Sabtu, 22 September 2018

Halloo! Anybody Home???

Wah.....lamanya aku bertapa. Baru kini muncul kembali. Haha...
Banyaknye sawang dan habuk sana-sini.Jenuh nak bersihkan semula rumah pusaka tinggalan ni.
Dah nak sampai ke penghujung tahun 2018 dah, baru la sampai semula semangat nak kembali menulis blog ni haa.... sedih betol la ko ni Farel!

Selama aku duk bertapa ni, aku sebenarnya ada jugak jalan-jalan, intai-intai blog kengkawan yang lain tu. Seronok je duk baca kisah suka duka diorang. Ada yang happy, ada yang sedih tentang pengalaman travel ke macam-macam tempat sama ada dalam negara dan juga luar negara. Aku??

Erm...sebenarnya dalam tempoh pertapaan aku yang paling lama ni dari dunia blog ni, sebenarnya ada beberapa negara yang aku dah pergi. Cuma aku je yang malas nak menulis semua kenangan kembaraku itu di sini. Maklumlah macam-macam nak kene buat dari nak pilih gambar, upload, karang idea dan touch-up storyline tu supaya dapat disajikan dengan sedap buat uols dan juga diri sendiri juga. Tu belum masuk lagi part line tenetnya lagi...adoi sedih la ko Farel! hahaha.... malu aku dengan member-member blog yang lain.

Ok la, sempena kembalinya aku ke rumah pusaka ni buat julung kalinya, aku dah buat sedikit renovation pada appearance rumah ni supaya ada new feeling katernyer. Aku buat new header dan tukar sikit cat rumah ni. Gambar header tu gambar terkini trip aku tahun ni ke bumi Kiwi bulan lepas. Memang ambik sendiri guna henpon cap ayam jer. itu je yang mampu. Hehehe... Nasib baik la aku masih ingat kat mana letak kunci rumah pusaka dan tahu jalan pulang ke rumah. Kalau tak memang robohlah rumah pusaka ni sampai ke sudah. Hahaha...

Insyallah aku akan cuba update sedikit-sikit catatan yang terbengkalai tu dan story baru sepanjang trip aku ketika bertapa dulu. Kalau tak, aku rasa setiap kenangan trip aku tu akan terus hilang dari ingatan yang semakin menua ni. kalau di simpan di rumah pusaka ni, atleast dapat jugak aku abadikan kelak ketika hari pencen nanti. ye dok? haha....

Oklah, itu je dulu teaser untuk my welcome back ni ha! Adiosss...Amigos!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan