Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ni, aku nak share satu benda baik untuk korang semua terutamanya yang kaki travel spesifiknya dengan penerbangan mampu bayar yang tak asing lagi di Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu Air Asia. Actually, entri ni bukannya entri yang dibayar oleh Pak Tony ye kawan-kawan. Ni memang ikhlas dari sanubari aku yang suci murni ini ye. Gituu.....!
Ok sebenarnya, aku pun baru je tahu pasal satu lagi produk yang diperkenalkan oleh Pak Tony, iaitu Kad BigPay. Kad ni sebenarnya boleh diibaratkan seperti "Dompet Digital" yang memudahkan dan menguntungkan penggunanya. Sebab apa aku cakap macam tu? Haa...meh aku nak terangkan serba sedikit setakat yang aku faham la.
Pertamanya, aku mula perasan, setiap kali aku booking tiket Air Asia khususnya ketika time promo dia berlangsung, bila sampai part akhir untuk payment, alih-alih total aku kene bayar sedikit tinggi daripada kos asal yang aku dapat tu. Sebab apa? Sebabnya ialah Air Asia telah menambah kos Processing Fee pada jumlah bayaran tu kalau korang gunakan mode of payment dengan kad kredit atau kad debit. Makanya, ada penambahan kos sama ada RM4 atau RM16 per tiket di situ. Haaa...nampak tak permainannya di situ. Tapi, kalau kita ada kad BigPay ni, kita hanya bayar dengan nilai kos yang kita dapat tu je tanpa perlu bayar kos Processing Fee tu lagi. Tapi pastikan kita topup dulu kad BigPay tu sebelum nak bayar la. Takdela nilai kad ko tu defisit. Ada faham ka??
Jumlah bayaran jika dibayar dengan kad kredit |
Jumlah bayaran jika dibayar secara perbankan online |
Jumlah bayaran jika dibayar dengan kad BigPay |
Jumlah bayaran jika dibayar dengan UnionPay |
Selain itu, kad BigPay ni juga, boleh kita gunakan sebagai medium untuk kita kumpulkan mata ganjaran Big Point. So bila cukup haulnya nanti, kita bolehlah reedem tiket flight free daripada Air Asia. Kan ada faedahnya di situ. Macam mana nak dapat Big Point daripada kad BigPay ni? Haa... begini kak bedah, kad BigPay ni juga boleh kita gunakan untuk kegunaan pembayaran bagi setiap perbelanjaan harian kita. Kiranya, sama macam kalau kita nak shopping, mestilah kita kene bawa dompetkan. Tapi dompet sahaja tak cukup. Dompet tu mestilah berisi dengan duit sekali ye dok? Haa...samalah konsepnya dengan kad BigPay ni haa kak bedah. Duit kita tu, kita topup la daripada sumber duit gaji kita melalui bank transfer ke dalam kad BigPay tu sebelum kita nak berbelanja. Maka, barulah kad Big Pay kita tu boleh digunakan untuk pembayaran bagi setiap perbelanjaan yang kita nak buat tu haa... Ada faham ka??
Untuk dapatkan Big Point, Air Asia akan bagi mata ganjaran bagi setiap RM yang kita belanja tu. Bagi setiap perbelanjaan RM20 akan dapat 1 point dan kalau topup RM50 akan dapat 1 point. Haa...gitulah cik senah oii! Kita juga boleh mengawal perbelanjaan kita secara berhemah dengan memantau berapa banyak dah duit yang telah kita belanja tu. Haa...baguskan!
Bukan itu aje, selain itu, kad ni juga boleh digunakan untuk kita berbelanja di luar negara dengan kadar tukaran yang lebih baik daripada kadar tukaran di money changer. So tak payah nak pening bawa duit banyak. Simpan je duit korang tu ke dalam kad BigPay ni, dan berbelanja la dengan gumbiranya dan paling penting lebih menguntungkan korang jugak ketika melancong. Haa...gitu kak bedah oii!
Kalau kita nak kirim duit kat sesiapa je yang kita nak pun dah senang kalau gunakan kad ni tanpa sebarang service charge. Tapi orang yang kita nak kirimkan tu jugak mestilah ada kad BigPay ni jugak ye. So apa korang tunggu lagi, mehlah reramai kita buat kad BigPay ni!
Kad BigPay ni juga sebenarnya adalah percuma untuk semua. Cuma kita perlu masukkan dulu RM20 sebagai start-up je. Duit ni nanti akan dipulangkan semula pada kita dengan isian awal dalam kad yang akan kita dapat tu. So, its free for everyone! Selain itu, kalau nak dapat lagi RM10 free, bolehlah kita gunakan referal code ni KABHHR2TKF bila nak sign-up
untuk dapatkan RM10 percuma dan akan dikreditkan ke dalam akaun BigPay korang.
Ok, macam mana cara nak buat kad BigPay ni? Haa semudah ABC jer kak bedah oii.. Meh aku nak ajarkan. Memula korang mestilah ada handphone yang boleh selfie dan boleh berinternet ye.
Langkah 1:
Download BigPay Apps dan Sign-up. Korang akan diminta untuk snap picture IC korang dan selfie muka korang sendiri ye. (Ini prosedur untuk keselamatan akaun BigPay korang).
Langkah 2:
Masukkan promo Referal Code ni KABHHR2TKF untuk dapatkan RM10 percuma tu ye.
Langkah 3
Tunggu 3-5 hari bekerja untuk kad BigPay Korang tu sampai ke alamat yang didaftarkan.
Langkah 4:
Dah dapat kad BigPay, korang perlu aktifkan kad tu.
Ok itu aje yang aku nak share dengan korang. Aku sudah pun ada kad BigPay sendiri. Korang pulak bila lagi? Benda baik jangan disimpan sorang-sorangkan. Selamat ber"BigPay" uols!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan