari Kedua
Tarikh: 27 Disember 2014 (Sabtu)
Lokasi: Nanning

Hai uols. Bersambung lagi untuk cerita pada hari kedua di Nanning.Actually, aku baru je selesai trip ke Sydney dan Melbourne, Australia dua minggu lepas. Ok sebelum aku lupa nak story pasal trip nanning ni, so adalah lebih baik dan gigihnya aku story panjang sederap untuk satu hari punya cerita. Aku try untuk habiskan jugak story ni sebelum dicarut marut oleh kawan-kawan blogger tegar di sini. hehehehe.... OK Lets! Sebenarnya trip last minit aku dengan kak Maz ni, walau pun dikira sebagai trip mengejut, tetapi kami masih sempat juga membuat sedikit carian info tentang Nanning dan Guilin serta membuat perancangan ringkas untuk mengatur perjalanan kami sepanjang tempoh 10 hari 9 malam. Ye la, kalau tak mesti haru biru jugak kami di sana nanti. Mana kan tidaknya, di China ni, kebanyakan rakyat mereka ni sukar untuk berbahasa Inggeris. Maka, komunikasi memang menjadi masalah utama kami untuk menjalankan aktiviti di sana. Jadi, kalau ada serba sedikit maklumat, paling tidak kami tak akan sesat terlalu jauh.

Untuk hari kedua, aku bangun seawal pukul 4.45 pagi. Pergh…. Suhu pada pagi tu memang sangat sejuk. Ditambah pula, hujan turun agak lebat. Dalam kesejukan pagi tu, aku beranikan juga untuk mandi dengan air panas dan bersiap-siap untuk keluar memulakan pengembaraan di bumi Nanning. Selesai solat subuh, aku bancuh secawan milo 3 in 1 dan mee maggi untuk mengalas perut. Hujan masih turun membasahi bumi Nanning. Aku tetap berdoa agar hujan akan reda sedikit dan membenarkan kami keluar. Hampir pukul 7.00 pagi, setelah berbincang dengan kak Maz, kami terpaksa juga meredah hujan yang telah sedikit reda.



Perkara pertama yang kami perlu lakukan ialah untuk membeli tiket keretapi dari Nanning ke Guilin. Ini bagi memastikan perancangan kami tidak akan tergendala dek kerana kehabisan tiket pula kalau tak beli awal-awal. Dari Green Forest Hostel, kami hanya berjalan kaki sahaja dengan berpandukan panduan daripada peta lokasi hostel. Kalau ikutkan peta yang diberi, memang Nampak macam dekat je kedudukan stesen keretapi Nanning ni. Tapi, setelah berjalan kaki mencari, agak jauh juga rupanya. Hampir 30 minit kami berjalan mengharungi hujan dan meredah lorong-lorong kecil di jalanan mencari stesen keretapi Nanning yang terletak di Jalan Zhonghua. Sepanjang aku berjalan tu, sempat juga aku snap beberapa gambar pemandangan sekitar dan gelagat masyarakat tempatan. Waktu ketika tu sudah menjangkau pukul 10 pagi. Pekedai pun baru nak membuka kedai. Ada juga yang baru nak bersarapan dengan mee sup yang panas. Nampak macam sedap je. Apa yang boleh aku perhatikan, kebanyakan golongan wanita diorang ni, berpakaian stylo dengan pelbagai jenis fesyen. Yang lelakinya pula, biasa-biasa je. Kalau tak percaya cuba tengok gambar yang sempat aku snap ni. Korang mampu bawak basikal pakai high heel macam ni? Hehehe… Kelass kau Jahh!!


Akhirnya, kami jumpa juga stesen keretapi Nanning. Kami ikut je orang yang berjalan bersama-sama kami yang juga menuju ke stesen tu. Untuk masuk ke dalam kawasan stesen keretapi, kita kena tunjukkan passport kepada pegawai diorang yang jaga di pintu masuk.


Bagi masyarakat tempatan, diorang akan tunjukkan kad pengenalan mereka. Lepas tu pula, kita kena scan beg seperti di airport tu ye. Ermm… sungguh ketat prosedur kawalan keselamatannya ye. Kami ikutkan je la sebab bukan tempat kita kan. Rasanya pada masa tu, hanya kami je orang asing di situ, maka tak hairan la, banyak mata yang memandang kami dengan pandangan yang pelik seolah-olah ada alien yang baru turun di tempat mereka. Hehehe…. Kami buat don’t know je. Siap ambik-ambik gambo lagi di depan stesen keretapi tu sebagai kenangan walau pun banyak sangat orang yang sedang sibuk lalu-lalang dekat situ. Kami terus masuk dan mencari papan tanda untuk kami belikan tiket. Sepatah haram ada tulisan inggeris ye. Semuanya bahasa cina yang kami tak faham. Kami jalan ke sebelah kanan dan ternampak signboard kaunter tiket dan terdapat banyak orang yang sedang beratur untuk beli tiket. At last, aku ternampak, kaunter khas untuk berbahasa inggeris. Kami pun beratur di situ.




Tiba giliran, kami pun speaking dengan petugas di kaunter tu, seorang lelaki. Kami cakap pada dia untuk dapatkan tiket ke Guilin pada keesokkan pagi. Malangnya, dia pun tak pandai berbahasa inggeris. Ciss! Nampaknya orang-orang diorang ni memang sangat susah untuk berbahasa Inggeris. Dek sebab sukar berkomunikasi, dia memanggil kawannya, seorang perempuan yang boleh la berbahasa inggeris sikit-sikit yang boleh la untuk kami faham. Akhirnya, misi mendapatkan tiket telah Berjaya kami beli dengan kesukaran berbahasa ye. Hujan masih lagi turun dalam keadaan renyai. Kami meneruskan perjalanan.



Destinasi seterusnya ialah, kami berjalan ikut arah kembali ke Jiefang Road, iaitu arah ke Green Forest Hostel untuk mencari lokasi sebuah masjid yang terletak di Bandar Nanning sebab mengikut info dari blogger yang pernah aku baca, terdapat kedai makanan halal di situ. Alhamdulilah, kami akhirnya jumpa juga restoran tersebut. Kami memberi salam kepada pekedai tersebut untuk memastikan status keislaman diorang. Alhamdulilah mereka menjawab salam kami tu. So tak was-was la kami untuk menikmati makanan di situ.




Cuma, sekali lagi masalah timbul untuk kami berkomunikasi dengan pekedai tu untuk order makanan yang kami nak makan. Nasib baik la ada beberapa gambar makanan yang diletakkan di sekeliling dinding kedai. So kami order main tunjuk-tunjuk je dekat gambar di dinding tu. Style makan di kedai di Nanning ni, diorang tak ada menjual minuman macam di Malaysia. Konsepnya, makan hanya makan.



 




Ni video yang aku rakam cara diorang buat mee ramen tarik secara manual guna tangan. kagum aku sekejap. hehe..
Kalau nak minum, pandai-pandai la korang bawak air sendiri atau beli air botol yang diorang jual dalam peti sejuk. Kami order mee tarik atau disebut ramen sup. Dihidangkan dengan hirisan daging. Sebagai penambah perisa, di atas setiap meja, disediakan sambal goreng dan sebotol kicap cair. So korang boleh tambah sendiri ikut citarasa masing-masing. Sedap juga rasanya makan time sejuk-sejuk ye. Semangkuk mee ramen ni, portionnya memang sangat banyak. Memang terbelahak la korang makan.






Sangat mengenyangkan sepanjang hari rasanya. Alhamdulilah, selesai makan dan membayar, kami pun melangkah keluar dari kedai dan kami terus menuju ke bus stop di Minzhu Road.  Dalam beberapa langkah, kami disapa oleh pekedai tadi dengan meluru ke arah kami dengan menaiki motorsikalnya. Terkejut kami. Rupa-rupanya, dia nak pulangkan duit aku RMB5 sebab sepatutnya mee ramen yang aku makan tu hanya RMB10 je. Dia tersilap kira katanye. Ohh…. Sungguh jujur dan baiknya pekedai tu. Aku pun cakap terima kasih banyak pada dia dan berlalu pergi.





Hujan masih belum reda. Kami tetap kena meneruskan perjalanan. Destinasi kami seterusnya ialah ke Qingxiu Mountain Park. Untuk ke sini, kami menaiki bas yang bernombor 10 dan turun di stesen terakhir.



Kawasan ni sebenarnya macam sebuah taman rekreasi dan beribadat bagi masyakarat tempatan. Dari atas puncak bukit ni, sebenarnya korang boleh melihat pemandangan yang sangat cantik. Tapi, malangnya, ketika kami ke sana, hujan masih lagi belum berhenti. Kabus juga agak tebal, jadi tak berapa menarik la kalau bergambar. Rupanya, di dalam bas yang kami naik tu, hanya kami sahaja penumpang yang tinggal.



