Tarikh: 16
Mac 2015 (Isnin)
Lokasi:
Sydney – Melbourne
Assalamualaikum,
salam sayang untuk semua. Ok masih dalam mood untuk aku story catatan trip ke
Australia pada hari yang ketiga semasa berada di sana. Seperti biasa, aku akan
story semua aktiviti yang aku dah buat sepanjang hari ketiga ni supaya tak
banyak sangat entri yang aku kena tulis lepas ni. Al-maklumlah, nanti mood dah
lari, kembali bersawanglah blog ni. Disebabkan ada kengkawan blogger yang bagi
aku semangat untuk terus setelkan story ni, makanya semangat nak setelkan story
ni makin membuak-buak hokay! Thanks uolss!!
Ok, lets
story! seperti yang aku dah cakap dalam entry sebelum ni. Boleh refer di sini. Untuk hari ketiga, kami terpaksa
bangun awal pagi sebelum subuh menjelma untuk mandi dan bersiap-siap ke airport
Sydney sebabnya kami akan fly pulak ke Kota Melbourne dengan penerbangan awal
pagi. Tiket flight untuk kami ke sana, aku dah siap-siap booked semasa berada
di Malaysia lagi dan dah siap-siap jugak check-in online boarding pass untuk
semua ahli jemaah. Kami just nak drop luggage je di airport nanti. Penerbangan
adalah dengan menggunakan Tigerair Australia. Time aku beli tu ialah harga
promo Tigerair. Tapi boleh tahan jugak price dia. Harga tiket yang aku dapat
untuk return (Sydney-Melbourne) dengan 20 kg luggage ialah AUD148.90 seorang. Tigerair
ni merupakan antara penerbangan tambang murah yang ada di Australia selain
beroperasi jugak di Singapore. Actually, korang boleh je pilih nak menggunakan
penerbangan domestik yang mana korang berkenan. Ada banyak choices. Antaranya,
Virgin Australia, Jetstar, Qantas, Scoot dan lain-lain. So korang kena la buat
sedikit uji kaji di Internet dan boleh la buat kira-kira berdasarkan kemampuan
masing-masing.
So, untuk
perjalanan kami pada pagi tu ke airport Sydney, kami pilih untuk menggunakan
perkhidmatan Shuttle Bus yang boleh di booked dari reception hostel. Aku rasa
perkhidmatan ni ada disediakan di setiap rangkaian hotel dan hostel di
Australia. Cuma mungkin syarikatnya sahaja yang berbeza-beza. Ye la, dalam
keadaan mamai-mamai dalam ke”excited”an…. Haha.. ada ker istilah tu? Belasah
je la… berjalan-jalan melihat alam dengan kami yang mengendong, mendukung
dan menyeret anak-anak gajah dan badak itu, makanya kami memilih untuk tidak
menyeksa diri dengan menggunakan perkhidmatan ini. Ok la jugak, sebab harganya
pun tak la mahal sangat. Jadi berbaloi untuk difikirkan. Kalau diikutkan, tambang
untuk seorang ialah AUD12, tapi kami dapat AUD10 seorang. So, memang
berbaloikan! Perkhidmatan shuttle bas ni, akan menjemput setiap tetamu di depan
muka pintu hostel atau hotel yang kita inap. So dia akan pick-up semua guest
yang dah booked. That’s why, kita kena maklumkan awal-awal pada reception
hostel kalau nak gunakan perkhidmatan ni. Dia akan penuhkan seat bagi setiap
trip yang dilaluinya.
Untuk
makluman lagi, airport di Sydney ni, ada beberapa terminal dan bergantung pada
syarikat penerbangan apa yang kita gunakan. Bagi penerbangan dengan Tigerair,
terminal operasinya ialah di terminal 2. Terminalnya tak la besar berbanding
KLIA 2 kita tu. Tapi seperti airport yang lain, tak lekang dengan keramaian
umat di kawasan ini walaupun pada waktu awal pagi. Flight kami pagi tu ke
Melbourne berlepas pada pukul 8.45 pagi. Disebabkan tak nak ambil risiko
tertinggal flight, maka kami sampai 2 jam awal. Ye la, untuk selesaikan urusan
check-in luggage semua, pemeriksaan keselamatan di airport bagai, makanya itu
semua perlu difikirkan jugak ye. Untuk penerbangan domestik, pemeriksaan
imigresen dan kastamnye tak la seketat di pintu perlepasan antarabangsa.
