Rabu, 18 September 2013

Ada Apa di Banda Aceh (Day1 Part 2)

Helo-helo rina! Assalamualaikum salam sejahtera semua. harap masih sihat dan boleh membaca blog iols ini! hehehe... ok moh kita sambung story trip aceh. masih di hari pertama ye.

Ok. lepas selesai menjamu selera kat Rumah Makan Delima Baru tu, kami terus begerak ke pusat Banda Aceh. perjalanan tak la lama manapun. sekitar 15 ke 20 minit je. aku dah bagi tahu kat pak bukhari untuk bawak kami solat zuhur dan dijamak qasarkan sekali dengan solat asar. Pak bukhari pun bawak kami solat di masjid kebanggaan rakyat aceh, iaitu Masjid Baiturrahman.Masjid paling besar dan yang terselamat semasa bencana Tsunami dulu. Rasa macam tak percaya je dapat datang sini. Sekeliling masjid ni memang penuh dengan manusia. sebelah masjid ni pulak, ialah Pasar Atjeh. kat sini macam-macam boleh cari.
Ok citer pasal pasar ni akan di story masa hari keempat nanti. Lagi pun kami just singgah masjid ni untuk solat je. tak de pegi mana-mana pun sebab nak kejar tiket feri untuk ke pulau yang amat cantek yang dipropa sebelum ni. hehehe....

Ok jawapannye ialah Pulau Sabang atau dikenali jugak sebagai Pulau Weh. Haaa.... mesti ramai yang tak tahu atau tak pernah dengar tentang pulau ni kan! Pulau ni secara semula jadinya berasal dan terbentuk daripada terumbu karang yang sangat besar. Keindahan alam di pulau ni masih virgin gituu... masih belum diteroka. Kat pulau ni jugak la bermulanya perkiraan keluasaan geografi untuk Republik Indonesia dimana letaknya Tugu Kilometer Nol atau 0 KM, iaitu permulaan geografi Indonesia.
Untuk ke pulau sabang, kita perlu menaiki feri ye. ada 2 jenis perkhidmatan feri untuk ke sana. feri laju dan feri lambat. Jadual perjalanan feri boleh rujuk sini.

Disebabkan trip kami ni, aku dah siap booking dengan tour agen, so tiket feri ke Pulau Sabang tu dah siap termasuk dalam pakej. Maka tak perlu risau. diorang dah siap beli untuk pergi-balik ye. Plan kami ialah 2 malam di Pulau sabang dan 2 malam lagi di Banda Aceh. Untuk ke sana, kita perlu naik feri tadi melalui pelabuhan Ulee Lheu. Mesti tergeliat lidah nak nyebutnye kan! hehehe. .. sebenarnye sebutannya Ule le.. Kalau naik feri cepat, perjalanan ke Pulau Sabang ambik masa kira-kira 45 minit. Kalau feri lambat pulak lebih kurang 2 jam. Kami tentulah naik feri cepat dong! tapi waktu perjalanannye jugak terhad. kalau tak silap sehari ada 2 trip je untuk feri cepat. pagi pukul 10 paling awal. kalau terlepas, naiklah feri jam 4 petang macam kami ni. lepas selesai beli tiket di kaunter tu, jam masih awal lebih kurang pukul 3.30 petang. jadi pak bukhari bawak kami keluar depan pagar pelabuhan Ulee Lheu tu makan jagung bakar, teh botol sambil menikmati pemandangan pantai di situ. Kat area ni, kalau waktu petang, memang akan berderet penjaja kecil menjual makanan ringan sepanjang jalan ke pelabuhan. menu utama ialah jagung bakar. pilih je korang nak yang mana. sedap jugak. sambil makan tu, kami borak-borak, snappy sana sini. angin pantai tu pun agak kuat. suasana sangat tenang hokay! sesekali ombak laut kelihatan menghempas benteng penahan ombak yang dibuat di situ. ada jugak orang yang memancing, melukis dan berehat-rehat kat situ. lepas tu kami pun beredar untuk boarding ke feri. sebab feri akan berlepas pukul 4.00 petang. kang tertinggal plak. haru biru pulak dak!. so sebelum boarding tu, aku siap-siap ambik nombor telefon pak bukhari. sebab dekat pulau sabang, supir lain yang akan jemput kami ye. so bila balik semula ke banda aceh, baru pak bukhari akan bawa kami kemudian.

lepas je masuk, muka memasing dah kepenatan akibat perjalanan yang penuh onak berduri ye. gituuu ayatnye. aku tengok si uzer dah lalok-lalok je. ye la naik flight tu telinga die bingit, dah tu naik pulak feri yang dilambung ombak, maunye tak lalok die. kesiannn... tapi pasal nak jalan die sodok aje la... hehehehe. sampai kat tengah laut tu, hujan mula turun selebat-lebatnye ye. sampailah ke pelabuhan Balohan di Pulau Sabang tu, Hujan masih belum reda. tapi tak pe pak supir kami di sana dah siap menunggu. Nama die Abang Har. Orangnye sedikit pendiam. Tapi kalau ditanya bisa ngomong jugak ye! hehehehe....