Pemandu tu siap Tanya nak turun kat mana pada kami dalam bahasa china. Aku tunjuk pada arah signage dalam bas tu yang kami nak turun di last station. Dia turun kan kami di pintu utara Qingxiu Mountain Park. Untuk pengetahuan, taman ni mempunyai banyak pintu masuk. Macam kami hari tu, masuk melalui pintu utara. Kami terpaksa menapak ke atas dalam hujan renyai dan terus ke kaunter tiket. Beli tiket untuk masuk dan tiket untuk menaiki mini bas. Kalau tak hujan, memang kami jalan kaki je. Ambik gamba yang mana sempat di snap je time atas bas tu. Bas berhenti di salah buah tokong di tengah-tengah taman. Ada juga kedai kopi di pintu masuk ke tokong  tu. Kami turun di situ dan redah je masuk ke kawasan tokong. Saje nak tengok apa yang ada kat dalamnye. Snap la kami beberapa gambar di situ.













Usai bergambar bagai di taman ini yang hampir satu jam setengah, kami pun berjalan mencari pintu keluar. Hujan mulai reda. Kami tercari-cari pintu keluar yang mungkin berdekatan dengan bus stop, malangnya tidak terjumpa di situ. Jadinya, kami pun main redah je. Kami berjalan kaki merentasi jambatan dan kaki lima jalan yang menuruni bukit dalam kesejukan cuaca tengah hari di situ. Dekat situ juga ada banyak deretan kedai yang menjual cenderamata dan kedai makan tapi tak halal ler.








 
Alhamdulilah, kami jumpa juga bus stop setelah melalui kawasan perumahan dan bus station yang tak diketahui namanya. Hehehe.. Dekat setiap bus stop, memang ada list laluan bas yang akan berhenti di situ. Untuk mengelakkan daripada terus sesat, kami akan sentiasa menggunakan bas yang bernombor 10 untuk balik semula ke Minzhu Road. Maksudnya kami berpatah balik ke arah hostel. Sampai di Minzhu Road, kami menaiki teksi untuk ke Muzium Masyarakat China, iaitu Guangxi Museum of Nationalities. Jauh jugak perjalanan ke muzium ni. Dengan menaiki teksi, Bayarannya adalah antara RMB20 ke RMB30. Sepanjang perjalanan, kita akan melalui kawasan perkampungan dan sungai.







Kawasan Muzium ni memang jauh ke dalam. Perkhidmatan bas memang disediakan tetapi dengan kekerapan laluan yang sedikit. So kalau uols nak ke sini pastikan datang awal-awal ye, sebab kalau lewat, bas dah tak berapa nak ado. Nanti balik jalan la kaki sampai lebam. Jauh weh! So kami sampai di depan pintu masuk muzium. Yang bestnya, masuk adalah Free! Diulangi Free ye! So memang kami pun nak save cost, jadi apa lagi. Lets!








Muzium ni, sebenarnya aku sendiri pun tak tahu menahu pasal kewujudannya, jadi aku just follow je kakakku kak Maz. Dia yang buat itinerary kami. Katanya muzium ni bertaraf world heritage hokay! Muzium ni memang luas dan besar. Belah belakang muzium pulak sedang dibina kawasan perkampungan mini dengan beberapa buah rumah tradisi masyarakat dan suku kaum depa. Ala yang macam kat Melaka tu ler.. Di sebelah dalam pulak, dibahagikan kepada beberapa seksyen dan tingkat. Kalau tak salah aku, ada 3 tingkat semuanya. Setiap tingkat ada dua sayap. Setiap sayap, ada beberapa seksyen pameran. Lama jugak kami spend time kat sini. Sampai muzium dah nak tutup baru kami keluar hokay. Sebab best jugak tengok artifak dan info tentang suku kaum yang ada di Negara China ni. Puas jalan kat dalam bangunan, kami keluar jalan kat kawasan belakang pulak. Sini pun best, walaupun, kawasan tu masih sedang dalam proses pembinaan dan sedang dihias-hias bagai,  kami buat bodo je. Kami redah selamber je masuk. Diorang pun tak kesah. Kat dalam ni ada kolam, ada orang nyanyi-nyanyi, ada pokok maple dan macam macam lagi. Dan yang menjadi dramanye ialah time kami nak balik.


































Setelah kami keluar dari pintu pagar muzium, kalau tak salah time tu dah pukul 5 petang waktu Nanning. Time orang balik keje oi… kami dengan penuh konfiden tunggu la bas kat depan pintu pagar muzium tu sebab tengok ramai je yang tunggu bas kat situ. Hampir 30 minit juga kami berdiri kat situ. Tapi bas tak muncul-muncul jugak. Untuk memastikan yang bas akan lalu kat situ or tak? Kami pun pergi bertanya kat orang yang tunggu bas kat situ. Seperti biasa, apabila ayam bercakap dengan itik la kan.  Nasib baik, kami jumpa seorang amoi dengan suami dia. Amoi ni, dia kerja sebagai receptionist kat kaunter pertanyaan dalam muzium tu. Orangnya stylo. Baik dan sangat membantu. Walaupun dia tak pandai berbahasa inggeris, tapi dia faham apa yang kami cakap. So dia kan reply guna apps translation dlm handphone dia. Suami dia pun sama. Diorang cakap, bas tak berapa nak ada lagi time macam ni. So diorang suggest naik teksi. Tapi batang idung eksoz teksi pun nan hado, so diorang siap call kawan diorang untuk jemput diorang dan nak tumpangkan kami sekali ke pusat Bandar. Baik sangat. Kalau nak cakap dirang ni nak kidnap kami, mustahil sebab raut wajahnye memang orang yang baik. Alhamdulilah, akhirnya ada sebuah bas datang. Memang penuh la bas time tu. So kami semua berebut-rebut naik bas. Pastikan duit kecil adanya. Tambang RMB1. Disebabkan kami je orang asing merangkap alien kat atas bas tu, kami diberi ruang untuk duduk. Baik kan diorang. Kami duduk dekat dengan amoi dan suaminye tu. Sepanjang jalan, kami tetap berkomunikasi dengan bantuan translation handphone dia. Kami perlu transit dua kali. Turun di sebuah bus stop, then tukar bas lain untuk ke pusat Bandar nanning. Dekat bus stop transit tu, kami sempat bergambar dengan diorang ni.




Siap bagi-bagi emel ko dengan kak Maz. Tak beberapa minit kemudian, bas nak ke pusat Bandar pun sampai. Pemandu bas adalah perempuan ye uols!. Kami naik sekali lagi dengan pasangan tu. Laki dia siap bayarkan tambang kami guna kad touch n go dia. Dia cakap, dia belanja. Baik sangat diorang ni. Dia siap pesan, turun kat station yang mana satu, takut kami sesat sebab diorang akan turun di station yang awal dari kami. Akhirnya kami pun sampai semula ke station Minzhu Road dan berjalan kaki balik ke hostel. Sampai kat bilik pun dah lewat malam. Badan dan kaki baru mula terasa sakit. Hahaha…. Malam tu, kami makan dekat bilik je lepas mandi dan solat. Lepas tu tidur ye sebabnya esok awal pagi pagi nak bergerak ke Guilin pulak.

8 ulasan:

  1. Keluar bertapa.. .tentu janggut panjang sejengkal... hehe

    Leceh betul jalan2 waktu hujan ni... foto mesti kureng sikit...

    Mana foto masjidnya,,,

    Mee tu di China dipanggil lamien... kalau ramen tu di Nippon...

    10 hari holiday tersangatlah bestnya...

    Tapi PLM memang tak minat masuk muzium...

    Bila pulak posting Sdney & Melbourne akan keluar...

    Buat teaser dulu kalau boleh Farel...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... PLM memang selalu jadi pengomen tegar blog farel yang tak seadanya ni. TQ PLM. Suka dgn komen PLM sebab ada unsur pembakor semangat! Yeahh!!

      Jalan time musim hujan memang buat trip and mood kita spoiled. Tapi itu semua bukan kuasa kitakan...Redo je la

      Foto masjidnya ada dalam hari-hari last kat sana. sebabnya dah lapar, habis lupa semua tujuan asal. Plus kami tak makan pun kat masjid tu. restoran tu dekat-dekat je dgn masjid nanning ni.

      istilah Lamien tu mcm bunyik ramen je. ingatkan sama. hehehe.. TQ PLM for the correction.

      10 hari berjalan memang best, tapi yang tak bestnye kene menulis catatan perjalanan 10 hari itu. hehehe. lepas tu pulak, ada trip yang bersambung mcm trip ke sydney dan melbourne ni. Jawabnye kena la bertabah dengan buat teaser dulu mcm cadangan PLM tu.

      Padam
  2. ahaaaa...akhirnya entri baru yg d tunggu dah keluar..berjanggut sis JM tunggu...jap nak baca!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yehaaa... kakak pengomen tegar dan terkemuka seantero dah datang. mai mai.. masuk.. maap ler rumah dah bersawang. heeee

      jangan tumbuh janggut sis, nanti habis semua peminat lari lintang pukang.. hehehe

      Padam
  3. Salam! Singgah di sini. Thanks for dropping by ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam! Thanks Pojie sudi singgah di sini. Keep in touch blogging together!

      Padam