Maksudnya, di sini takde la strict sangat. Air mineral pun boleh dibawa naik
dalam kabin. Siap pegawai depa cakap, “its ok sir, you can bring it along”. Hehehe….
Alhamdulilah,
semua urusan berjalan lancar. Setelah kami masuk ke balai perlepasan, perghh…. Punya
la ramai umat yang duk tunggu masa untuk berlepas ke destinasi masing-masing.
Disebabkan penerbangan kami ni masih lagi lambat, which is 2 hour more. So kami
duk terlentok-lentok la menyandar dekat dinding. Tidur-tidur ayam kaedahnye. Ye
la, mau nyer idak kan, sebab gigih bangun awal, takut tertinggal flight di
tempat orang pulak tu. Setelah semua tetamu dipanggil untuk menaiki pesawat,
kami pun berjalan ikut je laluan yang disediakan. Follow je mat and minah
salleh Aussie di sini. Seat aku terpisah dengan ahli jemaah. Diorang bertiga
dapat duduk sebaris. Penerbangan dari Sydney ke Melbourne mengambil masa
kira-kira 1 jam setengah jugak. Melbourne ni merupakan sebuah kota yang
terletak dalam negeri Victoria di sebelah selatan Australia. Kalau ikut plan
aku, kami ke Melbourne ni just untuk menikmati pemandangan di “The Great Ocean
Road” dan bergambar di “The Bathing Box” yang terletak di Brighton Beach je
sebenarnye. Banyak lagi tempat yang boleh kita kunjungi di Melbourne ni. Tapi
disebabkan kami tak ada banyak masa, jadi itu je yang aku plan untuk buat di
sana. Insyallah ada rezeki lagi, mungkin dalam trip yang akan datang boleh la
aku terjah tempat-tempat lain pulak di Melbourne ni.
Alhamdulilah,
penerbangan kami ke Melbourne berjalan lancar dan kami selamat mendarat di
Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne mengikut jadual, iaitu pada pukul 10.20
pagi di Terminal 4, untuk penerbangan domestik. Terminal 4 ni, masih dalam
proses pembinaan, so tempat untuk claim luggage pun ala-ala simple je. Lepas
kami dah claim semua anak-anak gajah dan badak masing-masing, kami pun
memulakan pengembaraan di Melbourne selama 3 hari 2 malam. Destinasi
pertama ialah untuk ke Malaysian Hall Melbourne untuk kami bermalam sepanjang
tempoh berada di sini. Untuk mendapatkan penginapan di sini, aku dah siap-siap
booked dari Malaysia. Kene isi borang yang boleh dimuat turun melalui laman web
dan e-mel terus pada warden Malaysian Hall. Dalam sehari dua, e-mel akan
dibalas untuk mengetahui status booking yang dibuat tu lulus atau tak. Dekat
sini, kadar bayarannya adalah jauh lebih murah berbanding dengan kadar sewa di
hostel atau di hotel. Ye la, kami pun bukan nak duduk lama di sini. Total harga
bilik yang kami sewa untuk 2 bilik sepanjang tempoh 2 malam ialah AUD220 je dan
bila dibahagi 4 orang, jadi seorang hanya bayar AUD55 je.
Ok, untuk ke
Malaysian Hall Melbourne, ada macam-macam cara. Antaranya dengan menggunakan
bas, teksi atau train. Tapi cara yang paling mudah dan tidak menyiksa diri
dengan mengangkut anak-anak gajah dan badak yang berat tu adalah dengan menaiki
Starbus Airport Shuttle. Perkhidmatan ni, akan menghantar guest direct terus ke
muka pintu destinasi yang kita tuju. Haaa… so easy kan!. Untuk mendapatkan
tiket, kita perlu berjalan kaki menuju ke bangunan Terminal 1 yang terletak di
bangunan bersebelahan dengan bangunan Terminal 4 ni. Jalan kaki lebih kurang
dalam 10 minit. Cari International Arrival Hall, then cari kaunter perkhidmatan
Starbus Airport Shuttle. Masa nak beli tiket, kita akan ditanya sama ada nak
tiket yang sehala atau return. Jadi untuk memudahkan urusan kami untuk balik
semula ke airport dari Malaysian Hall, aku pilih untuk ambil tiket return. So
sehari sebelum nak balik ke airport tu, kita kena call diorang untuk confirmkan
pukul berapa nak dijemput dari Malaysian Hall. Ok, selesai satu masalahkan.
Harga tiket ialah AUD30 seorang. Selesai beli tiket, kita kena tunggu shuttle
bas di tempat menunggunya, which is di depan bangunan utama terminal. Jadi,
kami kene berjalan sikit dan cross jalan untuk ke bus stop yang ditandakan
dengan warna yang berbeza. Untuk Starbus ni, warna pick stopnye ialah biru. Don’t
worry, petugas kaunter tiket tu akan tunjukkan directionnye. Bila shuttle
datang, tunjukkan tiket pada driver. Anak-anak gajah dan badak tu akan dihumban
dalam tempat khas di belakang bas.
Sebenarnye
jauh jugak lokasi Malaysian Hall Melbourne ni dari Airport Tullamarine. Perjalanan
lebih kurang dalam 45 minit ke 1 jam jugak. Tapi sepanjang perjalanan tu, kami
disajikan dengan pemandangan sekitar Bandar Melbourne. So tak la bosan. Memang
cantik dekorasi kawasan perumahan di sini dengan landskap yang beraneka jenis
bunga-bunga dan buah-buahan yang hidup subur di sini. Saujana mata memandang
sangat! Kami sampai
di muka pintu Malaysian Hall tu agak awal, iaitu lebih kurang dalam pukul 12.30
tengah hari. Disebabkan kami pun tak bersarapan sebelum ke airport, jadinya
time tu memang berkeroncong la perut masing-masing. Kami dijemput masuk oleh
petugas yang ada di dalam tu dengan seorang student Malaysia yang kebetulan tengah
duk buat assignment dia di ruang tamu. Ye la orang kita dapat jumpa dengan kaum
kerabat di tempat orangkan, jadi perasaan tu ada sikit teruja la jugak. Time
tu, petugas tengah dalam proses pembersihan bilik. Kami dibawa berjumpa dengan
warden di situ. Kami diberitahu yang kami tak boleh check-in lagi sebab terlalu
awal. Warden tu nampak kekwat sikit. Kami pun tak kesah sangat kalau tak boleh
check-in awal. Tapi kami just nak mintak untuk tumpang guna ruangan pantry yang
terletak di ruang tamu untuk kami makan dengan memanaskan bekalan yang kami
bawa tu. Haram dibaginya. Padahal bukan la kami nak sepahkan. Strict sangat la
kononnye. Ni la Melayu yang banyak cekadaknye. Menyampah betul dengan warden
tu. Apalah salahnye kalau dibenarkan kami tumpang sekejap. Dah la kami ni datang
dari jauh-jauh dengan berlapar pulak tu. Kami malas nak menjawab, jadi kami
minta untuk tumpang letak beg di lobi then kami pun keluar berjalan kaki di
sekitar kawasan pekan yang berdekatan dengan St.Kilda Road sementara tunggu
pukul 2 petang untuk check-in.
