Assalamualaikum dan salam mesra semua. haa.... setelah berkurun lamanya aku tinggalkan dunia blogging ni, baru sekarang nak kembali ke pangkal key board ni haa.... sedih betol kau kann.
Ok untuk entri come back aku kali ni, aku nak story dulu trip terkini aku tahun ni, which is trip aku ke New Zealand pada bulan lepas, iaitu dari 18-28 Ogos 2018. Oleh sebab aku sekarang dah bertukar ke department lain di office, which not really allow me to have "suka-suka cuti at any time" makanya aku terpaksalah susun itinerary aku ke New Zealand tu dengan wisely. Maksudnya aku kene betul-betul pilih dan rancang trip aku dalam tempoh yang tak begitu lama dan tak terlalu pack supaya aku betul-betul feel the excitement at each place yang aku jejak tu. kiranya tak la just touch n go je nanti. Baru la enjoy holiday aku tu. tapi bagi sesetengah orang mungkin ada pandangan yang berbeza. ikut la cita rasa memasing ye.
Ok back to the trip story, sebenarnya New Zealand ni memang sebuah negara yang dikurniakan dengan bentuk muka bumi yang sangat awesome dan iklim yang best plus untuk ke sana juga, biasanya harga tiketnya memanglah best jugak. Biasanya mencecah RM3K jugaklah. Dah lama aku mengidam nak jejak kaki ke New Zealand ni. Nak jadikan rezeki aku, setahun sebelum ni, Air Asia ada buat promo. Bila aku check tiket asas untuk return ke Auckland ni memang murah, which is tak sampai RM1K. So aku memang tak lepaskan peluang tu, terus sambar sepantas kilat. Masa awal booked tiket tu memang aku dah janji dengan member aku kalau dapat harga yang below RM1K, kami akan terus beli. For your info lagi, penerbangan dengan Air Asia ke Auckland ni akan mengambil masa lebih kurang 11 ke 12 jam termasuk transit di Gold Coast, Australia. Tak perlu nak buat Visa Australia sebab kita tak akan keluar daripada airport Gold Coast tu (Transit lebih kurang 1 jam setengah je). Alhamdulilah, tercapai jugak hajat kami nak merasa udara segar di bumi New Zealand ni.Tapi barang diingatkan untuk korang ye, bahawa untuk tambahan luggage dengan Air Asia ni, kita kena bayar 2 kali ye, iaitu bayaran dari KL ke Gold Coast dan dari Gold Coast ke Auckland. Makanya, untuk pergi balik adalah 4 kali bayar. Fitammm!
Sejak dari itu, aku dah mula mencari info dan buat sedikit kajian tempatan tentang New Zealand. Plan asal memang nak cover both island, tapi memandangkan kami ni tak punya banyak masa cuti, maka kami hanya plan untuk cover north island je dulu. Insyallah, kalau ada rezeki dan umur panjang, bolehlah terjah south island pulak lain kali. Untuk buat kajian tempatan yang hampir memakan masa setahun ni, memang aku buat carian di blog kawan-kawan yang dah pernah ke New Zealand. Al-maklumlah pergi semua atas batu jemala patik kan, haruslah semuanya atas tanggungan sendiri. Tapi, kalau kita dah biasa travel sendiri, part-part yang harus diutamakan tu memang dah difikirkan dulu. Macam aku, biasanya aku dah buat checklist untuk keperluan aku menyusun itinerary sepanjang trip, seperti penginapan, pengangkutan, entrances ticket ke tempat lawatan, makan minum, duit belanja hatta sampai list souvenir apa yang nak aku cari bila dah ada di sana. hehe... jadi, perlulah aku buat kajian tu semua sedikit demi sedikit, baru lah akhirnya jadi bukit.
Untuk kita rancang trip, kita perlulah tahu dulu tentang geografi tempat yang kita nak pergi tu. maksud aku kita perlulah tahu serba sedikit tentang New Zealand ni, contohnya iklim kat sana macam mana time kita pergi tu, jadi apa yang patut kita bawa. masa trip aku hari tu, New Zealand dalam masih dalam musim winter. Jadi suhunya sudah pastilah sejuk dan kena la bawa baju panas. tahap kesejukan di north island dengan tahap kesejukan di south island juga berbeza, jadi perkara ini semua memang perlu kita kaji. aku memang suka travel ke tempat-tempat yang sejuk sebab Malaysia sangatlah panas sekarang ni. asyik berpeluh memanjang kan... kalau kat tempat sejuk, aku suka sebab tak berpeluh dan udaranya pun nyaman. sedap-sedap je rasa. hehe...
Memula, aku korek semua info ni daripada Tourism New Zealand je, memang banyak maklumat yang kita boleh dapat daripada diorang ni, Siap kita boleh request map besar New Zealand yang akan dipos ke alamat kita secara percuma. Jadi, bolehlah kita study setiap inci laluan yang akan kita lalui untuk ke sesuatu destinasi yang kita nak pergi kat sana nanti.
Untuk penginapan, ada pelbagai website yang boleh kita pilih ikut suka hati masing-masing la. macam aku, memang Booking.Com menjadi favorite aku sejak dari dulu, sebab mudah dan dapat diskaun ahli lama plus boleh bayar ka sana je secara tunai. Kalau Agoda, sometime kita kena bayar terus masa booking. So tepuk dada, tanya selera masing-masing. Yang ni biasanya aku akan book setelah aku pilih dulu tempat yang aku nak pergi. Jadi, aku boleh pilih penginapan yang dekat je dengan tempat tu supaya mudah dan cepat sampai ke penginapan tu nanti. takde lah kau penat nak cari lokasi penginapan yang jauh-jauh. Booking lebih awal, boleh dapat harga yang jauh lebih murah. Macam aku hari tu, aku booking setahun awal, sekali bila sampai sana, bilik aku diupgrate ke bilik yang lebih awesome tanpa perlu tambahan kos. untungkan... hehe Alhamdulilah!