Memula tengok van yang kami akan naik tu macam buruk je dari luar, tapi bukan sekadar rupa ye. van tu dalam die bersih dan beraircond kuat ye. sejuk, nyaman dan selesa. ngam ngam la dengan bilangan kami. so kira pueh ati la .... alhamdulilah. perjalanan diteruskan. aku cakap kat abang har kami nak check-in dulu. sebelum datang, aku dah minta kak maz tolong booking penginapan kami di pulau sabang ni, iaitu di Iboih Inn. Lokasi boleh tanye encik google ye. terletak di pantai iboih. perjalanan dari pelabuhan Balohan tu dalam 40 minit jugak. so memang agak jauh. memandangkan hari pun dah lewat petang dan hujan agak lebat kami takde la singgah memana pun. sebab bila sampai di pantai iboih tu, staff iboih inn akan datang jemput kami di pantai. so kene pulak naik bot. sebenarnye boleh je jalan kaki untuk ke iboih inn tu, tapi kene menapak la naik bukit. tak koser den hokay dengan beg-beg tourist iols tu. so naik bot je la. masa sampai sana pun hari dah nak hampir gelap. lebih kurang dalam pukul 6 petang. staff diorang pun baik. mesra alam. sampai je situ.. mata segar balik sebab tengok air laut die sangat cantik dan mengujakan untuk mandi. biru-biru terqoist, hijau-hijau zamrud gituuu....

sebab kami dah book untuk 3 bilik bagi 2 malam, maka kami mintak untuk duduk bilik yang dekat-dekat. kat sini kami upgrade bilik daripada yang bujet room to fan duluxe room. cuma tambah IDR100 000 semalam. ok la. lagipun bilik ni dekat sikit menghadap laut. boleh la menikmati panorama sunset, sunrise gituuu.... malam tu kami makan kat iboih inn je. bayaran adalah berasingan dengan harga bilik. tapi kene la order siap-siap petang tu jugak supaya staff die boleh prepare untuk korang.kat situ diorang tak ramai staff. so staff yang ada adalah multitasking ye! sungguh bagus....

siap semua kami janji untuk makan malam pada pukul 8.30 malam. jadi malam tu takde la kuar ke mana-mana. save energy untuk jalan-jalan pada esok hari sepuas-puasnye. hehehe. so masuk bilik. mandi, solat dan siap-siap untuk makan malam. masa tu kami buat discussion untuk plan trip untuk hari kedua.
 ok layan dulu gambo-gambo ni. will be continue for the second day in Pulau Sabang, Aceh!

Selasa, 17 September 2013

Special thanks to Jari Manis

Salam uols... hola, hari ni baru naik opis setelah bercuti panjang. Maka berbondong-bondong la beg yang iols bawak ye. semua sarat dengan ole-ole untuk kawan-kawan di opis.. (ayat ober je!) hahaha....

actually, entry kali ni ditujukan khas untuk kakak Jari Manis (JM) yang bermurah hati mengirimkan ole-ole dari Aussie ye uolss... terharu gitu. padahal kenal di alam siber ni je. tq ahkak JM! kalau jalan-jalan lagi jangan lupe FM untuk iols ye! hehehe....

ni lah kiriman khas untuk iols itew.. harap iols dapat membalas kiriman mu ini ye ahkak! thanksss...

Isnin, 16 September 2013

Ada Apa di Banda Aceh (Day 1 - part 1)

Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semua. Alhamdulilah uols .... akhirnya misi percutian untuk tahun 2013 ni selamat diselesaikan. Menantikan pula misi untuk tahun 2014 yang telah siap dijadualkan untuk 2 trip pada awal tahun. Gituu... baru je habis trip aceh udah ada next trip katernyer... hehehe

Ok. macam dalam entry sebelum ni, saje je aku buat propa sikit tentang lokasi percutian 5 hari 4 malam aku dan 4 orang kengkawan yang memang supporting and happening habis sepanjang percutian ni. Korang memang best hokay! Ermmm... kalau sesapa yang dengar pasal Aceh ni mesti dalam kepala hotak korang tu mesti teringat tentang Tsunami kann! tak pun mesti korang ingat tentang gempa bumi, gunung berapi kannn! atau mungkin tentang keadaan politik di sana kannn! haaaaa... korang jangan tak tahu pulak tau.. sebenarnya aceh ni banyak keistimewaannya yang sebenarnya masih belum dibongkar oleh para pelancong. Selama ni kita hanya dengar dan lihat berita-berita yang buruk je tentang Banda Aceh ni selepas tragedi buruk dalam sejarahnya pada Disember 2004 dulu. Tapi sekarang aceh sudah kembali pulih dari sejarah hitamnya dan luka-lukanya juga semakin sembuh. Gituuu ayat skemanyee... heee

Ok tak mo panjang lebar sangat. ape-ape pun weols dah sampai sini ye kak jah! Memula tu terbayang jugak dalam fikiran ni. Ada apa la kat aceh ni. best ke? apa tempat-tempat yang diorang ade untuk pelancong? senang ke nak cari makanan. bla...bla... bla.... Tapi ternyata aceh juga mampu untuk memberikan satu kenangan manis untuk para pengunjungnye ye senah! Ok lets iols story....

Trip kali ni telah di join bersama dengan kengkawan. Kak Maz, Uzer, Hafiz dan isterinye Lin. Glamour la uols pasni.. heee. Tiket telah dibeli time zero fairs tahun lepas yee.. yang terkejutnya juga. baru sampai di aceh dapat e-mel yang AA buat lagi zero fairs macam tiket yang iols beli ni. pandai kann pak toni ni nak habiskan duit weols ... untung katernyerr...Tak gitu ke Kak JM? (tetibeee). Total harga tiket pergi-balik siap luggage dan makanan baru RM100 ++

Kekerapan flight AA ke Banda Aceh ni sekali sehari ye. Kalau dari Kuala Lumpur, penerbangannye jam 11.40 pagi dan memakan masa sekitar 1 jam 20 minit. Trip kami berlepas pada hari rabu 11 September 2013 dan balik semula ke Kuala Lumpur pada 15 September 2013. Jadi 16 September 2013 tu boleh la berehat di rumah pulak melepaskan lelah berjalan tu. Ye la kan cuti hari Malaysia jatuh pada 16 September setiap tahun. bijak kannn weolss! hehehe.....

Seperti biasa, sebelum memulakan operasi jenjalan, persiapan awal perlu dibuat dengan kajian tempatan serba-sedikit. dalam duk sibuk-sibuk dengan kerja yang melambak dan tak kan pernah habis di ofis tu pun, masih sempat berjalan kan... tapi kene dengan perancangan teliti sebelum pergi. Macam trip kali ni, semua maklumat dan urusan pak supir semua aku dan kak maz yang uruskan. Ye la ahli baru trip uzer, lin dan hafiz masing-masing belum pernah ke berjalan ke luar dari Malaysia sebelum ni. So kene la bagi diorang info dan siapkan ape-ape yang diperlukan supaya diorang akan terinduce untuk melancong lagik pas ni.. hehehehe
So bagi sesapa yang bercadang nak ke Banda Aceh selepas ni boleh la rojer aku jugak ye. sebab maklumat dan pengalaman sepanjang perjalanan kami di sini aku dah siap pack dalam fail jenjalan aku. hehehe (gigihkann!) just untuk membantu dan mungkin berguna bila nak pergi lagi tempat tu.... itu lah tujuannye. 

Siap semua itenerary, hotel yang ditempah melalui online. maklumat lokasi, maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu. walaupun flight kami berlepas pada pukul 11.40 pagi, tapi gigih bangun seawal pukul 4.30 pagi hokay. ye la sebab dah biasa bangun time tu siap nak gi kerja. aku bersiap awal, masukkan beg dan luggage dalam kereta, terus ke Bangi untuk pick-up Uzer, Hafiz dan Lin. Kak Maz, husband die hantar terus ke LCCT pagi tu. Ini pertama kali aku drive kete terus ke LCCT dan park dekat parking yang RM16 tu hokay!. sebelum ni i ada driver setia yang akan hantar dan jemput di airport ye. hehehe... retis sangat kannn! letak kat sini kira ok jugak. alhamdulilah selamat je my baby tu. dari kawasan parking tu, kita kene menapak sikit sampai ke bus stop depan maybank. tunggu shuttle bus yang FREE untuk pick-up terus ke lobi airport. Ok not bad jugak. Seperti biasa, tak nak ambil risiko lewat atau masalah-masalah tertentu berlaku di airport tu, aku dah siap check-in pergi balik untuk semua ahli rombongan yang aku booking kan itu ye. Kak Maz, die check-in sendiri guna mobile. so easy hokay! dunia di hujung jari ye Kak Jari Manis.... hehehe

Masuk terus je cari timbang, takut-takut terlebih berat luggage yang kami hangguk ke aceh ni. siap i sharing beg u, u sharing beg i gitu ye... konsep sharing is caring hokay! alhamdulilah daftar masuk keluar kastam semuanya lancar tanpa masalah. dan kami antara guest yang terawal sampai di balai menunggu sebelum gate tu buka lagik. dari airport pun dah mula berposing ye cik yah! apetah lagi bila dah sampai..... boley?

penerbangan pagi tu berjalan lancar dan dalam flight seperti biasa la, kalau kita ke indonesia, kita terpaksa mengisi kad dan borang clarification custom diorang ni. Cuaca pagi tu juga tak begitu panas. awan tebal, dan kata pilot, petang di aceh mungkin hujan. so kami mula berdoa agar perjalanan kami ni tak terbatas sebab hujan ye.. Selepas 1 jam 20 minit, kami selamat mendarat di Lapangan terbang aceh atau dikenali Bandara Sultan Iskandar Muda, Aceh. airport die takde la besar mana pun. tapi cantik dengan bentuk seni bina tradisional aceh yang berusur keislaman. al-maklumlah, aceh kan salah satu bumi serambi mekah suatu ketika dulu.

selesai urusan immigresen dan pick-up luggage, kami pun keluar dari balai ketibaan. kat depan tu banyak pak supir yang menunggu tetamu untuk dibawa. kalau sesiapa yang memang takde hired mana-mana supir, boleh la ambik je memana yang korang nak. tapi harganye aku rase lagi tinggi la kot. kat sini public transport diorang kurang. yang ade macam angkutan kota di Jakarta tu, tapi kat aceh, namanye dipanggil labi-labi. kelass ko jah! ada labi-labi atas jalan hokay!. trip kami, aku dah siap booking pak supir. buat deal semua online jeh. ko sampai bayor je kat sana. semudah ABC ye. gituuu....kekwat sangat kann!

Masa di aceh ni ikut waktu indonesia barat (WIB), iaitu lewat sejam dari waktu di Malaysia. Kalau kita pukul 10 pagi, di sini baru 9 pagi. haaa...camtu la perkiraannye cik yah oii... kami sampai di sana lebih kurang pukul 11.30 pagi WIB a.k.a 12.30 tgh hari di Malaysia. so maunye perut time tu tak berkeroncong kann... so kami di sambut oleh Bapak Bukhari, pak supir kami di banda aceh ni. siap loading barang dan naik pregio, aku pesan kat pak bukhari tu untuk bawak kami gi makan tengah hari sebab dah lapar. sambil-sambil tu sempat lah kami duk snappy sana sini dari tingkap je. dalam perjalanan  nak ke rumah makan tu, kami singgah dulu di tanah perkuburan mangsa Tsunami yang juga di sebut sebagai Kuburan Massal. Kalau di aceh ni, banyak kuburan massal, salah satunya yang ini. Massal maksudnya Jamak atau banyak. jadi di tanah perkuburan tu, ditanamnya bangkai mayat penduduk kampung yang syahid akibat dibunuh Tsunami secara berjemaah reramai dalam satu lubang besar. menurut pak bukhari, kawasan ni dulunye sebuah anak sungai yang agak dalam. jadi akibat terlalu banyak mayat yang perlu ditanam, maka diorang ambik keputusan semadikan mayat-mayat di sungai tu dan dikambus dengan tanah sehinggalah jadi begini. sebelahnya ada surau untuk solat.

Selesai snappy di kawasan tu, kami terus ke Rumah Makan Delima Baru untuk mengisi perut. Masakannye memang sedap dan kene dengan selera kami. Cuma harganya pitammm!! Cara hidangannya sama je macam di Padang. Kalau tak nak makan lauk tu, sila jangan usik walaupun sedikit sebab diorang akan kira berdasarkan lauk ape yang korang sentuh. Yang specialnya di aceh ade lauk ayam tangkap. Ayam ni sebenornye digoreng dengan daun-daun herba dan disorokkan dalam timbunan daun-daun tadi. So masa nak makan, korang kene la gagau cari ayam tadi yang kononnya korang sedang menangkap ayam itew! sila jangan ketawa ye. sebab ini aku buat kaji selidik di blog dan maklumat orang lain juga ye. maklumatnye sama hokay! maka ia bukanlah mitos. gituuu

Ok la.. aku rasa macam dah panjang berjela aku story ni untuk entry pertama. Tapi pulau yang akan aku pergi itew masih belum aku khabarkan namanya ya pak! tungguuu... penat dah jari ni duk menaip dengan penuh semangat. ape-ape pun Selamat Hari Malaysia untuk korang!

Ahad, 8 September 2013

Buku Merah Jangan Lupa Bawa!

Salam hujung minggu buat semua!

Ok tak perlu kata apa-apa.....  tak sabar rasanya untuk menikmati panorama indah di sebuah pulau ni! cer teka di mana destinasinya ye? hehe.... kasi suspen dulu...

Klunya, pulau ni masih belum ramai yang mengunjunginya. 



Ok akan distory-morey selepas balik dari percutian itu ye!
tata....titi....tutu....!!!