Sepanjang
jalan tu, kami sempat bergambar sana sini walaupun dalam kelaparan. Kenyang dengan
pemandangan di kawasan sekitar tu. Kami berjalan nak cari kedai makan halal di
situ. Malangnya kami tak jumpa. So at last, kami masuk sebuah mart yang ada
menjual makanan ringan, sayuran dan buah-buahan. Kami rembat beli keropok
jagung yang ada cap halal Australia pada pembungkusnya dan smooties buah-buahan
campuran yang memang sangat asyik hokay! Fresh dari ladang katanye. Sepanjang jalan
balik, kami makan itu je. Singgah di 7-Eleven yang berdekatan, kami beli MyKi
Card pulak. Yang ni untuk memudahkan kami menaiki public transport di sini. Kad
ni boleh ditopup ikut selera kita. Dah hampir
pukul 2.30 petang, kami pun berjalan kaki balik ke Malaysian Hall untuk
check-in. Selesai urusan check-in, kami pun masuk ke bilik untuk berehat
melepaskan lelah dan barulah kami boleh menjamu perut yang dah kelaparan dengan
makan bekalan yang kami bawa. Kita boleh gunakan microwave dan air panas yang
ada di pantry. Cuma kenalah jaga kebersihan selepas menggunakannya. Kalau tak
nanti, warden yang kekwat tu pasti naik antu! Hahaha
Kami rehat
agak lama jugak. So dalam pukul 4 petang baru kami keluar. Kali ni, kami nak
menuju ke Brighton Beach untuk bergambar dengan deretan rumah kayu yang
berwarna-warni. Kalau datang Melbourne, wajib pergi sini. Kalau tak, memang tak
sempurna la trip anda sebab ni antara landmark for Melbourne selain
tempat-tempat yang femes di Melbourne. Untuk ke
sini, kami just berjalan kaki menuju ke tram station yang berdekatan dengan
Malaysian Hall ni dan menuju ke Flinders Street Tram Station. Dari situ, kami
naik Metro Train menuju ke Sandringham dan turun di Station Brighton Beach. Perjalanan agak jauh jugak, hampir kira-kira
45 minit. Dari sini, kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit menuju ke kawasan
pantai melalui lorong-lorong perumahan yang sangat cantik dengan landskap yang
pelbagai ala-ala English Style.
Kami sampai
di kawasan pantai tu lebih kurang pukul 5 petang lebih. Time ni dah nak mula
gelap dan matahari mula nak melabuhkan sinarnya. Pemandangan memang sangat
awesome! Masyarakat setempat sibuk duk beriadah lagi dengan aktiviti
berjogging, berbasikal dan berjalan bersiar-siar dengan anjing. Angin pantai
dan ombak yang menghempas di pantai Brighton tu memang mendamaikan. Ditambah
pula dengan burung-burung camar yang berterbangan di sepanjang pantai tu. Lama
jugak kami di sini. Ye la sebab jauh kot nak datang bersusah payah bagai. Kami
bergambar sakan di sini. Macam-macam aksi yang kami buat. Terserempak jugak
dengan dua tiga pelancong Malaysia di sini. Tapi seperti biasa, orang kita ni
kekwat bila jumpa kaum kerabat. Tegur pun idak. Kami je yang terhegeh-hegeh
senyum kat depa.
Selesai
bergambar dan puas menikmati pemandangan di Bathing Box, Brighton Beach tu,
kami pun berjalan pulang menuju ke train station. Masa ni, memang dah gelap.
Kami singgah di 7-Eleven yang kami jumpa semasa dalam perjalanan ke train
station tu. Kami beli air mineral sebab terlalu dahaga dan kami jugak beli sim
card Lebara untuk memudahkan kami menghubungi Starbus pada keesokan hari. Tak
lama kemudian, train pun sampai. Kami turun semula di Flinder Station.
Disebabkan kami dah tak akan berhenti lagi di sini, maka malam tu jugak kami
bergambar di sini buat kenang-kenangan sebelum balik ke Malaysian Hall. Ye la
sebab keesokan harinya, kami akan seharian di The Great Ocean Road. Lusanya
pulak kami dah nak balik ke Sydney. Jadi malam tu je la masa yang kami ada
untuk bergambar di depan banggunan ni. Kalau ke Melbourne jugak perlu datang
bergambar di sini. Sebenarnya, kalau ikut itinerary yang aku buat tu, memang
ada dimasukkan kawasan ni, Yarra River, Federation Square, Queens Victoria
Market dan lain-lain lagi. Tapi disebabkan kami dah kesuntukkan masa plus
karenah warden di Malaysian Hall yang tak mesra alam tu, jadinya jadual
perjalanan kami tu memang dah lari sedikit. Tapi tak ape, kami tetap berpuas
hati sebab tujuan dan hajat kami tercapai untuk ke Bathing Box tu. Yeayy!!! Selesai
semua, kami pun balik ke Malaysian Hall dan berehat. Hanya Allah je yang tahu
betapa sakitnya kaki bila dah sampai di bilik. Selesai mandi terus ZzZzZz… Ok
selesai story sepanjang hari ketiga di Melbourne!
Nak tumpang makan pun jadi hal juga. Sometimes rules macam ni lah yang buat mood ke laut kan. Nasib baik wishlist tercapai. Teruja betul tengok Bathing Box tu sume. Can't wait for my turn.
BalasPadamtu la pasal bie. apalah salahnye kami tumpang makan di situ. tak guna duit dia pun.lagi pun situ semua hak kerajaan. tak pe la. asalkan hajat kami kesampaian di situ. anyway. have a nice trip there too k!
PadamLambat mengomen kat sini... ada di luar kawasan dan internet slow macam siput sedut...
BalasPadamPLM pulak tak sempat ke Brighton Beach tu...nampak comel je bathing box tu...
Malaysia hall memang murah sewanya... tapi yang tak tahan depositnya tu mahal sangat...
Kak JM ko masuk lagi ni... tengah berjimba kat Koya tu rasanya...
haha... takpe PLM. asal singgah mesti farel gembira. tu la itinerary farel pun byk yg ubah suai daripada PLM dgn kak JM.
BalasPadamMmg mahai jgk depositnye. tapi dpt balik ok la.
trip balik kg katenyer KakJM. hehe
salam farel, bole tak bg contact agent utk hong kong? email sy izyani@tm.com.my
BalasPadamMasuk bertapa lagi si Farel ni agaknya...
BalasPadamhehehe....
Padammasa holiday di melbourne sy sempat gi great ocean road,philip island,puffing billy,victoria market.melbourne mmg owesome!!
BalasPadamSalam farel nak tanya kalau nak beli tiket Sydney to Melbourne, mcm mana cara pembayaran ya? Maknanya kita kena convert duit aud kemudian beli last minute tiket atau boleh guna debit card visa bayar dalam duit Malaysia?
BalasPadamsalam bro.. it long time x nampak update blog.. apa khabar? memang menarik pngalaman..boleh jadi rujukan bilA ke australia nanti.. skrg dlm misi nak kumpul bjet je :P
BalasPadamSobri... sori bro. mmg lama aku bertapa kan. sampai msg ko pun aku baru baca ni haa... hehehe
Padamsebenarnya byk lagi story yg tak sempat aku habiskan. Australia mmg awesome.
salam,,saya nak minta emelkn maklumat supir, price semua dan share detail intinerary ke ACEH,,,, nabilaibrahim91@yahoo.com
BalasPadamSalam,saya nk tanya,camana dgn pemeriksaan immigresen untuk penerbangan domestik di australia.
BalasPadamSaya dari perth dn bhajat nk ke melbourne
sorilah ye sbb lambat sgt sy reply. dah lama saya tak jenguk blog ni. pemeriksaan immigresen utk penerbangan domestic Australia tak seketat penerbangan antarabangsa. sama juga macam domestic flight di tempat kita.
PadamNk jln2 ke eroupe ke thn dpn..nk cari kawan gak..leh wassap sy kat no +8615600563345
BalasPadamoh.. awesome tu! sorila lambat reply. dah lama tak jenguk blog ni. idea ke Europe tu mmg ada. insyallah. Boleh PM ke e-mel saya. we can discuss. hehehe
PadamSemoga bisa tengok kat australia juga :)
BalasPadamYa insyallah moga bisa lihat Australia Nonton film. ;)
PadamBoleh share intinerary? syuhada.polaris@gmail.com.time kacih..☺☺☺
BalasPadamsalam.
BalasPadamboleh share itinerary melbourne dan syedney, saya dan keluarga akan ke Melbourne dan sydney inshaallah awal tahun depan.
Terima kasih
kita suka baca bebelan si farel ni, kita dah follow... tp nak jugak itinerary farel boleh tak? juslianaliza@gmail.com tqvm farel yer
BalasPadam