Untuk pengangkutan pula, kat New Zealand ni, memang pilihannya ialah berkereta atau bercaravan kalau trip kita tu keluar jauh dari kota Auckland atau Wellington. Tapi kalau korang just spend around the CBD area je, better guna public transport je sebab lebih mudah, murah dan cepat. tapi biasanya most of traveller, memang akan drive kat sana. Kalau tak, rugilah kita terbang jauh-jauh tapi tak explore banyak tempat best kat sana. Bagi aku, pilihan berkereta lebih menguntungkan dan selamat sebab kami travel berdua je dan kalau bercaravan, banyak perkara yang perlu difikirkan seperti tempat kita nak parking dan mendapatkan bekalan elektrik, cuci tandas dan macam-macam lagi. Tapi kalau korang nak cuba boleh je, asalkan dah ready for those thing yang aku cakapkan tu. Kalau kereta, lebih mudah nak parking kat town kalau kita nak jalan-jalan beli barang ke apa. Lagi satu, ofcourselah harga sewa kereta tu berbeza dengan caravan. boleh je pilih syarikat mana yang jadi pilihan. Aku hari tu, pilih Syarikat Jucy Car Rental. Ada juga yang aku dengar ada pengalaman buruk dengan syarikat ni. Tapi, alhamdulilah, trip aku hari tu, sangat mudah dan cepat je semua prosesnya. Tak seperti yang aku baca dan dengar. So, aku rasa ni semua bergantung pada nasib masing-masing. Untuk trip aku hari tu, aku pilih compact car je. Lagi pun, kami travel berdua. Beg pun 4 ketol je. hehe.... So its Easy Peazy kalau pakai compact car je. Kami dapat Suzuki Swift. Comey je. Plus kat New Zealand, sistemnya sama je macam kat Malaysia dan driving licence kita yang versi baru tu valid digunakan di sana. hooray!
Untuk tiket masuk ke tempat-tempat lawatan, better booking awal dari Malaysia je. Aku booking melalui Bookme dan juga melalui Cikgu Loh, seorang guru yang dah tukar profesion menjadi tour agent kat sana. Aku book dengan Whatsapp je kat dia. Kalau berminat boleh rojer dia. Dapatlah harga yang lebih murah sikit. Kalau tak rabak banyak la jugak dompet aku. Yang lain-lain aku pergi yang FOC je. Maklumlah nak jimatkan sebab tu backpack je. haha...
Part makan minum pulak, yang ni memang aku dah prepair awal-awal list semua senarai makanan yang aku bawa. Macam biasa Nasi Pak Brahim menjadi pilihan utama. Beli kat kilang dia di Bangi tu haa lagi murah. Nasib rumah aku dekat je. jadi setiap kali aku travel, memang aku akan ke kilang Pak Brahim ni beli stok. Satu lagi, ni juga first time aku travel bawa rice cooker mak aku yang paling kecil. Kat sana most of the time, aku masak sebab kos makan minum kat sana mahal nak mampos. boleh fitamm kalau ko makan kat luar hari-hari. Hahaha... Kat sana juga, ada beberapa makanan yang wajib korang cuba dan tapau bawak balik Malaysia. Nanti aku kongsikan ye. Tapi sebelum tu, korang perlulah besiap siaga dengan dugaan masa korang nak melepasi tapisan imigresen dan kastam New Zealand yang dikatakan agak ketat sama seperti di Australia tu ha.. Tapi, nasib aku hari tu tersangatlah baik, sebab satu beg aku pun tak dibuka atau dihidu oleh anjing pengesan diorang. Siap aku offer lagi nak buka beg, pegawai dia cakap, its ok..no need. Wah! tanjat boboy masa tu, sangat berbeza dengan apa yang aku baca daripada blog kawan-kawan yang lain. So, kesimpulannya, macam yang aku cakap tadi la, ini semua bergantung pada nasib masing-masing. Rezeki aku time tu. Alhamdulilah, sebab Allah mudahkan perjalanan aku itu.
Hasil kajian tempatan dan uji kaji aku hari tu, maka terhasillah itinerary aku sepanjang 11 hari, 10 malam di North Island, New Zealand.
Ok, itulah dulu teaser untuk story persiapan trip aku ke New Zealand baru-baru ni. Untuk story tripnya, aku akan story mengikut hari semasa kat sana. Ok, adios, amigos!
Pergh... 11 hari tu patutnya boleh ke Pulau Selatan sekali,,,
BalasPadamDitunggu posting NZ Faizal seterusnya...
Wah PLM masih sudi datang melawat ke sini. Terharunya. Terima kasih PLM.
Padammemang kalau diikutkan 11 hari memang boleh cover Pulau Selatan jugak, tapi bila memikirkan kos, spending time for each place yang akan dilawati tu macam tak berbaloi pulak kalau rushing. Insyallah ada rezeki akan repeat New Zealand tapi di Pulau Selatan pulak. Lagi pun, saya cover Pulau Utara ni ke tempat yang jarang Malaysian nak pergi. Nak tahu ke mana? PLM kena la tunggu entri Kembara New Zealand ni sampai ke penghujungnya. Insyallah kali ni dah tak mau masuk gua pergi bertapa lagi. Huhu....